Monday, January 4, 2010

GUNA NAMA ALLAH, PERANGKAP UNTUK PAKATAN

Isu nama Allah, untuk orang Kristian, boleh atau tidak? Jelas di dalam Al Quran, nama Allah telah diguna pakai oleh Orang Musyrikin, sebelum kedatangan Rasulullah lagi. Allah adalah Tuhan Yang Maha Besar. Apa - apa sahaja yang berkaitan dengan Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha segala -galanya, hanya untuk Allah yang Maha Esa.
Cuma di Tanah Melayu ini, senarionya agak berbeza. Allah hanya digunakan oleh orang Islam. Tidak sama seperti Arab Jahiliyyah. Bangsa lain tak pernah gunakan nama Allah. Hatta Kristian sendiri di mana - mana mukabumi hanya menggunakkan God atau Jesus yang dirujukkan sebagai Tuhan mereka. Tidak pernah kita mendengar orang Kristian menyebut Allah The Mighty. Yang selalu kita dengar, perkataan Oh God atau Oh Jesus.
Persoalannya, mengapa tetiba sahaja ada akhbar Kristian yang berminat nak menggunakan perkataan Allah. Kita tidak kata halal atau haram, tetapi persoalannya Boleh atau Tidak?
Jika boleh apa manfaatnya, dan jika tidak apa kesannya. Itu yang patut kita fikirkan.
Apakah kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Sedangkan telah terjelas termaktub di dalam perlembagaan Malaysia, agama Islam dilindungi secara mutlak di Malaysia. Mengapakah masih ada yang berani mencabar KDN? Dan mengapakah rayuan begitu lembab dibandingkan dengan kes Perak tempoh hari. Benarkah Kerajaan UMNO telah kehilangan taring?
Jika difikirkan, ini hanya permainan politik. Menunjukkan seolah - olah agama Islam di Malaysia telah tercabar.
Di dalam kes ini, PR yang berada di dalam keadaan serba salah. Jika bersetuju seolah - olah telah mengabaikan kepentingan agama Islam. Jika tidak bersetuju sudah pasti pengundi non - Muslim akan curiga. Akhirnya undi tidak memihak kepada mereka.
Jahat betul permainan ini, sehingga agama Islam yang suci ini juga dipolitikkan. Bagi rakyat yang mudah terkeliru, berfikir dengan semasak - masaknya. Jangan melatah.
Sebenarnya isu ini boleh diselesaikan dengan mudah oleh pihak pemerintah, tetapi dibiarkan sahaja. Mungkin sebagai perangkap kepada pihak PR.
Bagi PR lebih baik bersikap sederhana, jangan diturutkan latah rakyat. Apa yang perlu dibuat, desak Kerajaan selesaikan. Biarkan jerat dipasang, moga - moga sipemasang yang terperangkap sendiri. Jika UMNO sendiri lambat bertindak, jerat itu akan memakan tuannya.