Friday, December 3, 2010

KETUANAN @ PENGKHIANAT MELAYU

Kecoh berita tentang ketuanan milik siapa? Melayu, Cina atauu India? Siapa yag jadi tuan? Tuan kepada siapa? Tiada siapa yang tahu?
Daku di lahirkan di Malaysia. Tanahair ku ini dulu namanya Tanah Melayu. Itulah maklumat dari bacaan Buku Sejarah. Tup - tup namanya ditukar kepada Malaysia, bila merdeka dikatakan tahun 31 Ogos 1957. Siapa - siapa yang pandai - pandai tukarkan nama ini, Britih atau Melayu sendiri?
Ketuanan Melayu? Benarkah Melayu jadi tuan? Yang daku tahu semenjak zaman mengenal buku dan suratkhabar, Melayu hanya jadi pengguna. Itu kata yang empunya Kerajaan Melayu. Melayu hanya pandai habiskan duit. Melayu hanya makan subsidi. Itu juga kata pemimpin orang Melayu. Habis tu kalau udah begitu, takkan boleh jadi TUAN.
Apa guna digelar tuan tetapi segala - galanya milik org lain. Yang duduk di bawah pengaruh org lain.
Ketuanan Melayu hanya istilah dipertahankan sedangkan Melayu sendiri dihina. Benar Melayu dijaga di dalam perlembagaan, tetapi siapa pengkhianatnya.
Rasanya lebih baik kita cari SIAPA PENGKHIANAT MELAYU.
Adakah lebih baik orang yang nak jadi tuan atau nak bela rakyat? Yang kita tahu rakyat Melayu yang ketinggalan. Bila dibela rakyat yang ketinggalan yang majoritinya Melayu, sudah semestinya membantu bangsa Melayu.
Dan kita cari siapa PENGKHIANAT MELAYU? Yang mengubah nama Tanah Melayu, Yang menafikan hak istimewa org Melayu spt biasiswa untuk anak Melayu. Yang menjual tanah org Melayu.

Thursday, November 4, 2010

MASUK ISLAM PUN SALAH KE?

Keputusan pilihanraya Batu Sapi dan Galas telah diketahui. Adat bertanding ada yang menang, ada yang kalah. Dah pasti yang menang akan tersengih gumbira. Yang kalah akan buat post - mortem. Ini corak demokrasi terpilih Malaysia Tercinta.
Hendak capai kemenangan pelbagai teknik dan strategik digunakan. Yang sedihnya jiwa roh Islam telah hilang dari umat Islam. Bila masuk Islam dipolitikkan. Bila masuk Islam dipermainkan. Sedih, pilu, marah dalam hati bila melihatnya. Yang sedihnya ianya dipermainkan oleh orang yang mengakui Islam.
Tak boleh dan tak patut isu masuk Islam dipolitikkan. Kerja dakwah, kerja mengislamkan umat adalah lebih besar dari kerja politik. Kerja politik hanya satu cabang dalam Islam. Kerja politik tidak menghalalkan cara. Apatah lagi sekiranya cara tersebut menghina Islam itu sendiri.
Mengaji kitab mana, tuk guru mana pun, bila orang masuk Islam, sudah menjadi tanggungjawab umat Islam membantunya.
Persoalannya mengapa dipolitikkan? Kononnya nak malukan TG Nik Aziz. Kononnya nak jatuhkan maruah PAS. Tetapi sebenarnya menjatuhkan imej Islam.
"Ya Allah berilah kesedaran kepada perancang propaganda ini. Sekiranya perancang propaganda ini tidak bertaubat dan memohon maaf kepada yang terlibat, daku hamba yang hina lagi lemah memohon kepadamu Ya Allah, tunjukkan lah kebenaran dan kekuasaanmu, agar menjadi petunjuk dan sempadan kepada yang lain".

Saturday, October 30, 2010

TAHNIAH, KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA

Setelah bergomo beberapa puluh tahun, Kelantan berjaya juga meraih Piala Malaysia, piala nombor wahid bolasepak di Malaysia. Tahniah buat pemain dan pegawai pasukan bolasepak Kelantan.
Di dalam kegembiraan meraikan kemenangan ini kita berdoa tiadalah penyokong Kelantan yang akan bergomo di luar stadium pula. Dan lebih kita takuti dan mohon dijauhkan, semasa perjalanan pulang ini, ada pula penyokong yang bergomo dengan bas ataupun lori atau kereta di jalan - jalan raya pula.
Kepada para penyokong, ingatlah tiada ganjaran melainkan berhabis duit untuk datang ke Stadium. Sedangkan pemain dan pegawai mendapat ganjaran yang sepatutnya. Jadi, janganlah diulangi kebodohan yang selalu dilakukan.
Kepada para pemain NS, jangan kecewa kerana anda tetap mendapat gaji dan elaun seperti biasa. Kepada penyokong NS, jangan terlalu kecewa kerana nasib anda sebenarnya sama seperti penyokong Kelantan, tetap berhabis duit sendiri dan tidak dibenarkan 'claim' dari Persatuan Bolasepak Negeri.
Dan ingatlah bolasepak hanya permainan ciptaan Barat untuk menghuru - harakan umat Islam. Sekiranya ada golongan ustaz yang terlalu fanatik bolasepak, kita reject dan jangan ikut mereka. Sebab mereka hanya agen - agen Yahudi.

Kekacang.blogspot.com Valuation $5,090.94 | Kekacang

Kekacang.blogspot.com Valuation $5,090.94 | Kekacang: "- Sent using Google Toolbar"

Sunday, September 26, 2010

PAHANG:ULAMAK DALAM SEJARAH 1600-2000

one kalimah: PAHANG:ULAMAK DALAM SEJARAH 1600-2000: "TABAQAT ULAMAK PAHANG SEJAK 1600-2000 ULAMAK SEKITAR DAERAH PEKAN 1600-1900 ALLAHYARHAM TUK MENGKASSAR (1670-1730) KG MENGKASAR PEKAN AL..."

Saturday, September 18, 2010

PENGAJARAN DARI KES SOSILAWATI

30hb Ogos, mungkin hari yang terakhir bagi jutawan kosmetik, Dato' Sosilawati dan rakan - rakannya. Kembali beliau menghadap ilahi, dengan bahagian masing - masing. Moga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau.
Dalam tempoh 13 tahun, Sosilawati berjaya membuat empayar perniagaan yang berjutaan Ringgit, biarpun bukan dari pendidikan tinggi tetapi kerana berkat rajin dan kerja keras. Menjadikan beliau seorang jutawan dan mungkin puluhjutawan. Kagum dengan kejayaannya.
Tetapi akhirnya berakhir dengan tragis dan pelbagai persoalan yang ditinggalkan. Daku percaya sebenarnya cerita ini masih panjang lagi. Namun terpaksa diedit kerana terlalu banyak yang perlu dijaga. Yang ditumpukan hanya pembunuhannya. Sedangkan pelbagai cerita terpaksa ditutup dan hanya Allah dan orang terlibat yang mengetahui.
Bagiku, pengajaran terpenting jangan percayakan orang lain kalau bab duit ini. Apa - apa boleh terjadi. Itulah PENANGAN DUIT.

Friday, August 20, 2010

NILAI & HARGA DIRI

Semalam sempat bersembang dengan Orang Penting Negara (VVIP), kata orang kampung Orang Besar. Sejarah orang VVIP ini memang ku ketahui. Nasihatnya Terima dan Sesuaikan Dengan suasana. Kata org putih, Adopt the Situations. Dalam hati bila dengar nasihat, rasanya nak tergelak besar. Inilah ciri Sang Pengampu, Matlamat menghalalkan cara. Harga Diri tolak tepi. Yang penting ambil peluang yang ada.
Persoalannya, inikah yang diajar oleh Junjungan Besar kita? Sudah pasti nak tidak. Islam tidak pernah mengajar sebegini. Yang diajar adalah Panduan Hidup Berteraskan Al Quran dan Hadis. Harga Diri yang tinggi. Matlamat kita bukannya pangkat mahupun harta duniawi, tetapi yang lebih besar dari itu, kebahagiaan di kampung Akhirat.
Malangnya dewasa ini, ramai insan seperti ini. Melihat kejayaan manusia dari apa yang dimiliki, pakai kereta apa,kerja apa, rumah besar mana dan apa sahaja penilaian yang dilihat. Lebih malangnya lagi mereka ini yang memiliki kuasa. Mungkin ini ujian kepada yang masih mempertahankan prinsip, harga diri, Al Quran dan Sunnah.

Thursday, August 12, 2010

KERANA AGAMA @ KERANA HARTA?

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud di dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka seperti hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanku?, Atau kamu terlampau berani berbohong kepadaku?. Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (riwayat Tirmizi)

Sunday, August 8, 2010

AHLAN WA SAHLAN, YA RAMADHAN

Ramadhan akan menjengah tiba, satu dua hari sahaja lagi. Ada insan yang menunggu, ada insan yang membenci dan ada yang tak kisah dan tak tahu apa - apa.
Insan yang menunggu akan berazam untuk menunaikan ibadat ini sebaik mungkin dan mencari peluang serta ruang untuk berbuat kebaikkan.
Insan yang membenci, juga mencari peluang untuk makan dan mencari kedai mana yang berkompromi.
Insan yang tak kisah, tak peduli, mereka tetap seperti itu. Ramadhan hanya sama seperti bulan - bulan yang lain. Cuma tak boleh makan minum sahaja. Berpetang akan ke Pasar Ramadhan, membeli juadah pemuas perut. Malam ari akab nertarawaih jika ada masa, jika tiada tak perlu. Kalau ada kuasa, masih galak menerima hadiah dan sumbangan.
Di manakah kita? Kita yang menentukan. Allah Yang Maha Kuasa telah memberi peluang dan pilihan itu terletak kepada kita. Dan ingatlah kita akan kembali, serta ditontonkan semula apa yang dibuat untuk diperhitungkan. Pilihlah yang terbaik sebelum terlambat. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada semua.

KOLONEL JIHAD

Dapatkan buku ini, KOLONEL JIHAD. Banyak pengajaran dan pedoman.

Wednesday, July 28, 2010

PAS, UMNO BERSATU. RAKYAT MAKIN MISKIN.

PAS, UMNO bersatu. Rasanya lebih kepada propaganda politik. Biarpun perkara ini pernah terjadi selepas era 13 Mei dahulu, namun untuk berulang kali agaknya tidak mustahil tetapi sukar. Biarpun ada di kalangan PAS yang beria - ia sangat nak bersatu. Almaklum lah bersatu dengan orang kaya, terasa tempiasnya biarpun sedikit. Namun majoriti pimpinan dan ahli PAS akan menolaknya. Bodoh sangatlah orang PAS kalau mudah ditipu oleh UMNO.
UMNO dah nampak jalan penghujungnya. Kena cari tempat berpaut. Pecahkan Pakatan Rakyat sebelum benar - benar kuat. Pecahkan kesefahaman dalam Pakatan. Jika tidak PRU 13 akan menjadi saksi kejatuhan UMNO BN. Keluarkan PAS, nescaya sokongan Melayu akan melonjak keluar. Sebabnya mudah kuasa undi orang Melayu besar. Setakat orang parti mengundi, UMNO tak boleh menang. Yang penting kena dapatkan pengundi Melayu yang tidak berparti, baru ada harapan.
Tetapi UMNO lupa, sumbangan terbaru kerana dapat menyusahkan rakyat jelata yang berparti atau tidak berparti. Menaikkan harga minyak, gula akan menaikkan kos segala - galanya. Seperti sedia maklum, kos - kos kenaikkan telah terasa biarpun beribu kali menafikannya. Rakyat tahu, rakyat ditipu. Luka berdarah akan diingati.
Andainya UMNO dan PAS bersatu, rakyat akan menolak kedua - dua parti tersebut. Biarpun ada segolongan ahli parti yang taksub. PAS akan dilihat sebagai parti pengkhianat. Sama seperti Ulama' Wahabbi yang masuk UMNO. Mereka dianggap sebagai ulama' pengkhianat.
Rakyat tidak bodoh lagi. Rakyat sudah bosan melihat retorik ahli politik. Rakyat sudah bosan mendengar khutbah Ulama' pengampu. Rakyat tidak peduli, jika UMNO pengkhianat kita tolak UMNO. Kalau PAS pengkhianat, kita tolak PAS.
PAS dan UMNO bersatu, hanya lakunan dan retorik kampung. Dua ideologi berbeza. Hanya Sang Pungguk yang rindukan Bulan. Itulah segelintir yang ada.

