Insya'allah, esuk kita akan menempuh separuh Ramadhan. Begitu cepat masa berjalan dan beredar. Begitu juga dengan umur kita.
Hari ini, rasanya nak lari sedikit tajuk, lari dari politik dan lari dari tajuk biasa.
Kisah ini terjadi 2 hari yang lepas. Sedang berehat di sebuah kedai makan, tiba - tiba terlihat sebuah van yang dipenuhi oleh anak muda. Semuanya pakai porsh bag. Dalam hati ini mesti Polis Tak Beruniform.
Siasat - siasat rupanya ada kes.
Kes cubaan menculik. Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun, bersekolah asrama. Pelajar ini telah digoda dengan tawaran untuk menjadi model dan ganjaran yang lumayan. Akhirnya pelajar ini terpengaruh dengan pujuk rayu jejaka tersebut dan mengikutinya. Alhamdulillah, kehilangan pelajar dapat dikesan awal dan berjaya ditemui semula dalam lingkungan 50 km dari asramanya, bandar berhampiran. Malangnya Si Jejaka Celaka itu berjaya melepaskan diri. Apabila soal - siasat dilakukan, beberapa maklumat diperolehi.
Jejaka tersebut adalah seorang warganegara Thailand. Gerak kerja ini dilakukan oleh satu kumpulan. Sasaran mereka ialah remaja perempuan belasan tahun yang mempunyai masalah keluarga. Mereka berhubung melalui sms dan menawarkan tawaran wang ringgit yang lumayan. Selalu memberi hadiah. Mereka juga mempunyai orang tengah iaitu pekerja Siam yang bekerja di kedai makan.
Jelas lah ini satu sindekit. Tidak hairan lah kes seperti Nurin, Sharlinie, sehingga hari ini masih tidak dapat dikesan. Mungkin kerana membabitkan orang asing. Mereka mudah melepaskan diri.
Industri pelacuran kanak - kanak bukanlah satu industri yang besar di Malaysia, tetapi industri yang besar di negara jiran tertangga kita. Sekiranya mereka sanggup menceroboh negara ini dan menculik warganegara kita, ini adalah satu perkara yang pelik. Bagaimana dengan keselamatan di pintu masuk negara ini. Begitu mudah ditembusi dan dilepasi. Ke mana imigresen dan kastam? Apakah begitu mudah disuap? Atau ada laluan lain yang sulit. Tidak hairan jika Malaysia diistiharkan sebagai Negara Perdagangan Manusia.
Apakah dasar menggalakkan pelancungan kita begitu mesra dengan orang asing. Jika dilihat, Orang Siam bekerja dan berniaga dengan bebas di Malaysia, di atas tiket lawatan. Kedai makan kita dipenuhi oleh orang Siam. Jika ke pedalaman atau ke Chow Kit, peniaga adalah orang Indon. Begitu baiknya Kerajaan Malaysia dan Penguat kuasa kepada warga asing. Dan begitu mudahnya mereka berbuat sesuka hati di tanah air kita.
Tetapi seandainya rakyat Malaysia yang tidak berahlikan UMNO dan BN pula akan disusahkan dan dianggap sebagai Warga Negara Kelas Ke3.
Perkara yang kecila kan diperbesarkan dan kalau boleh dicampak terus ke dalam penjara.
Begitulah Malaysia Tanah air ku, mungkin Syurga untuk Warga asing dan penjenayah luar negara.
BLOG INI TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA - MANA PARTI POLITIK DAN IDEOLOGI SAMADA DEMOKRASI, SOSIALIS, FASIS, KAPITALIS, FEUDALISM SERTA KOMUNISM BLOG INI MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP. BLOG INI BERHAK MENGKRITIK DAN MENGULAS ISU - ISU DAN MENCIPLAK DARI MANA - MANA PENULIS. SESIAPA YANG TERSINGGUNG DAN BERKECIL HATI, BACALAH DENGAN FIKIRAN TERBUKA.