Tuesday, July 28, 2009

TEOH, SPRM, PDRM & KERAJAAN

Teoh bukanlah nama besar. Sebelum kejadian di bangunan SPRM, ramai yang tak kenal siapa beliau. Tetapi mendiang juga bukanlah tiada nama langsung. Kedudukan sebagai setiausaha Exco, menunjukkan peranan mendiang di dalam masyarakat. Sumbang bakti mendiang dan kerja - kerja masyarakat sedikit banyak memberi kesan kepada rakyat. Takkanlah Exco tak buat kerja kebajikan langsung. Yang pastinya di kawasan dan sesiapa yang berurusan dengan Exco pasti pernah terjumpa dan bersua dengan Teoh.
SPRM pula berperanan untuk mencegah rasuah di Malaysia sahaja. SPRM tidak berhak mencegah rasuah walaupun di Singapura, kerana kuasa yang terbatas. Kerja pegawai SPRM menyiasat rasuah samada berlaku atau tidak. Tidak kira jabatan mana, agensi mana jika ada lapuran rasuah pasti akan disiasat. Itu secara teori atau ikut buku. Tetapi di dalam dunia sebenar di tanahair tercinta ini tidak berlaku. SPRM tak siasat kalau rasuah dari golongan Parti Keris Tak Bersarung. SPRM takkan nak siasat Menteri. Kalau siasat pun sekadar siasat sahajalah. Tak kan nak panggil Menteri beri keterangan jam 5 ptg sampai 12 tengahari. Silap - silap SPRM pergi Pejabat Menteri atau sambil minum kopi kat kopitiam buat siasatan. Sebab kalau SPRM begitu tegas, tak kan lah rasuah dalam Malaysia boleh tahan juga. Dulu - dulu ada dengar juga cerita, pegawai BPR (nama yang dulu sebelum perubahan)yang dapat projek - projek kecil. Dengar khabarnya mudahlah sikit.
PDRM pula terkenal dengan kecekapan dalam siasatan jenayah. Pantang berlaku kes jenayah, PDRM akan berdepan dan menyelesaikannya. Bagaimana dia buat siasatan, itu orang awam macam saya tak perlu tahu. Yang penting kes jenayah selesai. Biarpun ada sikit - sikit kes yang tak selesai, seperti kehilangan budak - budak. Tetapi kalau kes berkaitan dengan politik, liwat, terutamanya yang terlibat selain dari Parti Keris Tak Bersarung pasti dapat dikesan. Hatta kesan mani atas tilam pun mampu dicari. Apatah lagi bulu pada tubuh manusia.
Cuma kebelakangan ini agak celaru sedikit. Teoh mati dalam soal - siasat. Adakata selepas soal - siasat tetapi tak keluar bangunan lagi. Ada kata semasa soal - siasat. Tetapi itu tak penting. Yang penting Teoh mati dalam bangunan SPRM. Malangnya SPRM yang begitu cekap selama ini, tetiba jadi tak cekap. Hilang arah, tiada maklumat. Habis disiasat sehingga orang yang tiada dalam bangunan SPRM semasa kejadian juga disiasat. Atau mungkin ini hanya tektik mengelirukan musuh. Entahlah. Tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan. Yang lebih malang lagi, dalam bangunan SPRM rasanya tak lah ramai sangat kakitangan. Mungkin lepas ini pekerja di bangunan bersebelahan juga akan disoal - siasat. Mungkin ini tektik membodohkan rakyat. Entahlah.
Mungkin bukan kesimpulan tetapi andaiannya jika kita manusia yang bukan Menteri, atau orang penting dalam Parti Keris Tak Bersarung, keselamatan dan hak kita boelh terabai. Kita mungkin boleh jadi korban pembunuhan, rompak, rogol dan pelbagai jenayah yang menimpa tanpa adanya siasatan yang dapat membela. Mungkin benar mungkin salah? Tetapi dengar - dengar, seorang bekas MB dulunya ada beli rumah harga 3.5 juta tetapi tak kena siasat pun. Bawa lari duit Persatuan khabarnya dekat 10 juta, tiada siasatan pun. Mungkin dia dari Parti Keris Tak Bersarung, jadi banyak keistimewaannya.