Sunday, December 22, 2013

KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI III

Taksi (Teksi) mula bergerak ke Danau Toba. Di Indonesia, kebanyakan kenderaannya Toyota Innouva (Kijang) atau apa jenis Toyota pun. Kalau di jalan raya, yang banyak dilihat kenderaan Toyota. Seolah - olah Toyota ini adalah buatan Indonesia. Tapi yang pastinya, bukan, hanya pemasangan kenderaan sahaja. Mobil Toyota innouva yang ku naiki... tiada penghawa dingin. No air - cond. Dikenali juga sebagi AC (sebutan baku. Tetapi tak apalah... janji boleh sampai ke destinasi. Pak Supir, orangnya ramah. Katanya keturunan Acheh dan Mandailing. Sepanjang perjalanan, pandangan kampung dan desa. Jalan raya di sini, sempit dan kurang baik keadaannya. Hendak keluar dari Medan pun cukup perit. Ditambah pula sikap pemandu di sini dengan pelbagai ragam. Hon kereta digunakan sepenuhnya. Pak Supir memandu ala Indonesia, ada ruang, potong. Inikan Indonesia... Sepanjang perjalanan, Pak Supir bercerita, ramah orangnya. Dari cerita keluarga hingga cerita sosial masyarakat. Tiba - tiba telefon Pak Supir berdering. Rupa - rupanya tuan kereta telefon, minta tolong nak tambah 3 orang penumpang lagi. Sudahpasti aku tak setuju, sebab kenderaan ini telah dinaiki oleh 6 orang. Jika ditambah lagi pasti tidak selesa. Sedangkan, kereta ini sendiri sudah disewa sebuah. Drama pertengkaran bermula. Pak Supir tersepit antara pelanggan dan tuan punya kereta. Di sini ku lihat, keadaan masyarakat Indonesia. Jurang yang amat besar antara masyarakat. Jika lemah akan ditindas. Kuasa wang kuasa materialistik memainkan peranan penting. Tuan punya kereta perempuan Muslim, Padang... tapi sikapnya, tiada ciri Muslim pun. Pak Supir diugut akan dibuang kerja jika tak ambil 3 orang lagi. Di Indonesia, para pekerja takut akan dibuang kerja. Majikan boleh memilih pekerja. Memang hak pekerja tidak dijaga. Mungkin ada peraturan, namun tidak dilaksanakan. Pegawai Kerajaan ramai yang korup. Bis dirunding janji ada bayarannya. Pertengkaran terus berlaku melalu telefon. Akhirnya, Pak Supir mengambil tindakan drastik, tempat yang perlu diambilnya pelanggan lain tersebut, tidak dilakukan. Perjalanan diteruskan. Telefon berdering kembali. Akhirnya Pak Supir terpaksa mengalah, tempat baru untuk pelanggan. Jarak sudah tak jauh dari Danau Toba. Anggaran 20 km lagi. Kami pun berhenti untuk makan. Jam sudah menunjukkan 1 lebih. Selepas makan, Pak Supir perlu mengambil penumpang yang dijanjikan oleh Tuan Punya Mobil. Aku terpaksa mengikut sebab beg - beg semuanya dalam kenderaan tersebut. Buatnya dia tak datang balik, parah. Di sini dapat ku bertemu dengan Ibu Tini. Mukanya garang, tersenyum pun tidak. Seperti dikatakan perempuan Muslim Padang, tapi cirinya pun tiada. Sombong. Selepas 3 pelanggan diselesaikan, perjalanan kami diteruskan. Di dalam kereta, 3 pelanggan pun berasa tak puas hati. Mereka rasa ditipu kerana bayaran untuk mereka adalah bayaran penuh untuk sewa sebuah kereta. Persepsi ku tentang Indonesia atas peristiwa ini... menyedihkan. Kuasa Materialistik.... Dalam 45 minit kemudian, tibalah kami di Kawasan Danau Toba. Terasa gembira, lepas dari kesempitan di dalam kereta ini. Udara dingin mula menerjah wajah. Terasa nyaman. Penempatan dituju Pandu Lakeside... betul - betul di kaki Tasik Danau Toba. Nyaman terasa hilang kepenatan. Tiba di Pandu Lakeside hampir jam 3.00 petang. Untuk makluman, saya telah menempah tempat penginapan dari Malaysia. Khuatir penuh di musim cuti sekolah ini. (Bersambung..... )