Tuesday, July 21, 2009

UGUT MENGUGUT

Ugut mengugut bukannya cerita baru. Biarpun Islam tidak pernah mengajar umatnya mengugut manusia atau insan lain, tetapi realitinya ia hanya perkara biasa dalam kehidupan.
Semenjak kecil kita diugut supaya takutkan hantu oleh abang atau kakak. Jika yang lebih brutal akan mengugut dengan lebih kasar lagi. Jadi kita pun takut dan lakukan apa yang disuruh.
Bila di alam persekolahan, ugut mengugut akan lebih ganas. Kawan - kawan yang lebih besar dan kuat akan mengugut untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Bahkan cikgu cikgi juga mengugut anak murid dengan amaran keras agar murid takut kepadanya. Ada yang sampai ugut untuk dilucutkan jawatan atau dibuang sekolah.
Jika memasuki sekolah berasrama, lagilah ugut mengugut menjadi satu budaya.
Apabila sudah memasuki alam pekerjaan juga sama ugut mengugut seolah satu budaya. Samada oleh bos, pegawai dan pelanggan.
Di dalam hubungan suami - isteri juga berlaku ugut mengugut. Dengar khabar jika dipanggil oleh penguat kuasa, lagilah kuat diugut.
Umumnya, ugut mengugut berlaku bila ada kuasa, pengaruh, kekuatan dan kelebihan. Yang menjadi mangsa biasanya orang yang lebih lemah.
Tetapi kekadang yang menjadi masalah apabila perkara yang diugut terjadi. Sudah pasti ada yang gelabah. Ramai orang yang tidak sukakan kezaliman. Ramai orang yang tidak suka diugut. Apabila kaum yang diugut bersatu melawan kaum yang mengugut yang berselindung di sebalik kuasa dan pengaruh, maka akan takutlah pula kaum yang mengugut.
Itulah budaya kita, budaya ugut mengugut. Kapankah akan tamat?

CERITA 2 EKOR ANAK KUCING

Tempohari semasa mengundurkan kereta terasa ada terlanggar sesuatu. Bila diundurkan lagi, terlihat menggelepar 2 ekor anak kucing. Bersembur dan meleleh darah keluar. Tidak lama kemudian ianya pun diam kaku tak bergerak.
Maka siasatan pun dijalankan untuk mencari sebab dan pembunuh 2 ekor anak kucing tersebut. Siasatan dibuat di atas kemusykilan anak kucing tersebut berada di bawah kenderaan dan kenapa tidak lari menyelamatkan diri. Apakah salah ibu kucing yang tidak menjaga dan melarang anak kucing bermain di bawah kereta?
Di dapati sebab kematian adalah disebabkan oleh ibu kucing? Tidak timbul lagi anak kucing dilanggar kereta. Tindakan seterusnya ibu kucing perlu dihukum kerana melahirkan anak kucing, cuai dan tidak memanggil bapa kucing.

Rasa - rasanya pembaca faham aje la. Inilah siasatan yang dilakukan dalam NegaraKu, mesti banyak fakta yang pelik.

CINA ISLAM (林川興): SPRM- Suruhanjaya Pembunuhan dan Rasuah Malaysia

CINA ISLAM (林川興): SPRM- Suruhanjaya Pembunuhan dan Rasuah Malaysia