TERAS akan melancarkan kempen basmi arak melalui Gerakan Masyarakat Bertindak Basmi Arak (Action Against Alcoholism) . Gejala minuman keras semakin serius di negara ini yang telah melibatkan kesan buruk ke atas pelbagai kaum .
Kami berpendapat bukan sahaja gejala arak menjejaskan kesihatan , malah memburukkan keadaan sosial , ekonomi dan budaya masyarakat.
TERAS berpendapat isu hak orang bukan Islam untuk minum arak tidak boleh disekat tidak timbul kerana keselamatan dan kesejahteraan awam lebih utama dari kepuasaan dan hak individu.
Gerakan ini akan melibatkan pelbagai kaum supaya mesej mengenai bahaya arak dan kesannya akan dapat disampaikan kepada semua etnik di negara ini. Mesej yang akan disampaikan akan merentas keperayaan ideologi dan agama.
Kami berpendirian bahawa negara ini tidak harus meneruskan pengeluaran lesen menjual arak semada untuk minum peribadi atau di majlis terbuka. Matlamat sifar arak adalah matlamat yang akan cuba dicapai oleh gerakan ini.
Lantaran itu pendirian kami usaha untuk akhirnya menutup kilang arak di Malaysia perlu didokong oleh semua pihak.
Hujah kesan kepada ekonomi dari segi pendapatan cukai untuk kerajaan tidak boleh mengatasi hujah kesan sosio-ekonomi yang jauh lebih tinggi.
TERAS sangat prihatin terhadap gejala minum arak yang jelas membawa kesan buruk kepada masyarakat.
Pelbagai insiden betapa ia terbukti menjadi budaya cukup merbahaya di negara ini sudah memadai untuk industri arak di basmi.
Kenyataan pengambilan minuman beralkohol atau arak dikenal pasti punca kepada 30 peratus kemalangan jalan raya di Malaysia seperti yang didedahkan oleh Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor adalah bukti kukuh kenapa kempen ini mesti dijayakan. Beliau mendedahkan hal tersebut berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).
TERAS yakin masyarakat Malaysia boleh menerima kenyataan bahawa individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan berada dalam keadaan kurang normal. Risiko terlibat dalam kemalangan pastinya adalah tinggi.
Bukan sahaja fakta ini tidak dapat dinafikan malah pengambilan minuman beralkohol juga mengakibatkan keganasan rumah tangga.
Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya.
Lebih buruk lagi Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan terhadap anak.
Malah David berkata lagi bahawa, kesan lain yang sering timbul daripada pengambilan alkohol atau arak adalah melakukan pembunuhan dan perceraian.
Di Eropah, seorang pakar perunding, Peter Anderson yang mengkaji kesan berhubung pengambilan alkohol mendapati ia menyumbang 40 peratus kes keganasan dan penderaan terhadap sembilan juta kanak-kanak.
Dengan ini TERAS yakin kempen ini akan mendapat sambutan dari sebilangan besar rakyat di negara ini tidak mengira ideologi dan kaum.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
BLOG INI TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA - MANA PARTI POLITIK DAN IDEOLOGI SAMADA DEMOKRASI, SOSIALIS, FASIS, KAPITALIS, FEUDALISM SERTA KOMUNISM BLOG INI MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP. BLOG INI BERHAK MENGKRITIK DAN MENGULAS ISU - ISU DAN MENCIPLAK DARI MANA - MANA PENULIS. SESIAPA YANG TERSINGGUNG DAN BERKECIL HATI, BACALAH DENGAN FIKIRAN TERBUKA.