Tuesday, June 9, 2009

BAHASA KU BAHASA SAMPAH

Malaysia, Negara Merdeka, tetapi pimpinannya masih belum merdeka. Masih tertakluk kepada cara pemikiran Barat, dan membawa agenda - agenda Barat di dalam kehidupan rakyat.
Kenyataan Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan lulus BI untuk lulus SPM, kononnya di atas menaiktarafkan SPM dan sistem pendidikan. Itulah kebiasaannya dasar Negaraku yang dibuat secara melulu di atas idea Menteri - menteri yang kurang pelajaran. Apabila telah berjalan dan gagal, maka rakyat pula dipersalahkan, rakyat dikatakan tidak mampu bersaing, rakyat malas dan pelbagai lagi. Inilah sistem negaraku yang mengamalkan sistem terbaik dunia iaitu Demokrasi Feudal Kapitalis Mutlak. Dan kebanyakannya yang menjadi mangsa ialah kaum Bumiputra samada Melayu, Orang asal mahupun Bumiputra Sabah dan Sarawak. Kerana mereka lah yang mendapat kurangnya kemudahan.
Yang lebih hairannya, bagaimana seseorang yang bergelar Menteri boleh terfikir cadangan seperti ini tanpa merujuk kepada asas - asas pendidikan itu sendiri.
Mampukah anak Melayu di luar bandar bersaing seandainya guru yang mengajar BI pun tunggang - langgang BInya. Kemudahan pembelajaran pun masih tunggang langgang, kemudian dikenakan syarat dan disuruh bersaing. Menteri seperti ini hanya layak memerintah kelompok mereka sahaja.
Lihat apa dah jadi Tulisan Jawi kerana kebodohan Pak Menteri, tulisan itu tidak mampu dibaca oleh majoriti anak Melayu sendiri. PPSMI pun masih belum selesai, dia datang dengan isu baru. 2, 3 kerat Anak Melayu yang berjaya diarak, dijulang. diwar - warkan seantero dunia, tetapi mereka lupa lebih ramai anak Melayu yang kecundang. Kita tidak pernah berbincang tentang peratusan yang gagal. Kita tidak pernah berbincang untuk menjadikan pelajar yang gagal menjadi manusia yang berguna. Akhirnya produk yang keluar adalah Mat Rempit, Mat Ragut, Mat Pil dan pelbagai Mat lagi.
Bahasa Malaysia, bahasa milik kita. Bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Masih ada rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Malaysia, itu tak nak diperbetulkan. Kita lebih berahi untuk mencipta ruang baru agar rakyat Malaysia lebih ramai menjadi pelajar yang gagal.
Mungkin Bahasa Melayu akan selayaknya dicampak ke dalam bakul sampah. Kerana ia tidak sesuai dibicarakan di Istana, Mahkamah, urusan perniagaan, di pejabat kerajaan, pejabat swasta kecuali di pasar sahaja. Mungkinkah itu yang difikirkan oleh Bapak Menteri.
Sedar lah wahai rakyat Malaysia, sepatutnya Menteri berfikir untuk mempermudahkan rakyat bukannya menyusahkan rakyat. Jika nak menyusahkan jangan jadi Menteri, lebih baik jadi penjenayah. Hanya menyusahkan orang lain.
Jika Pak Menteri tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu sendiri, lebih baik dibakul sampahkan sahaja. Biar lebih cepat pupusnya. Atau Pak Menteri sahaja dibakul sampahkan.

lanailestari: Tun Ghaffar Bersedia Terima PKM

lanailestari: Tun Ghaffar Bersedia Terima PKM