Monday, March 9, 2009

YA RASULULLAH

Seperti biasa dan telah sekian lama, semenjak hamba belum dilahirkan lagi, Sambutan Maulud pada 12hb Rabi'ul Awwal dilaksanakan. Tak pernah pun tertunda atau terlupa dek rakyat Melayu. Bagus sesangat bagusnya.
Tapi semenjak hamba dilahirkan juga, sekalipun hamba tak pernah pergi menyambut Majlis Maulud ini. Apakah hamba ini dikategorikan sebagai orang yang tak menyintai Rasulullah? Nauzubillah, mohon dijauhkan walaupun hanya terdetik dihati.
Semasa Rasulullah lahir, Abu Lahab (uncle Rasulullah) adalah orang yang paling gembira. Diceritakan apabila mendengar khabar tersebut, beliaulah orang yang pertama mengadakan majlis sambutan harijadi. Diceritakan juga sampai tahap sembelih berpuluh atau beratus unta. Bayangkanlah kalau tukar ke duit RM. Seekor unta pun dah mencecah RM30 - 40K. Kalau 10 ekor dah hampir RM300000.
Tapi malangnya, beliau mengakhiri saat kehidupan sebagai orang kafir dan janji allah neraka untuk beliau.
Hamba ini bukan ulama' untuk menfatwakan Sambutan Maulud, mungkin Mufti Harussani lebih layak. Tetapi apa gunanya sambutan dengan nyanyian kononnya nasyid. Bercampur lelaki dan perempuan. Adalah ceramah sikit - sikit, biasanya penceramah perempuan, pakai merelik merelak, tunjuk segala kristal yang ada. Penceramah lelaki macam ti baca skrip kekadang semaangat kekadang tidak. Lepas tu ada jamuan, ustaz yang ceramah tengoknya semangat makan pula. Lupa dah yang ceramah tadi. Itulah saban tahun kita tempuhi.
Pernahkah kita terfikir, apa yang kita buat ini ada ganjaran atau tidak di akhirat. Jauh menyimpang dari yang rasulullah ajarkan. Rasulullah, semasa hayatnya tak pernah buat pun. Khalifah ar - rasyidin pun tak buat juga.
Mungkin ada pendapat yang mengambil tarikh tersebut, sebagai kesempatan untuk berdakwah. Tetapi sekiranya apa yang kita buat bertentangan dengan hadis dan sunnah, lebih baik duduk kat rumah, tidur lagi baik kot.
Bagi hamba yang kerdil ini, melaksanakan ajaran dan amanat Rasulullah adalah lebih utama. tak guna kita berarak dan berpanas di bawah cahaya matahari atau berhujan, Sedangkan sunnah rasulullah kita tinggalkan. Orang yang melaksanakannya kita musuhi, kita benci, kita ejek dan hina.
Tak guna kiranya solat jemaah pun kita tak buat. Masjid seminggu atau setahun sekali baru kita jejak.
Kesimpulannya, lebih baik kita perjuangkan apa yang rasulullah perjuangkan adalah lebih baik dari Sambutan Maulud yang tak tahu hujung pangkalnya. Mungkin yang baiknya sekurang - kurangnya tahulah tarik kelahiran Junjungan Besar kita.

CINA ISLAM (林川興): Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

CINA ISLAM (林川興): Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan