Telah diketahui umum, Sepanyol dinobatkan menjadi Juara Dunia Bolasepak 2010 setelah menumbangkan Belanda 1 - 0. Maka bersorak gempita penyokong Sepanyol. Dan sudah tentu hari ini dan esuk, cerita kehebatan permainan bolasepak ini disembangkan.
Aku bukanlah peminat bolasepak tegar. tetapi kerap juga menyaksikan kehebatan permainan bolasepak semasa Piala Dunia ini. Almaklum sahajalah demam bolasepak.
Di tengah kehangatan menunggu Final Piala Dunia, umat Islam khususnya di Malaysia terlupa hari Sabtu (10/7) bersamaan 27 Rejab. Ramai yang terlupa atau tak tahu pad 27 Rejab telah terjadi Isra' Mikraj, stu peristiwa yang besar dalam sejarah umat Islam. Peristiwa yang menguji keimanan umat Islam pada zaman tersebut. Dan ada di kalangan umat Islam peringkat awal yang kecundang keimanannya. Begitu hebatnya bolasepak kerana dapat menyahkan pemikiran umat Islam.
Semasa Piala Dumia berlangsung juga, umat Islam yang tertindas di Palestin, Iraq, Afghanistan dn merata dunia tetap tertindas dan dizalimi. Sedangkan kita masih terleka di skrin - skrin besar kedai mamak.
Piala Dunia ada yang membuat kekayaan kerana menjadi bookie judi atau berjudi sekalipun. Sedangkan kita hanya serak suara bersorak dan terpaksa membayar harga roti canai serta minuman selepas perlawanan berlangsung. Hebatnya bolasepak.
Apakah satu masa nanti, bolasepak akan menjadi satu alat untuk perpaduan? Moga dijauhkan Allah. Tetapi yang pastinya bolasepak mampu melalaikan manusia dari agamanya.