Sunday, August 23, 2009

PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT

Bulan mulia ini menyaksikan pengkhianatan terbesar kepada amanah dan perjuangan rakyat. Terjadi di Negeri Kedah, Lunas, seorang Exco dan Adun membuat keputusan paling bodoh dalam hidupnya apabila keluar PKR dan menjadi calun Bebas. Strategi yang sama seperti dibuat oleh 2 orang perasuah seks terbesar di Negeri Perak.
Apabila keluar parti sudah pasti jawapannya jelas, untuk menjatuhkan parti dan Kerajaan Kedah yang terbina. Apa habuannya hanya Allah dan Dia yang mengetahui. Dari ceritera beliau juga seorang yang bermasalah, dari pribadi hingga amanah yang ditanggungjawabkan.
PKR tidak akan tumbang kerana seorang yang bermasalah, tetapi Kerajaan Kedah boleh tergugat jika dibiarkan berterusan. Mungkin bagi PKR, sebenarnya adalah lebih baik orang seperti ini keluar dari parti, cuma masanya sahaja yang tidak sesuai. PKR perlu mengambil iktibar, pemilihan yang tidak benar dan tepat hanya akan merugikan Parti sendiri. Mungkin pemilihan calun di masa hadapan perlu dilihat dan disiasat dengan teliti. Jangan main terima sahaja nama calun yang dihantar dan dicadangkan. Mungkin PKR, parti baru masih belum punya banyak pengalaman. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Masalah calun, UMNO pun hadapi masalah yang sama. Hatta PAS pun berhadapan dengan masalah sama sehingga tahap pimpinan pun masih keliru. Itulah sebenarnya penangan harta kepada manusia. Tiada parti yang boleh mendabik dada, mampun menolak harta dan kuasa.
Kesimpulannya, biar sebaik mana kita masih belum mampu menolak harta dan kuasa. Apatah lagi jika kita bukan orang baik - baik, berlipat ganda mahukan dan sanggup membuat apa sahaja demi HARTA DAN KUASA.
Apakah Strategik UMNO akan berguna, jawapannya mudah, Lihat Permatang Pasir hari esuk, itulah pilihan rakyat.

LAGI KISAH ADUN LUNAS?

Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...

'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'.

Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang ini semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau Mac 2008.Nampaknya dia sudah nekad dalam karier politiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.

Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.

Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca.

Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi 'lam' dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.Ada ribuan orang dalam PAS yang berpolitik sejak tahun 60-an.

Lebih 40 tahun sudah mengenali politik Islam dan politik sekular, yang mencari dunia, yang mana mencari balasan baik di akhirat. Kita himpun semua pengalaman itu untuk mengkayakan pengalaman jemaah dalam politik. Pengalaman jemaah tentu lebih kaya berbanding seorang dua yang membuat makar.

Exco Akan Berganti....?

Mana ada dalam dunia politik berparti, seorang calon bebas menjadi exco tatkala ramai calon yang setia kepada parti, yang lebih berwibawa dan dipercayai tidak diangkat?Kelakarnya ialah MRS mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib, yang sah dari BN, tetapi tidak melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan kekal sebagai Adun. Dia boleh kekal sebagai Adun Lunas, tetapi perlantikannya sebagai Exco adalah atas kuota PKR. Tentu PKR mahu kuota itu diisi oleh Adunnya yang lain.

Exco Kerajaan dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar. MRS mendapat nasihat yang agak baik bila menyebut dalam sidang akhbarnya bahawa Exco dilantik oleh Tuanku Sultan, dan Tuanku Sultan sahaja boleh memecatnya. Sebab itu, pagi tadi, dia datang ke pejabatnya di Blok E Wisma Darul Aman tanpa rasa apa-apa. Oleh kerana yakin Tuanku Sultan tidak akan memecatnya, maka dia secara terbuka mengistiharkan dia akan kekal sebagai Exco.

Adakah dia akan dibiarkan begitu sahaja? Tidak!!! Dia sudah menjadi bebas, tidak berparti.

Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik... kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh!

Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari 'kaki-kaki' itu.Apa yang dia hilang dengan keputusannya itu? Banyak juga...elaun Exco RM15-16 ribu akan menyusut ke elaun Adun RM4,500 sebulan. Pencen sebagai Exco hilang kerana dia tidak berkhidmat cukup 36 bulan. Apa yang dia dapat? Banyak juga la barangkali...

Dia ada beberapa bidang tanah di Langkawi yang dibeli semasa menjadi Exco, dia ada kilang mencetak pakaian di Napoh, dia ada restoren di Shahab Perdana, dia ada beberapa isteri yang telah dikahwininya, salah seorang semasa menjadi Exco, tetapi sudah diceraikannya. Dia dapat banyak juga dah pun.. kalau itu yang dia cari...

Yang mencari dunia, ambillah dunia sebanyak mana yang dimahukan, tapi bagi yang bershahadah, ingatlah balasan di akhirat, yang mengharapkan balasan baik di akhirat, Allah akan bentangkan dunia secara percuma... esok kita bercerita lagi... lepas YAB MB mengadap maklum Tuanku Sultan..!

Setpol MB - Muhammad Sanusi Md Nor.2 Ramadhan 1430 / 23 Ogos 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR

Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...

Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...

Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...

- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...

- Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini...

" Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya

" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya

Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "

" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya

Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...

Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...

Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...

Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...
Dicatat oleh Halimey Abu Bakar di Sunday, August 23, 2009

CINA ISLAM (林川興): Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluar

CINA ISLAM (林川興): Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluar