Monday, February 8, 2010

FITNAH: ANWAR vs SAIFUL, AND THE GANG

Bicara kes Anwar, makin menjadi. Dari KY Jelly, tilam, katil, kondo hinggalah ke lubang dubur. Paksa atau suka sama suka masih jadi persoalan. Kalau suka sama suka, rasanya Mahkamah Syariah tempat terbaik berdiskusi. Sama seperti kes zina, lelaki dan wanita muslim. Jika dibawa ke Mahkamah Sivil, rasanya mana ada undang - undang zina yang hendak dikaitkan. Hanya dapat diuraikan di Mahkamah Syariah. Jika dipaksa, maka gagahnya Pak Anwar yang berusia 60an dapat mengalahkan anak muda 20an. Makin celaru dan dari perbicaraan awal, nampaknya keputusan mahkamah telah diketahui oleh ramai rakyat. Cuma masanya sahaja yang belum diketahui. Nampaknya Pakatan Rakyat terpaksa bergelumang dengan masalah kepimpinan sekali lagi. Anwar diperosok ke dalam sel tahanan. Malaysia terus subur dengan penyelewengan dan rasuah merata - rata.
Nabi Yusuf difitnah, itu yang tercatit dalam Al Quran. Firman Allah untuk hamba - hambanya. Fitnah ke atas Yusuf, menyebabkan Yusuf merengkuk dalam penjara. Berapa lama tempuh penjaranya tiada yang jelas, Ada kata 7 tahun, ada kata lebih lagi. Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui. Fitnah ke atas Yusuf terbongkar selepas namanya dibersihkan oleh si penuduh.
Malangnya sejarah zaman Kesultanan Firaun berulang lagi di era moden. Mangsanya orang ternama jua yang cuba membersihkan Kerajaan dari gejala penyelewengan dan rasuah. Di zaman rasuah menjadi periuk nasi. Peyelewengan menjadi amanah, maka mungkin ini dianggap satu jihad jika berpaksikan kepada Allah.
Fitnah kala ini didokong oleh sistem yang berpaksikan kepada pemerintahan. Jentera kerajaan menyeleweng dan merancang untuk menghukum orang yang tak bersalah. Menghukum orang yang menyeru kepada kebaikan. Menghukum orang yang inginkan kebaikan. Moga Allah mengazab dengan seazab - azabnya mereka yang terlibat dari dunia hingga ke akhirat jika mereka tidak bertaubat dan membetulkan keilapan. Itulah doa rakyat marhain bagi sipengkhianat Negara.
Fitnah ini didokong oleh media. Menghebuhkan fitnah keaiban untuk manusia. Moga Allah menyeksa tangan yang menaip bait - bait fitnah itu.
Fitnah perlu ditentang sedaya upaya. Jika kita membiarkan fitnah berleluasa, bala dan amarah Allah akan menimpa kita. Selagi ada golongan yang berani menentang dan berkata benar, Insya'allah tiadalah bala' untuk keseluruhan umat ini.
Firaun berdosa kerana zalim dan engkar, Bani Israil ditimpa kehinaan kerana sifat penakutnya.
Bangunlah para pejuang kebenaran, berkata benar lah. Tentanglah fitnah mengikut keupayaan dan kemampuan. Jangan berdiam diri dan merelakannnya. Takut kepada azab Allah adalah sebaik - baiknya.
Moga Allah menangguhkan azabnya selagi ada kumpulan yang berani menentang kezaliman.

No comments: