Semalam berjumpa seorang kenalan, lingkungan umur 60 tahun, berketayap tak lekang dari kepala. Bila bersembang, terkeluarlah isu Palestin dan Gaza. Maka terperanjat katak lah saya bila dia katakan isu Palestin bukan isu agama. Ianya adalah isu kemanusiaan dan isu Arab. Salah orang Arab sebab tak tolong orang Palestin. Buat apa kita beriya - riya nak tolong mereka. Janganlah pandang kepada ketayap, tetapi pandanglah kepada mata hati.
Terperanjat sebab masih ada spesis manusia macam ini. Kubur pun dah dekat, tapi masih tak mampu berfikir jauh dan mementingkan diri sendiri sahaja. Biarlah mereka terjun dengan labu - labunya. Mungkin ramai golongan seperti ini membuat sesuatu perkara atas dasar kepentingan mereka dahulu, dan apa yang mereka dapat.

Itulah jawapan mengapa umat Islam mundur dan ditindas. Isu Palestin bukannya sekadar isu kemanusiaan. Bagi orang yang mengaku Muslim, kita faham tentang sejarah Palestin. Sekiranya sekadar membaca tulisan orientalis tanpa diimbangi oleh akal dan ilmu lain, kita akan sesat.
Inilah yang terjadi kepada umat Islam. Lebih mudah terpengaruh dengan fikiran logik para orientalis dari memikirkan tentang hadis dan pandangan ulama' muktabar. Segala strategik Yahudi telah diperkatakan tanpa rahsia. Mengapa ini terjadi. Jawapannya mudah, kehidupan umat Islam sendiri dikongkong oleh sistem Yahudi, dari semua aspek. Oleh itu ramai golongan ini tidak sanggup berkorban kerana segala harta dan jiwa mereka telah dikekang oleh Yahudi dan Amerika.
Kepada saudara semua, insaflah kita ini hanya amanah dan dunia hanya tempat ujian. kehidupan akhirat adalah lebih baik. Pandanglah saudara kita di Palestin, janganlah hanya mementingkan diri. Sekira ini dapat kita tembusi, insya'allah Islam akan menang.