Berakhir sudah PRK Hulu Selangor, keputusan telah diistiharkan. Yang menang berpesta, yang kalah berduka. Adat pertandingan ada menang, ada kalah. Biar menang dengan terpaksa membayar kos yang tinggi, apa dipedulikan, duit rakyat.
Yang menang tidak menang mutlak, yang kalah tidak kalah mutlak. Yang menang ada pengundi, yang kalah tetap ada pengundi.
Kemenangan Hulu Selangor bukanlah ukuran kekuatan BN dan bukan lambang kelemahan PR. Hulu Selangor yang tidak sampai satu penggal pun dinaungi oleh wakil rakyat PR. Kalau dituduh PR menipu, bermakna BN telah menipu selama 50 tahun.
PR ada kelemahan dan BN lagi banyak kelemahan.
Kemenangan BN tidak mengangkat agama dan bangsa hatta maruah negara sekalipun. Bahkan mungkin lebih menggadaikannya, siapa yang tahu.
Rakyat Hulu Selangor, rata - ratanya masih di takuk lama pemikirannya. Takut buat perubahan. Pengundi Melayu, masih duduk di Felda, tanah simpanan untuk orang Melayu. Nescaya majoritinya akan bertuankan pemerintah yang ada. Biarpun Selangor diperintah oleh PR namun Felda diurus-terus oleh BN. Nescaya taat setia hanya kepada BN. Kalau tidak akan disingkir dari tanah simpanan pula.
Janji BN banyak mempengaruhi pengundi terutamanya org Melayu yg selama ini sering digula-janjikan. Bagi orang Melayu tidak perlu menunaikan janji tetapi yang pentingnya terus berjanji. Cukup memberikan harapan kepada mereka. Biarpun terpaksa digadai negara, agama dan bangsa.
Mungkin faktur calun memainkan peranan. PR dengan nama besar, BN dengan muka baru,. Malangnya calun PR banyak kontroversi. Mempengaruhi banyak nilaian pengundi. Mungkin tidak sesuai bagi pemikiran di Hulu Selangor. Sedangkan calun BN, India yang telah masuk Melayu, mengamalkan budaya Melayu itulah yang digambarkan.
Isu Nasional, APCO tidak memainkan apa - apa sentimen kepada pengundi Melayu. Mungkin tak pernah nak ambil tahu pun. Hulu Selangor membuktikan masih ramai Melayu yang tidak tahu tentang apa -apa tentang negara sendiri. Melayu yang hanya tahu mementingkan periuk nasi sendiri sahaja. Itulah bangsa ku.
Tahniah kepada BN kerana berjaya memelayukan Kamal Ana Than.
No comments:
Post a Comment