Krisis di Perak masih belum selesai. Biar pun pihak yang menang telah mengangkat sumpah, namun ketidakpuasan hati rakyat tidak dapat disejukkan. Penyokong BN mungkin berpuas hati, walaupun tidk semua. Penyokong PR lagi tak puas hati. Penyokong atas pagar ada yang puas dan tidak. Penyokong lalang, bergantung apa yang dia dapat. Inilah lumrah dunia politik.
Setiap perjuangan ada agenda masing - masing. Samada menang atau kalah. Yang menang tak selamanya menang dan yang kalah tak selamanya kalah. Begitulah lumrah kehidupan.
Di dalam kehidupan tidak semestinya yang menang itu benar dn yang kalah itu salah. Ianya bergantung kepada keadaan. Cuma Allah menjanjikan kebenaran pasti akan terserlah jua, cuma masa yang akan menentukannya. Itulah janji Allah yang tak boleh disangkal lagi.
Kewajipan manusia pula menegakkan kebenaran mengikut panduan Allah, walaupun mungkin akan mengalami kekalahan kerana kehidupan abadi bukan di dunia tetapi di akhirat. Itulah pegangan orang - orang mukmin.
Bagi manusia yang tidak berpegang pada janji Allah, mereka tidak akan peduli kerana keyakinan mereka kepada hari akhirat amat tipis mungkin tiada langsung. Sekiranya orang mukmin yang berfikiran sebegini, mereka dikategorikan sebagai munafik. Kaum ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi.
Golongan munafik tidak peduli apa cara pun, bagi mereka matlamatnya keuntungan tanpa mengira dosa dan pahala. Di dlam hati mereka tiada secubit pun rasa takut akan Allah. Bagi mereka harta duniawi adalah segala - galanya. Mereka boleh berselindung disebalik agama, kaum, bangsa atau apa sahaja, tetapi tujuannya satu harta dan keuntungan. Kuasa untuk kekayaan dan kesenangan mereka.
Kita tidak boleh menghukum mereka keran mereka berselindung disebalik kerja, tanggunjawab, amanah dan pelbagai lagi. tetapiitulah mereka golongan munafik.
'........Sesungguhnya orang - orang Munafik itu, ialah orang - orang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orang - orang munafik lelaki dan orang - orang munafik perempuan dan orang - orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untk balasannya), allah mengutuki mereka dan untuk mereka seksaan yang abadi.' (At-Taubah 68)
Jadi jelaslah takrifan golongan munafik. Dan kena diingatkan golongan munafik adalah golongan yang kekal di dalam neraka bersama orang kafir sekiranya tidak bertaubat. Ketaatan kepada allah mestilah ketaatan sebenar tanpa mengira ganjaran kuasa, harta dan wanita.
Oleh itu kita nilai diri sendiri di manakah kita. Bersedialah untuk menghadapi nafas terakhir dan melihat janji - janji Allah untuk kita.
Apa pun jemaah yang kita masuki, nilai pemimpin kita sendiri takut - takut mereka golongan munafik dan kita tergolong dalam golongan tersebut serta kekal bersama di dalam neraka.