Politik Malaysia makin celaru, biarpun aku bukannya seorang ahli politik dan kurang berminat sebenarnya. Tetapi bila melihat politik hari ini, bermacam - macam perkara terjadi. Kalau dulu nak baca laman Web politik pun malas, dah jadi ketagihan pula nak mengetahuinya.
Mengapa dan Kenapa? Itu persoalan yang timbul. Sedar atau tidak, Malaysiedang dilanda kegawatan dari segi ekonomi, sosial dan agama. Rakyat makin dihimpit dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Nak cari duit pun semakin susah di Malaysia. Mungkin orang makan gaji tidak terasa, setiap bulan cucuk janji ada duit gaji. Tetapi tidak kepada para peniaga. Kuasa beli makin berkurangan. Banyak yang dah gulung tikar. Ada juga yang kena VSS atau dibuang dari kerja. Mungkin yang berusia muda mudah mencari pekerjaan lain, tetapi bagaimana dengan yang sudah berumur. Tak ada siapa yang nak ambil mereka bekerja.
Kesusahan mencari rezeki, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jenayah. Mungkin bagi yang singkat fikiran, ada yang sanggup mencuri, merompak dan menipu untuk hidup. Nilai kemanusiaan akan terhakis.
Sosial kita lagilah celaru, dengan mat rempit, mat ragut, dadah dan pelbagai lagi. Benteng agama tidak diambil peduli. Lihatlah remaja kita, pelbagai skandal dengan anak haram, buang bayi, zina, arak, disko, judi dan entah apa - apa lagi istilahnya.
Kerajaan yang ada masih bersikap tidak kisah. Tiada tindakan drastik diambil. Pemimpin sibuk nak cari kekayaan sendiri. Pegawai kerajaan sibuk mencari ruang - ruang rasuah. Rakyat makin sengsara.
Rakyat hanya mencari rezeki untuk hidup. Sekiranya kerajaan yang ada tidak peduli rintihan rakyat, kuasa demokrasi digunakan. Pilih kerajaan baru. Pilih Pemimpin baru. Pemimpin berhati rakyat. Jika diberi kuasa sudah pasti pegawai rasuah diambil tindakan. Pemimpin rasuah dihukum. Itu yang rakyat inginkan.
Mungkin Allah masih tidak mengizinkan lahirnya pemimpin sejati di Malaysia. Pemimpin berhati rakyat, bukannya pemimpin yang menggelar diri sendiri 'pemimpin rakyat'. Mungkin Allah masih membiarkan pegawai yang seleweng berkuasa, ada hikmah yang tersembunyi. Biarpun Allah memapu mengubahnya sekelip mata. Inilah tugas manusia, berjuang apabila ditindas, berjuang untuk kebenaran, nescaya ada nalasan di hari kemudian.
Firaun bersalah kerana zalim, sedangkan Bani Israel zalim kerana takut untuk menentang. Jadi bangunlah wahai rakyat tertindas, fikirlah untuk diri sendiri dan masa depan anak cucu. Malaysia bukannya milik Kerajaan, bukan milik Raja, bukan milik penguasa zalim, bukan milik Pegawai yang rasuah. Ia adalah milik rakyat. Gunakan kuasa anda di dalam sistem demokrasi dengan sebaik - baiknya.
Penanti sebagai langkah pertama, Manek Urai menyusur kemudiannya, lepas tu tak tahulah. Kemudian kita serahkan tanggungjawab kepada pemimpin rakyat untuk memikirkannya. Itulah SISTEM DEMOKRASI.