Tuesday, July 13, 2010

SERANGAN BOM BERANGKAI

Akhir - akhir ini, serangan pribadi kepada Ketua Pembangkang, Penasihat Umum PKR makin rancak. Mungkin ini adalah strategik politik terbaru musuh politik beliau, tidak lain dan tidak bukan Parti Melayu Sedunia dan sekutunya.
Dari serangan bom serangkai itu, dapatlah disimpulkan, insan yang bernama Anwar ini bukan sahaja seorang peliwat tegar dan kaki perempuan tetapi adalah seorang komunis, agen Yahudi, agen CIA dan pelbagai agen lagi. Seperti biasa suratkhabar UM dan BH yang sememangnya tidak laku di pasaran sejak berdekad lalu memainkan peranan aktif. Benar atau Tidak tuduhan itu bukannya perkara penting. Yang penting tuduh dulu.
Serangan bom berangkai, nampaknya hebat tetapi tidak kena pada 'target'. Itu yang terjadi sebenarnya. Di dalam peperangan, kebiasaan serangan bom berangkai hanya membunuh orang awam bukannya tentera. Begitu juga di dalam politik, silap - silap akan terbom kem sendiri.
Jika dilihat, kes Anwar seorang peliwat, kes ini menjadi kes paling lawak di dalam mahkamah yang ada seluruh dunia. Fakta tuduhan tidak kemas. Bukti yang kelakar. Mangsa yang tidak cukup syarat untuk jadi pelakun. Mengikuti perkembangan kes ini sama seperti melihat cerita Senario di rangkaian TV. Tidak tahu pangkal tidak tahu hujungnya.
Anwar Agen Yahudi, Agen CIA, Agen Komunis dan mungkin entah apa - apa agen lagi. Rasanya serangan ini dah pernah dilemparkan tetapi gagal. Tak perlu ulas.
Anwar bayar CNN sebab nak masuk wawancara. Dengar khabarnya CNN melenting sebab dituduh begitu. Seolah menunjukkan CNN tiada kredibiliti. Yang diserang Anwar, tetapi yang melenting CNN. Nampaknya dah tersalah tembak.
Kalau benar dakwaan tersebut, ini bermakna Anwar terpaksa mencari pelabur sebab nak bayar duit CNN dan mengiklankan diri. Sedangkan rasanya Parti Melayu Sedunia tidak pernahpun membayar kepada RTM di dalam mengiklankan pemimpin - pemimpinnya. Dasar makan free sahaja. Sedangkan kita tahu, RTM adalah milik kerajaan, milik rakyat. Pendedahan ini bagus kerana menunjukkan watak sebenar TUKANG FITNAH dan sekutunya.
Jadi rasanya mula masa kini. rakyat hendaklah mendesak seandainya Parti Melayu Sedunia atau mana - mana parti pun hendak mengiklankan parti atau pemimpin mereka di siaran TV khususnya RTM, perlu membuat bayaran dahulu. Kan menguntungkan kerajaan.
Di dalam politik, makin banyak serangan makin banyak kelemahan penyerang terdedah. Jadi nampaknya Serangan Bom Berangkai yang dibuat hanya mengena orang sendiri.

Sunday, July 11, 2010

SEPANYOL JUARA DUNIA BOLESEPAK 2010

Telah diketahui umum, Sepanyol dinobatkan menjadi Juara Dunia Bolasepak 2010 setelah menumbangkan Belanda 1 - 0. Maka bersorak gempita penyokong Sepanyol. Dan sudah tentu hari ini dan esuk, cerita kehebatan permainan bolasepak ini disembangkan.
Aku bukanlah peminat bolasepak tegar. tetapi kerap juga menyaksikan kehebatan permainan bolasepak semasa Piala Dunia ini. Almaklum sahajalah demam bolasepak.
Di tengah kehangatan menunggu Final Piala Dunia, umat Islam khususnya di Malaysia terlupa hari Sabtu (10/7) bersamaan 27 Rejab. Ramai yang terlupa atau tak tahu pad 27 Rejab telah terjadi Isra' Mikraj, stu peristiwa yang besar dalam sejarah umat Islam. Peristiwa yang menguji keimanan umat Islam pada zaman tersebut. Dan ada di kalangan umat Islam peringkat awal yang kecundang keimanannya. Begitu hebatnya bolasepak kerana dapat menyahkan pemikiran umat Islam.
Semasa Piala Dumia berlangsung juga, umat Islam yang tertindas di Palestin, Iraq, Afghanistan dn merata dunia tetap tertindas dan dizalimi. Sedangkan kita masih terleka di skrin - skrin besar kedai mamak.
Piala Dunia ada yang membuat kekayaan kerana menjadi bookie judi atau berjudi sekalipun. Sedangkan kita hanya serak suara bersorak dan terpaksa membayar harga roti canai serta minuman selepas perlawanan berlangsung. Hebatnya bolasepak.
Apakah satu masa nanti, bolasepak akan menjadi satu alat untuk perpaduan? Moga dijauhkan Allah. Tetapi yang pastinya bolasepak mampu melalaikan manusia dari agamanya.

Friday, June 25, 2010

DATO' BAHAMAN, SEJARAH YANG SENGAJA DILUPAKAN

Dato' Bahaman - Hilang Tanpa Pusara
Khamis, 17 Jun 2010


Dato' Bahaman - Hilang Tanpa Pusara

Jika Hilangmu tanpa pusara
Jika Pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya menjadi musnah
Satu-satu pahlaman rebah
Arus merahnya,...

Thursday, June 24, 2010

ANDAINYA DR ASRI MASUK UMNO....

Tadi terima sms dari seorang sahabat, esuk Dr Asri akan masuk UMNO bersama 40 ulama'. Dah kurang pula. Mula - mula 100 sekarang jadi 40. Setakat mana benarnya tak tahu lah. Jadi kita kena tunggu esuk, betulkah Dr Asri masuk UMNO?
Andainya Dr Asri masuk UMNO, tidak mampu menguatkan UMNO. Sama seperti Dr Asri jadi Mufti, bukan sahaja tidak menguatkan Institusi Islam tersebut bahkan menambah huru - haranya. Semasa Dr Asri jadi mufti, dia banyak mengeluarkan pendapat. Tetapi pendapatnya hanya manambah kecelaruan dalam masyarakat. Hanya golongan yang tak faham agama atau baru berjinak dengan agama sahaja yang kagum dengan Dr Asri. Yang faham, melihat Dr Asri ni kaki membida'ah orang lain je. Yang tak bidaah hanya dia dan gangnya sahaja. Dr Asri dan gang juga mengaku diri mereka golongan salafi, yang lebih tulin kononnya.
Jadi lebih baik Dr Asri masuk UMNO, sebabnya kalau masuk PR akan lebih huru - hara lah PR.
Kalau Dr Asri masuk PR, akan lebih huru- hara PR dengan perkara - perkara kecil. Sebab Dr Asri memang suka bertelagah perkara kecik - kecik.
Umumnya masyarakat tahu Dr Asri ada agenda tersendiri dalam perjuangan beliau. Biarlah dia masuk UMNO, itu haknya. Dan tidak menjejaskan sesiapa pun.
Cuma pandangan saya, parti yang dimasuki Dr Asri akan bertelagah perkara - perkara kecil dan perkara besar ditinggalkan.

Wednesday, June 23, 2010

PENGGANAS, JI DAN ULAMA'

Lama tak update blog. Kesibukkan menghalang.
Tertarik dengan kenyataan suratkhabar, tentang JI, wahabi, militan dan pengganas. Tajuk yang menarik berkaitan ancaman negara. Benar atau tidak, itu kerja PDRM. Tetapi kalau yang dikaitkan semuanya dengan JI dan militan, satu kemusykilan juga kepada rakyat. Yang lebih mengharukan nama - nama besar spt TG Hj Hadi, Dr Asri, Dr Juanda. Yang kelakarnya Shahidan Kassim pun ada.
Boleh fikir sendiri lakunan, sandiwara ataupun realiti.

