Monday, February 22, 2010

POLITIK OH POLITIK.

Saban hari suasana politik makin mengelirukan dan kacau - bilau. Rakyat awam macam aku, makin bosan dan jelek melihat telatah ahli politik. Isu yang tak habis - habis. Semuanya berkata untuk memperjuangkan rakyat. Baik BN mahupun PR. Tetapi yang nyatanya semua ada agenda disebaliknya.
Umat makin celaru, rakyat makin merana. Harga barang makin meningkat. Kos sara hidup makin naik. Kalau di tanya PR semuanya salah UMNO. Buah kronisme dan nepotisme, sudah pasti akan didendangkan. Tetapi dari pendapatku hamba yang lemah, jika PR memerintahpun sebenarnya campur tolak sahaja. Pimpinan yang ada dalam PR pun lebih banyak memperjuangkan perut sendiri sama seperti yang duduk dalam UMNO. Cuma mungkin bilangan belum majoriti lagi kerana masih belum ada kuasa. Itu sahaja.
Bagi ku jika hendak memilih pemimpin hendaklah dilihat dari ilmu, akhlak dan amalnya. Itu yang terbaik. Jika cakap berbuih mulut, tetapi pada masa yang sama menipu sana sini, tiada bezapun orang yang dikeji dan mengeji.
Bukannya mudah nak jadi pemimpin. Kalau dihati ini masih banyak memikir diri sendiri, rasanya lebih baik jangan berpolitik. Kerana banyak akan menceburkan pada yang haram.
Aku tidak benci UMNO mahupun PR kerana parti. Cuma kalau kezaliman , ku tetap akan menentang tak kira siapa pun sehingga kembali ke pangkal jalan. Moga Allah memberi petunjuk dan redhonya.

No comments: