Dah lama tak sempat menulis dalam blog ini, kesibukan dengan urusan lain membataskan kerja - kerja penulisan. Memang sesungguhnya manusia ini lemah, tertakluk kepada masa dan sibuk dengan urusan dunia.
Perkembangan politik di Malaysia, makin kecoh dan memualkan. UMNO telah mendapat Presiden baru dan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Cogan katanya SATU MALAYSIA. Sekarang habis segala kementerian mengempenkan SATU MALAYSIA. Tanya orang kampung apa itu SATU MALAYSIA. Lagi mereka tak faham. Saya pun tak faham, macaman satu Malaysia. Apakah satu Malaysia itu bermakna, Satu bangsa Malaysia sahaja? Mungkin juga untuk memudahkan pelbagai bangsa berkahwin. Entahlah. Hanya Dato' Najib dan Allah yang tahu apa dimaksudkan.
Mungkin SATU MALAYSIA slogan DAP dulu MALAYSIANS MALAYSIA. Rasanya lebihkurang sahaja. Konsep kesamarataan untuk semua bangsa di Malaysia. Entahlah. Sebab media kerajaan pun masih tak dapat menerangkan dengan jelas. Hatta Dato' Najib pun masib tak dapat menerangkan sehingga rakyat faham.
Bagi daku, konsep apa kita bawa pun, kita tidak dapat lari dari konsep bangsa manusia. Konsep bangsa adalah ciptaan Allah. Mungkin ada sibodoh bertanya, Adam dari bangsa apa? Nabi Adam adalah dari bangsa Suryan. Itulah bangsa yang mula diciptakan Allah. Dari bangsa ini lahirlah lagi pelbagai bangsa,mungkin dari campuran, budaya atau perpindahan tempat, maka bangsa tersebut diberi gelaran bangsa yang berlainan. Persoalan ini masih di dalam kajian saintis - saintis dunia. Teori kewujudan bangsa masih banyak ruang kosong yang kita tidak ketahui. Tetapi yang nyata kita semua dari perut Hawa dan benih Adam.
Mungkin satu masa dahulu, penduduk di Malaysia adalah majoritinya Melayu. Itu sebab kita digelar TANAH MELAYU. Malangnya orang Melayu sendiri membuang istilah ini dan menamakannya MALAYSIA. Apa makna MALAYSIA pun saya tak tahu. Dibandingkan dengan TANAH MELAYU menjuruskan inilah tempat orang Melayu KERANA NAMAYA PUN GUNA BAHASA MELAYU. Mana yang lebih awal samada orang Melayu atau Tanah Melayu yang diberi nama, itu saya kurang pasti. Mungkin perlu kajian lagi oleh Profesor Sejarah.
Saya teramat setuju, konsep yang terbaik bukanlah membela bangsa, tetapi membela orang yang tertindas atau teraniaya atau ketinggalan. Sekiranya individu miskin berbangsa Melayu miskin, ia perlu dibela. Sekiiranya ia berbangsa Cina atau India, juga ia perlu dibela. Itulah konsep keadilan di dalam Islam. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Islam tidak mengajar kita untuk menolong orang Islam sahaja, tetapi membantu orang yang memerlukan tanpa mengira agama mahupun bangsa. Itulah indahnya Islam, satu - satunya agama Allah yang Maha Benar.
Malangnya apabila kurang keyakinan dan kurang ketaqwaan menyebabkan kita memandang suruhan Allah, satu perkara mustahil dilaksanakan. Kita mempolitikkan agama sebagai barang mainan. Di masa kita memerlukan undi, kita gunakan. Apabila bertentangan dengan nafsu dan kepentingan kita, dicampakkan. Beginilah umat akhir zaman, yang sentiasa tiada keimanan dan pendirian.
Samada SATU MALAYSIA atau MALAYSIAN MALAYSIA, mungkin hanya satu slogan. Pengertian dan pemahamannya bergantung kepada masing - masing kot, itu yang terbaik boleh difikirkan.
Walaubagaimanapun, apa slogan yang digunapakai tidak penting, selagi konsep keadilan ditegakkan. Jika tidak nescaya, apa slogan digunapakai tidak mendatangkan apa kebaikan untuk rakyat jelata.
Cuma yang nyata sekarang ini, rakyat makin susah, barang makin mahal. Penekanan ke atas rakyat makin terasa. Kehidupan rakyat makin terjejas. Mungkin juga ini cuma satu cara mengalihkan perhatian rakyat sahaja. POLITIK TETAP POLITIK.