Wednesday, July 28, 2010

PAS, UMNO BERSATU. RAKYAT MAKIN MISKIN.

PAS, UMNO bersatu. Rasanya lebih kepada propaganda politik. Biarpun perkara ini pernah terjadi selepas era 13 Mei dahulu, namun untuk berulang kali agaknya tidak mustahil tetapi sukar. Biarpun ada di kalangan PAS yang beria - ia sangat nak bersatu. Almaklum lah bersatu dengan orang kaya, terasa tempiasnya biarpun sedikit. Namun majoriti pimpinan dan ahli PAS akan menolaknya. Bodoh sangatlah orang PAS kalau mudah ditipu oleh UMNO.
UMNO dah nampak jalan penghujungnya. Kena cari tempat berpaut. Pecahkan Pakatan Rakyat sebelum benar - benar kuat. Pecahkan kesefahaman dalam Pakatan. Jika tidak PRU 13 akan menjadi saksi kejatuhan UMNO BN. Keluarkan PAS, nescaya sokongan Melayu akan melonjak keluar. Sebabnya mudah kuasa undi orang Melayu besar. Setakat orang parti mengundi, UMNO tak boleh menang. Yang penting kena dapatkan pengundi Melayu yang tidak berparti, baru ada harapan.
Tetapi UMNO lupa, sumbangan terbaru kerana dapat menyusahkan rakyat jelata yang berparti atau tidak berparti. Menaikkan harga minyak, gula akan menaikkan kos segala - galanya. Seperti sedia maklum, kos - kos kenaikkan telah terasa biarpun beribu kali menafikannya. Rakyat tahu, rakyat ditipu. Luka berdarah akan diingati.
Andainya UMNO dan PAS bersatu, rakyat akan menolak kedua - dua parti tersebut. Biarpun ada segolongan ahli parti yang taksub. PAS akan dilihat sebagai parti pengkhianat. Sama seperti Ulama' Wahabbi yang masuk UMNO. Mereka dianggap sebagai ulama' pengkhianat.
Rakyat tidak bodoh lagi. Rakyat sudah bosan melihat retorik ahli politik. Rakyat sudah bosan mendengar khutbah Ulama' pengampu. Rakyat tidak peduli, jika UMNO pengkhianat kita tolak UMNO. Kalau PAS pengkhianat, kita tolak PAS.
PAS dan UMNO bersatu, hanya lakunan dan retorik kampung. Dua ideologi berbeza. Hanya Sang Pungguk yang rindukan Bulan. Itulah segelintir yang ada.