Sunday, June 21, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ, TETAP ISTIQOMAH

Kerajaan Perpaduan, masih menjadi isyu, biarpun rakyat makin meluat. Rakyat tak tahu makna Kerajaan Perpaduan. Rakyat perlukan kehidupan. Mudah mencari rezeki, kerajaan yang adil, kerajaan yang menitikberatkan rakyat, kerajaan yang jauh dari unsur biokrasi, kerajaan yang telus dan adil dan mementingkan rakyat.
Media arus perdana masih galak menceritakan isu ini. TGHH tak beri kenyataan lagi. Nasha yang begitu teruja dengan Kerajaan Perpaduan. TGNA konsisten dengan pegangannya. Anwar tak bagi komen yang kontroversi. Guan Eng minta penjelasan PAS. Najib mengalu - alukan. Muhyidin minta PAS mesti berpendirian. Mustafa letak syarat terima PKR dan DAP.
Celaru betul Kerajaan Perpaduan. silap - silap yang mencadangkannya pun tak jelas. Itu sebab berpakat dalam gelap. Hingga tiada siapa yang tahu erti sebenar Kerajaan Perpaduan.
PAS terjerat dengan jerat mereka sendiri. Inilah akibat bila mempunyai sikap yang bersembunyi dan tak ingin ikut peraturan. Apalah salahnya berbincang bersama PKR dan DAP, buat kenyataan bersama. Kan senang. Tiada kekeliruan.
Dari TG Haji Hadi berbincang pasal Kerajaan Perpaduan yang tak tahu di mana pangkal, di mana hujung, lebih baik memperjuangkan hak ahli parlimen PR yang dianak angkatkan. Peruntukkan kebajikan wakil rakyat kepada rakyat pun tak diberi. Hatta tandatangan sokongan pun tak laku di negeri yang diperintah BN.
Lebih baik berbincang agar dikembalikan hak sama rata untuk semua wakil rakyat tampa mengira parti. Lebih baik tolak dahulu kezaliman UMNO. Lebih baik berbincang agar tiada lagi JKKP di Negeri Pembangkang. Itu lebih baik.
TG Nik Aziz lebih konsisten dalam perjuangan. Jika bermula denga PR, kena hormati Parti dalam PR. Parti kena hormati ahli. Undi Presiden dan undi ahli, nilainya tetap satu.
Rakyat semua tahu, PAS tak kuat cuma pemimpin PAS kata PAS kuat. Jenis syok sendiri. Itu yang payahnya. Bila nak buat kontroversi, punahkan parti sendiri. Apa punya pemimpin macam ini. Mungkin terlebih pandai kot.
Kerajaan Perpaduan tidak jadi, tidak akan berlaku. Sebab UMNO tak bercadang nak berpadu dengan PAS. UMNO cuma nak PAS keluar dan haru birukan PR, itu sahaja. PAS yang pasang umpan, akhirnya tertelan sendiri. Mustahil UMNO nak akui kezaliman sendiri.