Thursday, January 28, 2010

NAMA ALLAH, MENGAPA DIISUKAN?

Kes kepala babi yang dicampak ke dalam masjid. Ini kes provokasi. Di dalam dunia moden yang canggih dan bermaklumat ini, masih ada yang suka membuat provokasi. Apakah ini hanya secebis drama bagi orang yang bermatlamat? Atau secebis lakunan bagi yang berkepentingan?
Aku berdoa semoga rakyat Malaysia lebih matang. Isu seperti ini boleh mencetuskan huru - hara jika tidak ditangani dengan baik. Semua sedia maklum, isu agama adalah isu yang sensitif bagi umat mana sekalipun. Apatah lagi untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu telah menjadi tunjang kepada Islam sejak ratusan tahun lagi di Nusantara. Biarpun dari segi amalan agak dangkal, namun dari segi keyakinan kepada Islam tidak boleh dipertikaikan. Itu yang ditanam sejak kecil. Di akhir - akhir ini, ancaman kepada Islam agak lantang dan mencabar umat Melayu Islam khususnya. Mengapa boleh terjadi begini? Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia, pemerintahnya dikuasai oleh orang yang beragama Islam. UMNO sebagai tunjang gabungan parti pemerintah, mendakwa diri mereka sebagai pelindung kepada agama dan bangsa. Tetapi di manakah peranan mereka di saat ancaman ke atas Islam? Mungkin kefahaman terbalik menyebabkan mereka jadi terbalik. Sepatutnya Islam pelindung kepada bangsa.
Isu guna nama Allah mampu diselesaikan dengan baik, diperingkat awal lagi. Tak perlu diisukan sehingga seolah - olah perlu dipanjangkan.
Sehingga ke hari ini ada kepala babi, bakar gereja, bakar surau? Jika dilihat dari segi kemasyarakatan, rasanya perkara seperti ini tak patut berlaku. Rakyat samada Islam dan Kristian, tiada masalah diperingkat bawah. Mungkin isu ini sengaja digembar - gemburkan sahaja. Mungkin ada ruang bagi yang berkepentingan.
Rakyat perlu matang. Kerajaan juga kena lebih matang. Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa nama Allah tidak boleh digunakan oleh non - Muslim. Di dalam sejarah dunia, Kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di tempat asal mereka. Jadi mengapahanya terjadi di Nusantara ini.
Ada sahabat yang mencadangkan penggunaan nama Allah akan lebih memudahkan da'wah.Bagiku biasanya orang Melayu lebih mudah terikut dari berdakwah kepada orang lain. Sebab kita tahu, kehidupan kita lebih banyak dipengaruhi oleh amalan dan cara hidup agama lain dari mengambil amalan dan cara hidup seperti yang diajarkan kepada Islam.
Dalam isu ini, politik nampaknya tidak dapat memainkan peranan yang penting. Majoriti rakyat menolak saranan ahli politik, mahu dari BN atau PR. Kedua - duanya sama saja campur tolak.

Monday, January 18, 2010

Kini Dan Silam Video: The Star Di Kampung Perdamaian Sukhirin

Kini Dan Silam Video: The Star Di Kampung Perdamaian Sukhirin

Terima Kasih untuk pejuang terdahulu. Biar lah sejarah menentukan benar atau salah mereka? Jiwa tegar mereka dijadikan contoh perjuangan masa kini.

Friday, January 8, 2010

BAKAR GEREJA, KERJA SIAPA?


