Terperanjat daku pada ari ni, seorang pak sedara telefon. Tersangatlah kelakarnya bagiku. Menawarkan untuk mendapatkan peluang nak dapatkan tanah kerajaan. Nak guna syarikat aku. Saya tak berminat menceritakan samada berjaya atau pun tidak, boleh atau tak boleh? Persoalannya, mengapa dan kenapa? Terdetik difikiranku.
Sepanjang pengetahuan ku, tanah pusaka aruah tok pun, satu inci tanah pun, emak tak dapat. Sedangkan emak pun ada bahagian faraid juga, tapi sayang habis disapu dek deme - deme yang tak pernah cukup tanah ni. Tetiba tepon pasal peluang nak tanah kerajaan. Terima kasih kerana ingat pada ku atau nak kenakan ku. Entah la. Atas sikap bersangka baik kita anggaplah niat deme ni baik.
Amanah yang ada pu tak dapat ditunaikan, mengapa perlu nak tambah amanah lagi. Kan dah cukup beban. Itulah sikap manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada. Sedangkan kita lupa nyawa kita semakin singkat, setiap hari suara kubur makin kuat kedengaran. Cintakan dunia yang penuh kepalsuan melebihi dari cintakan hidup abadi. Kita mencari harta dunia sampai lupa halal haram, sedangkan kita sendiri tak sempat menikmatinya, akhirnya kita hidup terseksa di alam sana tetapi anak @ orang lain menikmatinya. Sekiranya anak jadi orang berguna mungkin ada sahamnya, kalau sebaliknya mungkin makin ke bawah lah tempat kita.
Entah lah manusia mungkin kekadang kita ingat sekadar mengangkat tangan berdoa, bertaubat atas tikar sejadah, Allah akan melupakan segala - galanya. Apakah amanah telah terlaksana, hak orang lain yang kita rampas, orang yang kita aniayai dan berbagai dosa samada dengan Ilahi mahupun sesama manusia? Tidak mampu kome yang kerdil ni dapat memikirnya. Moga Allah sentiasa memberi petunkuk ke jalan yang lurus ke atas daku, keluarga, saudara dan seluruh kaum muslimin. Janganlah terlalu mencintai dunia ini sehingga kita lupa ada tempat abadi dan tempat pembalasan untuk kita. Amin.