Monday, May 17, 2010

SIBU, PR MENANG BN MENANGIS

Menunggu siaran TV agak lambat untuk keputusan pilihanraya Sibu. Dengar - dengar PR melalui parti DAP menang. Terkedu juga BN sebab rakyat Sibu sanggup berubah.
Nak ulas tentang pilihanraya Sibu, aku bukanlah orang yang terbaik. Hanya bacaan di suratkhabar dan internet sebagai rujukkan. Yang pastinya di Sibu, pengundi Kaum Tionghua hampir 60%.
Yang pastinya BN amat kecewa sebab dah berjuta RM dihabiskan, tetapi akhirnya kecundang jua di bumi Sarawak.
Nampak gayanya pengundi kaum Tionghua lebih pandai bermain politik. Mungkin faktur keterbukaan dan kebebasan media mereka, menyebabkan pilihan mereka lebih bebas. Tidak seperti media berbahasa Melayu yang agak mengongkong dan hanya menceritakan kebaikkan sebelah pihak sahaja. Budaya takut juga memainkan peranan kepada kaum Melayu yang asyik berfikiran negatif. Kalau BN kalah, Melayu terancam. Kalau BN kalah, terancam. Sedangkan politikk tetap politik. Tiada di dalam sejarah, BN begitu tegas memperjuangkan Melayu apatah lagi Islam. Lihat contoh terbaru lesen judi Piala Dunia. Yang pastinya dasar BN dan pemimpinnya adalah keuntungan. Selagi ada keuntungan, halal haram bukan persoalannya. Maruah bangsa Melayu pula, dari sehari ke sehari makin pupus di telan dek zaman. Tiada yang berminat memperjuangkannya hatta Parti yang menggelar dirinya Parti Melayu.
Mungkin sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada Pakatan atau Gabungan lain yang lebih mencorakkan rakyat Malaysia. Bukannya mengundi berdasarkan retorik atau propaganda yang tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Kita pun tahu pilihanraya 5 tahun sekali, kalau tak puas hati boleh tukar semula. Itulah sistem demokrasi. Tiada yang berkuasa mutlak memerintah. Mungkin Malaysia akan lebih baik. Kalau tak cuba siapa yang tahu.

Sunday, April 25, 2010

HULU SELANGOR DAN MELAYU

Berakhir sudah PRK Hulu Selangor, keputusan telah diistiharkan. Yang menang berpesta, yang kalah berduka. Adat pertandingan ada menang, ada kalah. Biar menang dengan terpaksa membayar kos yang tinggi, apa dipedulikan, duit rakyat.
Yang menang tidak menang mutlak, yang kalah tidak kalah mutlak. Yang menang ada pengundi, yang kalah tetap ada pengundi.
Kemenangan Hulu Selangor bukanlah ukuran kekuatan BN dan bukan lambang kelemahan PR. Hulu Selangor yang tidak sampai satu penggal pun dinaungi oleh wakil rakyat PR. Kalau dituduh PR menipu, bermakna BN telah menipu selama 50 tahun.
PR ada kelemahan dan BN lagi banyak kelemahan.
Kemenangan BN tidak mengangkat agama dan bangsa hatta maruah negara sekalipun. Bahkan mungkin lebih menggadaikannya, siapa yang tahu.
Rakyat Hulu Selangor, rata - ratanya masih di takuk lama pemikirannya. Takut buat perubahan. Pengundi Melayu, masih duduk di Felda, tanah simpanan untuk orang Melayu. Nescaya majoritinya akan bertuankan pemerintah yang ada. Biarpun Selangor diperintah oleh PR namun Felda diurus-terus oleh BN. Nescaya taat setia hanya kepada BN. Kalau tidak akan disingkir dari tanah simpanan pula.
Janji BN banyak mempengaruhi pengundi terutamanya org Melayu yg selama ini sering digula-janjikan. Bagi orang Melayu tidak perlu menunaikan janji tetapi yang pentingnya terus berjanji. Cukup memberikan harapan kepada mereka. Biarpun terpaksa digadai negara, agama dan bangsa.
Mungkin faktur calun memainkan peranan. PR dengan nama besar, BN dengan muka baru,. Malangnya calun PR banyak kontroversi. Mempengaruhi banyak nilaian pengundi. Mungkin tidak sesuai bagi pemikiran di Hulu Selangor. Sedangkan calun BN, India yang telah masuk Melayu, mengamalkan budaya Melayu itulah yang digambarkan.
Isu Nasional, APCO tidak memainkan apa - apa sentimen kepada pengundi Melayu. Mungkin tak pernah nak ambil tahu pun. Hulu Selangor membuktikan masih ramai Melayu yang tidak tahu tentang apa -apa tentang negara sendiri. Melayu yang hanya tahu mementingkan periuk nasi sendiri sahaja. Itulah bangsa ku.
Tahniah kepada BN kerana berjaya memelayukan Kamal Ana Than.

Friday, April 23, 2010

STRATEGIK BERKESAN PRK ULU SELANGOR.

Makin hangat, PRK Hulu Selangor. Dua parti bertanding PKR dan MIC. Macam biasa kekuatan strategik mempengaruhi pengundi menentukan kalah - menang parti. MIC dengan bantuan UMNO bermatian - matian cuba memenangi PRK ini. Telah 50 tahun bersekedudukkan.
Seperti biasa kaedah guna - guna, biasanya dipakai. Tabur wang Tabur janji. Dah 50 tahun lebih digunakan kaedah ini dan hasilnya agak memuaskan. Terutamanya kepada pengundi Melayu dan India yang amat memerlukan. Strategik guna - guna wang dan janji kosong, banyak memberikan harapan kepada pengundi. Bagi pengundi jika tidak dilaksanakan janji pun tidak mengapa kerana dah 50 tahun lebih dihidangkan dengan janji kosong.
Strategik yang berkesan juga memburukkan dan membuka kisah silam lawan. Ini adalah strategik yang agak berkesan. Dulu waktu sama - sama minum arak, sama - sama menyokong murtad, sama - sama menyokong IFC, tetapi apabila kawan berubah dan berminat ke arah parti lain, dicananglah keburukkan dan keaiban. Sedangkan keburukkan diri sendiri dinafikan biarpun sama - sama buat dan masih pun berkecimpung serta buat lagi sekarang ini. Begitulah strategik 'buruk kawan', selama ini juga agak berkesan. Nampakkan diri baik, biarpun dalam busuk umpama bangkai.
Strategik Ke - 3, fitnah kepada lawan. Buat cerita biarpun tak betul. Gunakan media untuk mengiakannya. Dosa pahala tolak tepi. Hukum Tuhan lambat lagi. Mana ada orang mati balik semula cerita apa yang ditempuh. Strategik ini agak berkesan terutamanya kepada pak cik mak cik yang kurang menggunakan akal.
Strategik ke 4, gunakan nasihat dari Badan Yahudi, seperti APCO. Badan ini telah menunjukkan kecemerlangan yang hebat pilihanraya dan mentadbir negara. Sebagai imbalan jual lah sedikit maklumat negara, bagi projek besar kepada mereka. Yahudiai bangsa yang pandai dan kuat. Apalah salahnya kita tunduak kepada mereka? Tak salahkan.

!! BUJANG SUSAH !!: SIKSA DUNIA ISTERI YANG CURANG

!! BUJANG SUSAH !!: SIKSA DUNIA ISTERI YANG CURANG

Monday, April 19, 2010

ZAID @ KAMAL ANATHAN YANG TEGAR?


