Saturday, August 1, 2009

HIKAYAT SI TOPI MERAH

ISA, nama yang cukup digeruni. Singkatan dari apa, itu tak penting tetapi nama yang cukup mengkhuatirkan rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan tidak tahu bila pula akan dibebaskan. Malangnya di Malaysia masih ramai rakyat Melayu yang bodoh dan bebal, menyokong undang - undang ini tanpa usul periksa. Konon - kononnya di atas ketenteraman dan keselamatan. Oleh itu marilah kita berdoa semoga penyokong - penyokong ISA ini dibalas dengan ISA kepada bapa, anak atau diri mereka sendiri. Bila dah terkena batang hidung sendiri mungkin baru boleh berfikir. Sebab memang ada manusia yang tidak mampu berfikir luar dari fikiran dan kesusahan orang lain. Manusia seperti ini hanya memerlukan duit dan bu*** sahaja untuk hidup, itulah asas kewajipan hidup bagi mereka, iaitu prinsip yang sama dipakai oleh makhluk berkaki empat.
Bergegarlah KL pada 1hb Ogos kerana ada sekelompok manusia yang ingin meluahkan perasaan mereka, dan ingin membela nasib mangsa ISA yang tidak tahu hujung pangkalnya, samada bersalah atau tidak. Seperti di Negara yang penuh adat budaya sopan santun dan berbudi bahasa, perhimpunan seperti ini akan diraikan oleh Si Topi Besi Merah lengkap dengan gas beracun dan pancutan air dari Trak Merah. Kebiasaan Si Topi Besi Merah ini bangsa yang bukannya Melayu, China @ India. Wujudnya belum tahu dari asal usulnya. Dengar cerita dari bangsa Atas Angin juga. Mereka ini dikatakan tiadalah perasaan bila memukul orang. Tetapi ada beberapa kes yang melibatkan kematian dilanggar lori, menangis - nangis di tepi jalan mohon bantuan dari rakyat yang dipukul dihenyak selama ini.
Bertempiaran lari gerombolan anti ISA disembur, dipukul dan dihenyak oleh Si Topi Besi Merah. Yang tegak lari berbongkok, Yang bongkok, lari merangkak, Yang merangkak, lari menerap. Mungkin itulah bahasa yang dapat diterangkan betapa sadis dan sengsara si gerombolan. Ditokok pula dengan gas beracun yang mengeluarkan segala jenis air dari mata air jua adanya.
Ada yang digari tangan, ada yang ditetak belantan. Koyak rabak baju dan air mata berjujuran.
Bila dinihari tiba, seperti biasa media rasmi menyalahkan Si gerombolan kerana suka sangat berhimpun. Peniaga pun bermadah menyalahkan si Gerombolan juga. Ditemuramah dari kedai ke kedai tentang kerugian mereka. Biasanya si Peniaga ini datangnya dari India, Pakistan, Indonesia mahupun Siam. Layanan baik yang mereka terima kerana membantu Si Penguat kuasa secara bulanan mendapatkan tip tambahan. Ada juga peniaga disekitar sini yang menjual hasil lendir. Mereka juga ditemuramah, kerana kehilangan pelanggan dan kerugian akibat dari lendir yang tiada pembelinya. Mereka juga dipelihara sebagai tarikan pelancungan negara dan sumber pendapatan juga.
Dapat disimpulkan, apa yang Si Gerombolan lakukan untuk membantu orang yang teraniaya, adalah salah. Yang betul jika kita menganiaya orang lain, memukul orang, menipu orang, berjahat.
Dahulu aku tidak percaya ada Negara seperti ini, tetapi makin hari kebenaran semakin terserlah. Makin ramai yang jadi mangsa, malangnya masih ada rakyat suka hidup seperti lembu, menunggu masa untuk diikat, disembelih dan dilapah. Jadi siapakah yang bersalah.

Perisik Rakyat®: Gambar Sekitar Himpunan Anti ISA (4)

Perisik Rakyat®: Gambar Sekitar Himpunan Anti ISA (4)

CINA ISLAM (林川興): Bukti Polis raja di Malaysia.

CINA ISLAM (林川興): Bukti Polis raja di Malaysia.