Tanggal hari ini, maulidur - rasul disambut juga biarpun sebelum ini penuh dengan kontroversi. Kontroversi yang mengelirukan umat Islam sendiri. Itulah kenapa ku tentang Islam dipolitikkan dan dihujah, didebat, diambil keputusan politik. Nescaya akan huru - hara akhirnya. SWistem demokrasi yang dicanang oleh pemikir Yahudi ini sudah pastinya ada udang disebalik batu. Malangnya apabila Si Ulama' yang menjadi rujukan dan pujaan, bertungkus - lumus meletakkan hujah di atas politik sebagai teras utama. Sudah pasti akan huru - hara akhirnya.
Satu hari nanti, mungkin Maulidur - Rasul tiada siapa yang tahu tarikh dan berlakunya. Sama seperti Hari Asyura' 10 Muharam, entah hanya berapa kerat umat yang tahu menghargai dan menilainya.
Sekurang - kurangnya sambutan Maulidur - Rasul mengingatkan kepada Rasulullah. Seperti yang sedia maklum, majoriti umat Melayu Islam tidak berselawat kepada Rasulullah. Mungkin sambutannya perlu dimodifikasikan sedikit, dari perarakan ke acara lain yang lebih berfaedah seperti salawat, ceramah dan majlis ilmu. Mungkin ini juga dapat memberi rezeki kepada peniaga kecil yang mahu membuka gerai.
Ada manusia yag suka berhujah di atas nama Rasulullah, tetapi bila bertembung dengan kepentingan diri maka hujah untuk diri adalah lebih utama. Dicarilah nas agar dapat mengkaya dan menyenangkan diri sendiri. Mungkin ini cara cari makan zaman ini.
Cara pemikiran pendakwah telah berubah, pendakwah sekarang pendakwah cari makan. Jadi kena pakai hukum yang masyarakat suka. Kalau tidak, payah nak cari makan jika bertentang arus. Jika difikirkan, seandainya inilah method dakwah maka punahlah prinsip dakwah itu sendiri.
Bagiku sunnah tetap sunnah. Jadi jalan menghidupkan sunnah juga satu sunnah jika kena caranya. Wallahu' alam
No comments:
Post a Comment