PRK Hulu Selangor makin panas. Dah jadi adat pilihan raya. Dalam pilihanraya, agama akan dianggap sebagai penghalang bagi manusia yang kurang beriman. Dalam pilihanraya budaya fitnah, buruk orang, buka aib orang memang budaya biasa. Dalam pilihanraya matlamat menghalalkan cara, konsep Machivelli, itulah pegangan manusia rakus dan tamak.
Isu Zaid minum arak. Gambar dan pelbagai lagi disebarkan.Bila disiasat hanya gambar tempelan. Blogger yang membuatnya tahu itu adalah gambar palsu. Tetapi dibuatnya jua. Nescaya si Blogger bukan seorang yang beriman. Jika beriman dia takutkan Allah, dia tak fitnah orang, dia tak buka aib orang. Eluklah kita keluarkan gambar Si Blogger ini supaya bila dia mati, moga - moga tukang fitnah dan tukang aib sahaja akan datang kendalikan jenazahnya. Nak tengok mampu tak dia buat fitnah kat malaikat pula. Dosa Sang Blogger Pemfitnah amat besar, moga dia cepat jumpa Zaid minta maaf dan announce secara terbuka. Sebab mungkin ada yang telah percaya.
Zaid, ramai insan macam aku, tak kenal secara pribadi. Namanya meletup dulu pun sebab saman hudud Kerajaan Kelantan. Kalau tak sampai mati pun orang tak kenal.
Zaid ini aku rasa mungkin dulu sama macam majoriti pimpinan UMNO yang lain. Kalau tak takkan dia boleh join UMNO. Hidup berpoya- poya, enjoy ala Barat, sebab anak didik Barat. Bila dah berumur, rasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Zaid kata dia dah bertaubat, dia dah mohon maaf dari Allah. Dan dia pun telah meninggalkan kekawan lama yang ada perangai buruk. Itulah cara bertaubat. Cari kawan baru yang boleh membimbing. Dia keluar parti lama sebab kawan lama yang kaki arak tegar, pengamal rasuah tegar, pemfitnah tegar dan macam - macam tegar lagi ada kat situ. Jadi kepada Menteri, Ustaz dan Tuk Imam, yang masih dalam parti lama Zaid, pandailah cari kawan yang baik. Silap - silap boleh ikut perangai kekawan yang tegar - tegar ini.
Jadi tak timbul cerita Zaid kaki arak atau kaki apa. Dia dah tinggalkan. Sedangkan dalam parti lama Zaid, masih ramai yang kaki arak tegar, peraba tegar, penzina tegar, kaki pukul bini tegar, kaki perempuan tegar dan tegar tegar tegar.
Pada masa yang sama, lawan Zaid dari Parti yang terkenal dengan ketagih arak tegar tak dipertikaikan pula. Hairan bin Ajaib, mungkin Kamal Anathan ini seorang kaki ibadat yang kerap ke masjid kot. Itu sebab diangkat bagai Dewa oleh geng - geng dalam parti lama Zaid ini. Mungkin antara Zaid dan Kamal Anathan ini, ada yang masih tegar lagi kepada botol? Renung dan Fikirlah, gunakan anugerah Ilahi.

Thursday, April 15, 2010

PILIHANRAYA, PESTA RAKYAT

Tak lama lagi Hulu Selangor akan mendapat wakil rakyat Parlimen Baru. Pastinya ada pilihan raya, baru dapat memilih. Siapa yang menang, PR atau BN? Terpulang kepada pengundi yang memangkah. Banyak dipangkah, boleh menang.
Jentera parti masing - masing bertungkus - lumus. Kata - mengata, ejek - mengejek, mungkin sampai tumbuk - menumbuk dan pukul - memukul, itulah lumrah pilihan raya. Faham - faham ajelah bila rakyat berkumpul. Pesta pun bermula.
Peruntukkan dan bantuan datang mencurah - curah, biarpun tidak layak menerimainya. Janji dihamburkan macam bertih jagung. Tidak kurang air liur yang akan menjadi saksi di Padang Masyar kelak.
Rezeki pun bertambah bagi penduduk Hulu Selangor. Jika rajin menjual air di tepi jalan atau goreng pisang, pasti tak cukup tangan. Itu belum campur kalau ada rumah sewa.
Itulah Pesta Rakyat, Pesta dalam Sistem Demokrasi. Meriah juga memilih pemimpin.
Jangan pula selepas ini, ada yang berdoa mohon Wakil rakyat mereka mati, takut nanti tak ada yang nak jadi Wakil Rakyat.

Saturday, April 3, 2010

BAITUL HUSNA, RUMAH ANAK YATIM DI KUANTAN

Marilah bersama - sama kita membantu apa yang patut. Rumah Anak Yatim untuk anak - anak perempuan di Baitul Husna Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang.

Wednesday, March 17, 2010

ZAHRAIN DAN HANTU RAYA


Zahrain melalak bagai nak rak dalam Parlimen. Maka kedengaran suaranya laksana belang - belung membelah halilintar Dewan rakyat yang mulia. Hampir 2 tahun berbinikan PKR, Zahrain lebih banyak diam membisu. Tetapi kesabaran berdiam diri tidak dapat dibendung lagi. Zahrain menjeriti umpama orang dirasuk jin. Dan sudah pastinya, Anwarlah orang yang bersalah. Anwar penjahat, Anwar pengkhianat bangsa, Anwar nak rampas kerajaan 16 September. Gagah berdaung suara Zahrain menyalahkan Anwar.
Kejahatan tetap kejahatan. Anwar atau Zahrain yang jahat, rakyat akan menentukan. Kata - kata Zahrain umpama melepas geram. Mungkin ada hajat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti. Hati yang merana membuat Zahrain dirasuk. Melepas geram kepada Pak Anwar.
Zahrain dari dulu dijamu. Tiba - tiba tuan baru tidak menjamu, sudahpasti akan mencari tuan baru. Tuan yang dapat menunaikan hajat nafsu serakah yang membara.
Kisah Zahrain, mengingatkan daku kepada Kisah Hantu Raya. Hantu Raya tetap taat jika cukup makan minum, biarpun banyak makan tuan dibelakangnya. Kalau tak cukup Hantu Raya akan mengamuk, mengacau keluarga Si Tuannya. Itulah Sang Zahrain, sama wataknya dengan Hantu Raya.
Pak Anwar tetap salah, terlalu rapat dengan Si Zahrain Hantu Raya. Terlalu mempercayai si Hantu Raya. Akhirnya Hantu tetap Hantu, mana boleh dipercayai.

Tuesday, March 2, 2010

PENGKHIANAT PKR DAN PAKATAN RAKYAT



PKR bergolak lagi. Malas nak baca dan campur, tetapi mungkin sedikit sebanyak jiwa menentang kezaliman dan penipuan yang wujud dalam diri membuatkan ingin membuat ulasan. Biarpun ulasan ku tidak secanggih ahli politik, tetapi inilah pandangan dan apa yang ada dalam hati ini.
Setiap kali tengok, dalam berita bila ahli PKR keluar parti, adalah rupa Sallehuddin bekas Setiausaha Agung. Siapa beliau ini? Tiada siapa yang tahu asal usul beliau sebenarnya. Mungkin kenalan Anwar. Jadi tetiba ada dalam parti. Itulah cerita 2004, kalau tak silap. Bila kawan Anwar semua disanjung, kononnya beliaulah perunding yang akan menaikkan PKR.
Semalam sempat berjumpa teman dari Utara. Berbincang sedikit pasal politik tanahair dan impak Fairus bila menjadi pengkhianat kepada PKR. Jawapan yang diterima amat melucukan, tiada impak sebab orang sana semua tahu siapa Fairus. Dikenali sebagai anak muda yang malas dan tiada halatuju bagi orang kawasannya sendiri. Benar atau Salah, beliau sendiri dan masyarakat yang lebih mengetahui. Jika benar seperti kata - kata teman tersebut, maka pengkhianatan Fairus tidak mendatangkan mudarat kepada PKR, bahkan mudarat pula kepada UMNO. UMNO akan dicap sebagai parti himpunan orang politik yang bermasalah.
Berbalik kepada hamba Allah, Sallehudin bukan Sallehudin Ayubi pahlawan Islam tersohor. Sudahpasti jiwanya juga tidak sekental sallehuddin Ayubi. Tadi sempat baca kenyataan rasmi S. Husin, beliau bulanlah tidak bergaji. Dibayar RM9000.00 sebulan rupanya. Jadi bercanggahlah kenyataan beliau yang berkhidmat secara sukarela seperti yang diwar - war dahulu.
Di sebalik segala masalah ada gambar beliau. Sudahpasti beliau berperanan dalam pengkhianatan kepada PKR. Jadi siapa sebenarnya beliau. Seorang yang tidak berpuas hati kepada imbuhan yang diperolehi atau seorang yang sememangnya ditanam dalam PKR?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Thursday, February 25, 2010

HARI INI MAULIDUR - RASUL

Tanggal hari ini, maulidur - rasul disambut juga biarpun sebelum ini penuh dengan kontroversi. Kontroversi yang mengelirukan umat Islam sendiri. Itulah kenapa ku tentang Islam dipolitikkan dan dihujah, didebat, diambil keputusan politik. Nescaya akan huru - hara akhirnya. SWistem demokrasi yang dicanang oleh pemikir Yahudi ini sudah pastinya ada udang disebalik batu. Malangnya apabila Si Ulama' yang menjadi rujukan dan pujaan, bertungkus - lumus meletakkan hujah di atas politik sebagai teras utama. Sudah pasti akan huru - hara akhirnya.
Satu hari nanti, mungkin Maulidur - Rasul tiada siapa yang tahu tarikh dan berlakunya. Sama seperti Hari Asyura' 10 Muharam, entah hanya berapa kerat umat yang tahu menghargai dan menilainya.
Sekurang - kurangnya sambutan Maulidur - Rasul mengingatkan kepada Rasulullah. Seperti yang sedia maklum, majoriti umat Melayu Islam tidak berselawat kepada Rasulullah. Mungkin sambutannya perlu dimodifikasikan sedikit, dari perarakan ke acara lain yang lebih berfaedah seperti salawat, ceramah dan majlis ilmu. Mungkin ini juga dapat memberi rezeki kepada peniaga kecil yang mahu membuka gerai.
Ada manusia yag suka berhujah di atas nama Rasulullah, tetapi bila bertembung dengan kepentingan diri maka hujah untuk diri adalah lebih utama. Dicarilah nas agar dapat mengkaya dan menyenangkan diri sendiri. Mungkin ini cara cari makan zaman ini.
Cara pemikiran pendakwah telah berubah, pendakwah sekarang pendakwah cari makan. Jadi kena pakai hukum yang masyarakat suka. Kalau tidak, payah nak cari makan jika bertentang arus. Jika difikirkan, seandainya inilah method dakwah maka punahlah prinsip dakwah itu sendiri.
Bagiku sunnah tetap sunnah. Jadi jalan menghidupkan sunnah juga satu sunnah jika kena caranya. Wallahu' alam

Monday, February 22, 2010

POLITIK OH POLITIK.

Saban hari suasana politik makin mengelirukan dan kacau - bilau. Rakyat awam macam aku, makin bosan dan jelek melihat telatah ahli politik. Isu yang tak habis - habis. Semuanya berkata untuk memperjuangkan rakyat. Baik BN mahupun PR. Tetapi yang nyatanya semua ada agenda disebaliknya.
Umat makin celaru, rakyat makin merana. Harga barang makin meningkat. Kos sara hidup makin naik. Kalau di tanya PR semuanya salah UMNO. Buah kronisme dan nepotisme, sudah pasti akan didendangkan. Tetapi dari pendapatku hamba yang lemah, jika PR memerintahpun sebenarnya campur tolak sahaja. Pimpinan yang ada dalam PR pun lebih banyak memperjuangkan perut sendiri sama seperti yang duduk dalam UMNO. Cuma mungkin bilangan belum majoriti lagi kerana masih belum ada kuasa. Itu sahaja.
Bagi ku jika hendak memilih pemimpin hendaklah dilihat dari ilmu, akhlak dan amalnya. Itu yang terbaik. Jika cakap berbuih mulut, tetapi pada masa yang sama menipu sana sini, tiada bezapun orang yang dikeji dan mengeji.
Bukannya mudah nak jadi pemimpin. Kalau dihati ini masih banyak memikir diri sendiri, rasanya lebih baik jangan berpolitik. Kerana banyak akan menceburkan pada yang haram.
Aku tidak benci UMNO mahupun PR kerana parti. Cuma kalau kezaliman , ku tetap akan menentang tak kira siapa pun sehingga kembali ke pangkal jalan. Moga Allah memberi petunjuk dan redhonya.