Dah malas nak ambil tahu tentang politik tanahair. Makin bercelaru dan mengelirukan.
Akhirnya terdengar cerita tentang bakar gereja. Pelik... Di dalam Negara Malaysia yang aman damai tetiba ada kisah bakar gereja orang Kristian. Dan terjadi di Malaysia. Semuanya bermula dari isu nama Allah. Ganas sangatkah orang Islam di Malaysia. Sehingga sanggup berjihad (konon) sampai bakar gereja. Apakah terdapat dalam ajaran umat Islam. Sepanjang yang diketahui dari kecil, sesiapa yang belajar dan dididik cara Islam, membakar rumah ibadat kaum kafir adalah dilarang. Hatta di dalam peperangan pun kita akan mengelakkannya dari berlaku secara sengaja. Itulah pegangan umat Islam di Malaysia.
Ini bermakna sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, nescaya bukan dari golongan yang faham Islam. Mungkin yang melakukannya orang yang hidup atas gaji atau takut kepada bos mereka. Siapa? Fikir dan fikirlah. Yang melakukannya orang yang berkepentingan. Mungkin takut hilang kuasa, mungkin takut hilang pangkat, mungkin takut hilang kerja. Hanya golongan seperti ini sahaja yang sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk dan bertentangan dengan syarak.
Kepada Umat Islam, tidak perlu beremosi dengan nama Allah. Jika nama Allah dibenargunakan, ianya adalah kebenaran Mahkamah. Siapa yang menguasai Mahkamah. Fikirkan sendiri.
Jika gereja dibakar, pasti ada tujuannya. Apakah polis di Malaysia sudah kurang cekap? Apakah Polis Malaysia sudah tunduk kepada golongan ekstremis?
Jika berlaku huru - hara di Malaysia, ada pihak yang untung. Yang pastinya bukannya pihak pembangkang. Yang akan dijadikan kambing - hitam, sudah pasti pihak pembangkang dan 2, 3 kerat dari pihak pemerintah dan NGO.
Nampak gayanya pimpinan ABIM yang baru amat dangkal dalam pembacaan politik Malaysia. Yang pastinya ada di antara mereka yang akan dijadi kambing - hitamkan.

Monday, January 4, 2010

GUNA NAMA ALLAH, PERANGKAP UNTUK PAKATAN

Isu nama Allah, untuk orang Kristian, boleh atau tidak? Jelas di dalam Al Quran, nama Allah telah diguna pakai oleh Orang Musyrikin, sebelum kedatangan Rasulullah lagi. Allah adalah Tuhan Yang Maha Besar. Apa - apa sahaja yang berkaitan dengan Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha segala -galanya, hanya untuk Allah yang Maha Esa.
Cuma di Tanah Melayu ini, senarionya agak berbeza. Allah hanya digunakan oleh orang Islam. Tidak sama seperti Arab Jahiliyyah. Bangsa lain tak pernah gunakan nama Allah. Hatta Kristian sendiri di mana - mana mukabumi hanya menggunakkan God atau Jesus yang dirujukkan sebagai Tuhan mereka. Tidak pernah kita mendengar orang Kristian menyebut Allah The Mighty. Yang selalu kita dengar, perkataan Oh God atau Oh Jesus.
Persoalannya, mengapa tetiba sahaja ada akhbar Kristian yang berminat nak menggunakan perkataan Allah. Kita tidak kata halal atau haram, tetapi persoalannya Boleh atau Tidak?
Jika boleh apa manfaatnya, dan jika tidak apa kesannya. Itu yang patut kita fikirkan.
Apakah kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Sedangkan telah terjelas termaktub di dalam perlembagaan Malaysia, agama Islam dilindungi secara mutlak di Malaysia. Mengapakah masih ada yang berani mencabar KDN? Dan mengapakah rayuan begitu lembab dibandingkan dengan kes Perak tempoh hari. Benarkah Kerajaan UMNO telah kehilangan taring?
Jika difikirkan, ini hanya permainan politik. Menunjukkan seolah - olah agama Islam di Malaysia telah tercabar.
Di dalam kes ini, PR yang berada di dalam keadaan serba salah. Jika bersetuju seolah - olah telah mengabaikan kepentingan agama Islam. Jika tidak bersetuju sudah pasti pengundi non - Muslim akan curiga. Akhirnya undi tidak memihak kepada mereka.
Jahat betul permainan ini, sehingga agama Islam yang suci ini juga dipolitikkan. Bagi rakyat yang mudah terkeliru, berfikir dengan semasak - masaknya. Jangan melatah.
Sebenarnya isu ini boleh diselesaikan dengan mudah oleh pihak pemerintah, tetapi dibiarkan sahaja. Mungkin sebagai perangkap kepada pihak PR.
Bagi PR lebih baik bersikap sederhana, jangan diturutkan latah rakyat. Apa yang perlu dibuat, desak Kerajaan selesaikan. Biarkan jerat dipasang, moga - moga sipemasang yang terperangkap sendiri. Jika UMNO sendiri lambat bertindak, jerat itu akan memakan tuannya.