Wednesday, October 21, 2009

PAS MELENTING BILA TG HADI DIKRITIK

Teguran Prof. Aziz Bari di dalam Sinar Harian memang pedas. Lagipun Sinar harian dibaca oleh semua pihak samada dari UMNO, PAS dan PKR. Saya pun terkejut apabila membaca kenyataan terbuka Aziz Bari kepada Presiden PAS, TG Haji Hadi. Dan ramai orang PAS telah menjawabnya, mempertahankan kepimpinan TG Haji Hadi. Biasalah, anak buah akan mempertahankan pimpinannya. Tak akan nak hentam TG Haji Hadi pulak. Cuma alasan yang diberikan boleh diterima rakyat atau tidak, itu perkara kedua.
Saya sebagai pemerhati bebas, rasanya tak layak nak bagi komen membenar atau menentang. Cuma pendapat orang awam, bukannya kepimpinan parti. Tetapi undi saya tetap sama dengan undi TG Hj Hadi dan Prof Aziz Bari.
Kenyataan Aziz Bari, dicetuskan oleh TG Hj Hadi dan kepimpinan PAS sendiri. Ini dilihat dari pelbagai masalah yang timbul dari PAS Selangor khususnya Hassan yang sering menimbulkan kekacauan. Di atas nama apa pun, jika kita telah berpakat, janji diutamakan. Rentetan bermula dari kemenangan PR di Selangor. Siapa yang duduk semeja dengan Khir Toyo, berbincang? Tak yah sebut nama, semua orang tahu.
Jika timbul pilihan raya kecil, mesti ada kontroversi dari orang tersebut. Dan terakhir sekali sebelum Bagan Pinang, dia buat kontroversi.
Rakyat awam melihat kelemahan pada pucuk pimpinan PAS, TG Haj Hadi atau Majlis Ulama'nya. Itulah pandangan rakyat, orang awam. Bukan dari kategori orang yang mengaku diri mereka ulama'.
Jika ada kelemahan, perlu ambil tindakan. Tetapi TG Hj Hadi gagal mengambil tindakan ke atas Pesuruhjaya yang beliau sendiri lantik. Teguran secara sembunyi, mana ada orang nampak. Kalau dah tegur, ngapa buat lagi.
Rasanya tak salah Prof Aziz Bari melontarkan pandangan beliau. Sebab sebelum ini banyak pandangan beliau yang menyokong PAS. Jika PAS melenting, nampak gayanya PAS lebih teruk dari UMNO. Tak boleh ditegur, tak boleh dikritik. Rupa - rupanya begini kepimpinan Ulama'. Selalu merasa diri mereka yang terbaik, tetapi dipandangan masyarakat taraf mereka lebih teruk.
Mungkin ini ujian Allah, samada PAS mampu menjadi pemimpin yang baik atau hanya layak berselindung disebalik kepimpinan Islam sahaja.
Kepada pimpinan PAS, ulama' dalam PAS, cerminlah diri sebelum melatah. Ingatlah taraf kita bukan taraf sahabat.
PAS telah berkecimpung lama dalam politik, malangnya tak belajar apa - apa. Rasa syok sendiri sahaja. Tua bukan bermakna berilmu. Ramai orang Tua yang sesat. Itu sebab UMNO mudah mempermainkan PAS. Dan bagi mereka PAS lawan yang mudah untuk mereka.