Monday, February 8, 2010

FITNAH: ANWAR vs SAIFUL, AND THE GANG

Bicara kes Anwar, makin menjadi. Dari KY Jelly, tilam, katil, kondo hinggalah ke lubang dubur. Paksa atau suka sama suka masih jadi persoalan. Kalau suka sama suka, rasanya Mahkamah Syariah tempat terbaik berdiskusi. Sama seperti kes zina, lelaki dan wanita muslim. Jika dibawa ke Mahkamah Sivil, rasanya mana ada undang - undang zina yang hendak dikaitkan. Hanya dapat diuraikan di Mahkamah Syariah. Jika dipaksa, maka gagahnya Pak Anwar yang berusia 60an dapat mengalahkan anak muda 20an. Makin celaru dan dari perbicaraan awal, nampaknya keputusan mahkamah telah diketahui oleh ramai rakyat. Cuma masanya sahaja yang belum diketahui. Nampaknya Pakatan Rakyat terpaksa bergelumang dengan masalah kepimpinan sekali lagi. Anwar diperosok ke dalam sel tahanan. Malaysia terus subur dengan penyelewengan dan rasuah merata - rata.
Nabi Yusuf difitnah, itu yang tercatit dalam Al Quran. Firman Allah untuk hamba - hambanya. Fitnah ke atas Yusuf, menyebabkan Yusuf merengkuk dalam penjara. Berapa lama tempuh penjaranya tiada yang jelas, Ada kata 7 tahun, ada kata lebih lagi. Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui. Fitnah ke atas Yusuf terbongkar selepas namanya dibersihkan oleh si penuduh.
Malangnya sejarah zaman Kesultanan Firaun berulang lagi di era moden. Mangsanya orang ternama jua yang cuba membersihkan Kerajaan dari gejala penyelewengan dan rasuah. Di zaman rasuah menjadi periuk nasi. Peyelewengan menjadi amanah, maka mungkin ini dianggap satu jihad jika berpaksikan kepada Allah.
Fitnah kala ini didokong oleh sistem yang berpaksikan kepada pemerintahan. Jentera kerajaan menyeleweng dan merancang untuk menghukum orang yang tak bersalah. Menghukum orang yang menyeru kepada kebaikan. Menghukum orang yang inginkan kebaikan. Moga Allah mengazab dengan seazab - azabnya mereka yang terlibat dari dunia hingga ke akhirat jika mereka tidak bertaubat dan membetulkan keilapan. Itulah doa rakyat marhain bagi sipengkhianat Negara.
Fitnah ini didokong oleh media. Menghebuhkan fitnah keaiban untuk manusia. Moga Allah menyeksa tangan yang menaip bait - bait fitnah itu.
Fitnah perlu ditentang sedaya upaya. Jika kita membiarkan fitnah berleluasa, bala dan amarah Allah akan menimpa kita. Selagi ada golongan yang berani menentang dan berkata benar, Insya'allah tiadalah bala' untuk keseluruhan umat ini.
Firaun berdosa kerana zalim dan engkar, Bani Israil ditimpa kehinaan kerana sifat penakutnya.
Bangunlah para pejuang kebenaran, berkata benar lah. Tentanglah fitnah mengikut keupayaan dan kemampuan. Jangan berdiam diri dan merelakannnya. Takut kepada azab Allah adalah sebaik - baiknya.
Moga Allah menangguhkan azabnya selagi ada kumpulan yang berani menentang kezaliman.

Friday, February 5, 2010

UMNO TIDAK BELAJAR DARI SEJARAH

Menjadi ahli politik, tidak dapat lari dari Sejarah. Sejarah bukan sahaja sebagai satu mata pelajaran, tetapi satu iktibar kepada kita. 70% isi Al Quran adalah berkaitan dengan Sejarah. Sedangkan Al Quran bukannya buku sejarah. Al Quran adalah panduan kehidupan. Jelaslah Allah memberitahu kita supaya ambil pengajaran dari Sejarah.
Kes Anwar adalah kali kedua semenjak ditangkap 1998 dan dibebaskan beberapa tahun kemudian. Malangnya UMNO tak ambil pengajaran darinya. Tahun 1999, UMNO melihat kehilangan taringnya. Pengundi beralih arah ke parti - parti lain biarpun parti yang ada amat lemah pengurusannya. Bermula dari tarikh itu, ahli UMNO malu nak mengaku mereka orang UMNO.
Selepas Anwar dibebaskan, Tsunami politik pun terjadi di Malaysia. Semua sedia maklum, jika di Semenanjung pengaruh Anwar sehingga menyebabkan UMNO kalah. Cuma berharap kepada Sabah dan Sarawak. Jika tidak sudahpasti Kerajaan sekarang dipimpin oleh Anwar.
Bermulanya kes Saiful, rakyat telah menolaknya. Jika dibuat kajian, mungkin tidaklah 100% tetapi 70% hatta ahli UMNO sendiri pun tidak percaya. Mengapa diteruskan juga.
Rakyat sudah bosan mendengar dongengan rancangan mengarut Saiful kena liwat. Biarpun Saiful dimekapkan seolah - olah menjadi seperti orang kuat sembahyang. Semua orang menolak dan menafikan cerita - ceritanya. Moga Allah memberi balasan dan seksa yang terhebat kepada pelakun dan perancang rancangan fitnah terbesar di abad ini.
Rakyat akan menghukum di PRU 13. Kita lihat, mungkin selepas ini tiada lagi UMNO kerana kebodohan sendiri. UMNO akan tinggal nama dan meninggalkan sejarah fitnah yang terbesar.

Kini Dan Silam: SERUAN MERDEKA BERKUMANDANG DI ANGKASA TEMERLOH

Kini Dan Silam: SERUAN MERDEKA BERKUMANDANG DI ANGKASA TEMERLOH

Monday, February 1, 2010

GUNALAH MASA YANG ADA SEBAIK MUNGKIN.

Malam tadi sempat berbincang tentng masa kehidupan bersama teman sembang kedai kopi. Umat ini diperuntukkan umur yang sedikit, 60 - 70 tahun. Biarpun kononnya teknologi perubatan mendakwa mampu memanjangkan usia. Kekadang kita terlupa, perjanjian umur @ usia telah dibuat sebelum kelahiran. Kita masih terlalu yakin itu adalah hak manusia, sedangkan hakikinya ia adalah hak mutlak Yang Maha Esa.
Kita sibuk berusaha mamanjang usia dan berangan agar awet muda. Sedangkan itu adalah lumrah alam. Kelahiran dan kematian adalah lagu yang mesti diikuti selagi hidup di dunia. Siapa pun kita, malaikat maut tidak teragak mengambil nyawa keluar apabila tiba masanya.
Cara yang terbaik ialah kita berusaha dan berikhtiar menjadi hamba yang patuh taat kepada Yang Maha Berkuasa. Itulah persediaan yang terbaik untuk menenpuh perjalanan yang panjang. Kita berdoa agar perjalanan kita lebih mudah dan dibalas dengan kesenangan di alam fana' yang abadi. Berbuatlah kebaikan selagi ada nafas dan peluang. Selepas ini perjalanan kita umpama jalan sehala, bergantung kepada apa yang dibuat di dunia ini.
Oleh itu saya menyeru kepada diri ini dan teman pembaca semuanya menjadi sukarelawan, .:e-sukarelawan JAMA'IY atau E-s2u.Com Matrix 10 X 4:, atau lawatlah http://e-s2u.com/?ref=223 mungkin ini adalah satu cara berbuat kebaikkan.

Thursday, January 28, 2010

NAMA ALLAH, MENGAPA DIISUKAN?

