Tuesday, May 26, 2009

CHIN PENG JAHAT







Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana akan menghiris para keluarga askar, polis dan tentera di Malaysia. Chin Peng juga amat kejam kerana telah membunuh dan memasang jerangkap samar sehingga ramai tentera yang terkorban dan cacat. Takziah dan Al Fatihah untuk mereka. Saya amat bersetuju dengan alasan kerajaan tersebut, ini dapat menjamin Negara kita dari terus dijajah oleh Komunis.
Dan saya menyeru juga kita mengharamkan warganegara British dari menjejaki ke bumi Malaysia. Beribu pahlawan Melayu yang terbunuh semasa menentang kemasukan mereka. Ada yang digantung dan ada yang dibunuh terus. Berapa ramai keluarga Melayu yang tersiksa kerana hilang mata pencarian dan kesusahan yang dialami semasa perang. Mereka telah mengugut Sultan Melayu pada masa tersebut, merendahkan martabat Sultan dengan diberi gaji oleh British. Dan sudah pastinya ramai keturunan mereka yang masih menghuni tanahair ini. Sekurang - kurangnya kita haramkan EPL dari disiarkan.
Jepun juga perlu dihalau. Kekejaman mereka pada orang Melayu memang terbukti. Menyusahkan kita.
Portugis yang meruntuhkan Kerajaan Melayu tersohor, diharamkan terus dari menjejaki tanahair ini. Belanda juga tidak terkecuali.
Tetapi kalau kita haramkan semua, habis siapa pulak nak niaga dengan kita, siapa nak datang ke Tanah Melayu. Boleh Hancus Negara Ku Malaysia?

KOMUNIS DAN RAIS

Mengamuk Rais Yatim sehingga terkeluar kata - kata ' Tiada tempat komunis di Malaysia'. Aku sendiri pun bukanlah berfahaman komunis apatah lagi nak belajar tentang komunisme. Tak berminat langsung. Tetapi aku hairan mengapa terpacul kata - kata seperti itu dari Menteri. Apakah Komunisme telah meresap masuk ke dalam Malaysia?
Rais marah sangat kat blog http://matamin.blogspot.com sebab sebarkan fahaman komunis.
Dan apabila dibaca, Matamin cuba menjelaskan peranan mereka di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pejuang - pejuang seperti Rashid Maiden, Abu Samah, Suriati dll menggadaikan nyawa untuk kemerdekaan tanahair. Dan mereka mengambil perjuangan dengan senjata untuk menentang penjajah. Dan komunisme yang mereka pegang rasanya tidak sama dengan ideolorgi komunis Karl Mark sendiri. Mereka tidak pernah menolak agama mahupun adat Melayu sendiri. Mereka berjuaang kerana kebencian kepada penjajah British. Istilah Penjajah British ini tidak pernah digunakan oleh UMNO, mungkin kerana UMNO menganggap British sebagai bapa angkat mereka. Entahlah. Rais Yatim sendiri tidak pernah menghina Penjajah British, biarpun British pernah membunuh anak Melayu, menghukum Sultan yang tidak sefahaman dengan mereka, dan merampok hasil negeri kita. Mengapa? Apakah UMNO gerun untuk menggelar British sebagai Penjajah?
Di zaman serba moden ini, rakyat pandai menilai apa yang baik dan buuk. Sekadar berblog, rakyat boleh fikir sendiri apa yang baik dan buruk.
Perjuangan mereka (yang dichop pengkianat) adalah menentang British. Perjuangan mereka untuk tanahair, itu sahaja. Sejarah telah membuktikannya. Rasanya tak perlu diulas panjang.
Setiap perjuangan, pasti ada asasnya. Mereka cuma meminta dan memberitahu perjuangan yang telah berlalu. Perjanjiann damai 1989 tealah menutup era peperanagan Kerajaan Malaysia dan PKM. Di dalam peperangan pasti ada yang terkorban, tetapi setelah 20 tahun perjanjian dimateri, rasanya tiada lagi ancaman PKM.
Biarlah rakyat menilai samada perjuangan maerekla itu benar tau salah. selama ini kita hanyak mendengar propaganda dari sebelah pihak.Kita dah dengar komunis jahat, kejam, bunuh orang sesuka hati, dan macam - macam lagi. Apa salahnya beri mereka hak.
Rasanya mungkin Rais dah tak ada idea, jadi duk merapu nak cari populariti. Isu seperti ini pun nak dibesar - besarkan. Lebih baik fikirkan kebajikan rakyat.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIaAN DIUTAMAKANa, kata - kata siapa ya?