Tuesday, October 27, 2009

TUK GURU ATAU USTAZ?

Politik bukan mainan daku, tetapi hak aku untuk bebas menulis, melontarkan pandangan pribadi yang entah betul atau tidak.
Hari ini PAS mengadakan EGM, sebab musababnya mungkin ramai yang dah tahu. Masalah UG @ Kerajaan Perpaduan yang tak habis - habis. Sekejap ada Sekejap tiada. Kecoh atau tidak kecoh, kita tak tahu. Berpecah atau tidak, Kita tidak tahu. Kita harapkan PAS lebih matang menyelesaikan masalah dalaman Parti.
Cuma yang kita tahu, perkara ini berlaku bermula selepas pilihan raya Mac 2008. Apabila PR menang dan berjaya merebut beberapa Kerajaan Negeri. Jika di Tahun 2004 dahulu, tak berlaku macam ini, sebab Kelantan kubu kuat PAS pun hampir tergadai. Cuma mampu menang majoriti sahaja.
Kemenangan tahun 2008, tiada siapa boleh menyangkal dan menafikan peranan Anwar yang berjaya menyatukan parti pembangkang dan menarik hati rakyat untuk bersamanya. Slogan Harapan Baru Untuk Malaysia berjaya menarik pengundi bandar yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai masalah kemiskinan, kesusahan hidup, kemeranaan sosial, kejatuhan nilai agama dan akhlak. Harapan pengundi agar mendapat peluang yang lebih baik di masa hadapan menggerakkan pen untuk memangkah Pakatan Rakyat. Bukannya sekadar memangkah dan taksub kepada PAS, PKR atau DAP semata - mata. Rakyat Malaysia mengharapkan perubahan. Jika dikaji perubahan yang ketara adalah di bandar di mana rakyat mendapat maklumat yang cukup. Sudahpasti di bandar, ketiga - tiga kaum Melayu, Cina dan India memainkan peranan penting. Di kawasan yang kurang maju pedalaman, Sabah dan Sarawak, PR tidak mendapat tempat di pensil mereka. Di kawasan pedalaman Melayu, nescaya kaum Melayu yang lebih dominan.
UMNO tahu jika dibenarkan sistem 2 parti di Malaysia, peluangnya memerintah akan hancur. Jadi gembar - gembur Kuasa Melayu Hilang digunakan. Maka slogan ini secara tidak langsung menggugat beberapa pimpinan PR terutamanya di dalam PAS sendiri. Untuk lebih menguatkan daya tarikan, Isu ancaman agama digunapakai. Ini tambah menggoncangkan pimpinan dalam PAS sendiri yang sinonim dengan perjuangan agama. Direncahkan lagi dengan tawaran jawatan - jawatan utama di dalam Negeri dan Pusat, jika dapat bergabung. Secara tidak langsung, kempen ini mampu menarik PAS untuk menjenguk dan berbincang samada secara terbuka mahupun sulit.
Dan akhir - akhir ini, digemburkan lagi seolah - olah Anwar ingin mendominasi PAS di bawah telunjuknya. Kaedah keasobiyyahan parti dan menaikkan emosi digunakan.
Sedar tidak sedar ahli PAS di bahagian dan peringkat bawah, makin keliru. Berpecah dua, memilih pemimpin yang mereka sanjung. Itu sebab di dalam Islam kita tidak dibenarkan menyanjung pemimpin secara keterlaluan, tetapi mengikut selagi benar.
2 pihak saling serang menyerang, sehingga lupa isu yang sebenar.
Isu yang sebenar bagi PAS ialah menentang rasuah, nenegakkan Negara Kebajikan, menentang kronisme dan bla - bla lagi. Bukannya berpakat atau berunding dengan UMNO. Formula penggabungan ini pernah dilakukan oleh PAS, tetapi malangnya gagal. Apakah ada jaminan penggabungan kali ke 2 boleh berjaya? Lihatlah realiti sendiri. PAS tidak berjaya tanpa PKR dan DAP, jadi mengapa perlu bersengketa dan menyalahkan pimpinan orang lain. Politik tetap politik, perlu setia kawan kalau nak berjaya. Gabungan PR dah berjaya ke peringkat ini, malangnya ramai pimpinan PAS masih di takuk lama. Tidak tahu berpolitik tetapi hanya tahu mencari glamor dan popular. Jika PAS kata PKR dan DAP tidak bersih, apakah PAS lebih bersih dan suci. Apakah salahnya tunjuk dan bimbing PKR dan DAP ke jalan yang lurus? Atau apakah ramai ahli PAS sendiri yang tidak bergelumang dengan najis tetapi ditutup dengan suratkhabar.
Cara yang terbaik, PAS kena menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menunding kesalahan kepada orang lain. Tak perlu salahkan Anwar. Sedar atau tidak ramai YB PAS yang dapat menjadi YB adalah hasil idea Anwar. Sudahpasti YB tersebut makan hasil dari keringat dan jasa Anwar secara tidak langsung. Dan tak perlu salahkan DAP. Kerana DAP sememangnya dipelopori oleh Kafir yang tak tahu agama Islam. Mungkin PAS mampu berdakwah dan mendidik PKR dan DAP.
Kembalilah PAS kepada PR dan bekerja untuk rakyat. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga rakyat naik cuak. Isu sebenar ialah Rasuah, penyelewengan dan kerosakkan agama serta moral. Kalau tidak nilai anda sama dengan UMNO, biarpun anda seorang TUK GURU ATAU USTAZ.