Kes kepala babi yang dicampak ke dalam masjid. Ini kes provokasi. Di dalam dunia moden yang canggih dan bermaklumat ini, masih ada yang suka membuat provokasi. Apakah ini hanya secebis drama bagi orang yang bermatlamat? Atau secebis lakunan bagi yang berkepentingan?
Aku berdoa semoga rakyat Malaysia lebih matang. Isu seperti ini boleh mencetuskan huru - hara jika tidak ditangani dengan baik. Semua sedia maklum, isu agama adalah isu yang sensitif bagi umat mana sekalipun. Apatah lagi untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu telah menjadi tunjang kepada Islam sejak ratusan tahun lagi di Nusantara. Biarpun dari segi amalan agak dangkal, namun dari segi keyakinan kepada Islam tidak boleh dipertikaikan. Itu yang ditanam sejak kecil. Di akhir - akhir ini, ancaman kepada Islam agak lantang dan mencabar umat Melayu Islam khususnya. Mengapa boleh terjadi begini? Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia, pemerintahnya dikuasai oleh orang yang beragama Islam. UMNO sebagai tunjang gabungan parti pemerintah, mendakwa diri mereka sebagai pelindung kepada agama dan bangsa. Tetapi di manakah peranan mereka di saat ancaman ke atas Islam? Mungkin kefahaman terbalik menyebabkan mereka jadi terbalik. Sepatutnya Islam pelindung kepada bangsa.
Isu guna nama Allah mampu diselesaikan dengan baik, diperingkat awal lagi. Tak perlu diisukan sehingga seolah - olah perlu dipanjangkan.
Sehingga ke hari ini ada kepala babi, bakar gereja, bakar surau? Jika dilihat dari segi kemasyarakatan, rasanya perkara seperti ini tak patut berlaku. Rakyat samada Islam dan Kristian, tiada masalah diperingkat bawah. Mungkin isu ini sengaja digembar - gemburkan sahaja. Mungkin ada ruang bagi yang berkepentingan.
Rakyat perlu matang. Kerajaan juga kena lebih matang. Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa nama Allah tidak boleh digunakan oleh non - Muslim. Di dalam sejarah dunia, Kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di tempat asal mereka. Jadi mengapahanya terjadi di Nusantara ini.
Ada sahabat yang mencadangkan penggunaan nama Allah akan lebih memudahkan da'wah.Bagiku biasanya orang Melayu lebih mudah terikut dari berdakwah kepada orang lain. Sebab kita tahu, kehidupan kita lebih banyak dipengaruhi oleh amalan dan cara hidup agama lain dari mengambil amalan dan cara hidup seperti yang diajarkan kepada Islam.
Dalam isu ini, politik nampaknya tidak dapat memainkan peranan yang penting. Majoriti rakyat menolak saranan ahli politik, mahu dari BN atau PR. Kedua - duanya sama saja campur tolak.

Monday, January 18, 2010

Kini Dan Silam Video: The Star Di Kampung Perdamaian Sukhirin

Kini Dan Silam Video: The Star Di Kampung Perdamaian Sukhirin

Terima Kasih untuk pejuang terdahulu. Biar lah sejarah menentukan benar atau salah mereka? Jiwa tegar mereka dijadikan contoh perjuangan masa kini.

Friday, January 8, 2010

BAKAR GEREJA, KERJA SIAPA?


Dah malas nak ambil tahu tentang politik tanahair. Makin bercelaru dan mengelirukan.
Akhirnya terdengar cerita tentang bakar gereja. Pelik... Di dalam Negara Malaysia yang aman damai tetiba ada kisah bakar gereja orang Kristian. Dan terjadi di Malaysia. Semuanya bermula dari isu nama Allah. Ganas sangatkah orang Islam di Malaysia. Sehingga sanggup berjihad (konon) sampai bakar gereja. Apakah terdapat dalam ajaran umat Islam. Sepanjang yang diketahui dari kecil, sesiapa yang belajar dan dididik cara Islam, membakar rumah ibadat kaum kafir adalah dilarang. Hatta di dalam peperangan pun kita akan mengelakkannya dari berlaku secara sengaja. Itulah pegangan umat Islam di Malaysia.
Ini bermakna sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, nescaya bukan dari golongan yang faham Islam. Mungkin yang melakukannya orang yang hidup atas gaji atau takut kepada bos mereka. Siapa? Fikir dan fikirlah. Yang melakukannya orang yang berkepentingan. Mungkin takut hilang kuasa, mungkin takut hilang pangkat, mungkin takut hilang kerja. Hanya golongan seperti ini sahaja yang sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk dan bertentangan dengan syarak.
Kepada Umat Islam, tidak perlu beremosi dengan nama Allah. Jika nama Allah dibenargunakan, ianya adalah kebenaran Mahkamah. Siapa yang menguasai Mahkamah. Fikirkan sendiri.
Jika gereja dibakar, pasti ada tujuannya. Apakah polis di Malaysia sudah kurang cekap? Apakah Polis Malaysia sudah tunduk kepada golongan ekstremis?
Jika berlaku huru - hara di Malaysia, ada pihak yang untung. Yang pastinya bukannya pihak pembangkang. Yang akan dijadikan kambing - hitam, sudah pasti pihak pembangkang dan 2, 3 kerat dari pihak pemerintah dan NGO.
Nampak gayanya pimpinan ABIM yang baru amat dangkal dalam pembacaan politik Malaysia. Yang pastinya ada di antara mereka yang akan dijadi kambing - hitamkan.

Monday, January 4, 2010

GUNA NAMA ALLAH, PERANGKAP UNTUK PAKATAN

Isu nama Allah, untuk orang Kristian, boleh atau tidak? Jelas di dalam Al Quran, nama Allah telah diguna pakai oleh Orang Musyrikin, sebelum kedatangan Rasulullah lagi. Allah adalah Tuhan Yang Maha Besar. Apa - apa sahaja yang berkaitan dengan Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha segala -galanya, hanya untuk Allah yang Maha Esa.
Cuma di Tanah Melayu ini, senarionya agak berbeza. Allah hanya digunakan oleh orang Islam. Tidak sama seperti Arab Jahiliyyah. Bangsa lain tak pernah gunakan nama Allah. Hatta Kristian sendiri di mana - mana mukabumi hanya menggunakkan God atau Jesus yang dirujukkan sebagai Tuhan mereka. Tidak pernah kita mendengar orang Kristian menyebut Allah The Mighty. Yang selalu kita dengar, perkataan Oh God atau Oh Jesus.
Persoalannya, mengapa tetiba sahaja ada akhbar Kristian yang berminat nak menggunakan perkataan Allah. Kita tidak kata halal atau haram, tetapi persoalannya Boleh atau Tidak?
Jika boleh apa manfaatnya, dan jika tidak apa kesannya. Itu yang patut kita fikirkan.
Apakah kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Sedangkan telah terjelas termaktub di dalam perlembagaan Malaysia, agama Islam dilindungi secara mutlak di Malaysia. Mengapakah masih ada yang berani mencabar KDN? Dan mengapakah rayuan begitu lembab dibandingkan dengan kes Perak tempoh hari. Benarkah Kerajaan UMNO telah kehilangan taring?
Jika difikirkan, ini hanya permainan politik. Menunjukkan seolah - olah agama Islam di Malaysia telah tercabar.
Di dalam kes ini, PR yang berada di dalam keadaan serba salah. Jika bersetuju seolah - olah telah mengabaikan kepentingan agama Islam. Jika tidak bersetuju sudah pasti pengundi non - Muslim akan curiga. Akhirnya undi tidak memihak kepada mereka.
Jahat betul permainan ini, sehingga agama Islam yang suci ini juga dipolitikkan. Bagi rakyat yang mudah terkeliru, berfikir dengan semasak - masaknya. Jangan melatah.
Sebenarnya isu ini boleh diselesaikan dengan mudah oleh pihak pemerintah, tetapi dibiarkan sahaja. Mungkin sebagai perangkap kepada pihak PR.
Bagi PR lebih baik bersikap sederhana, jangan diturutkan latah rakyat. Apa yang perlu dibuat, desak Kerajaan selesaikan. Biarkan jerat dipasang, moga - moga sipemasang yang terperangkap sendiri. Jika UMNO sendiri lambat bertindak, jerat itu akan memakan tuannya.