Sunday, December 13, 2009

~penarik beca: Ketuanan dewa-dewa Melayu

~penarik beca: Ketuanan dewa-dewa Melayu

DARSHAN SINGH: POLITIK DI SEBALIK KEPULANGAN CHIN PENG

Menurut sejarah, Politik Cina di Malaysia telah diasaskan oleh Gerakan Parti Kuomintang dan Parti Komunis Cina (PKC). Hingga ke hari ini Parti MCA atau Malaysian Chinese Association sebenarnya mewakili Parti Kuomintang, Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Cina (PKC).

Sabaik sahaja Perjanjian Damai Haadyai telah ditandatangani pada 2 Disember 1989, kesemua anggota-anggota PKM termasuk Abdullah CD, Rashid Maidin, Samsiah Fakeh dan anggota-anggota yang lain dibenarkan pulang ke Malaysia sama ada untuk melawat ataupun bermastautin di negara ini.

Ramai daripada mereka telah pulang menetap di Betong, Thailand. Kerajaan Thailand mengurniakan mereka tanah dan pelbagai faedah lain dan menjamin kebebasan mereka. Tidak seperti yang lainnya, Chin Peng tiba-tiba di sekat haknya dan dihalang pulang meskipun perjanjian mengenai hak ini telah diperakui dalam Perjanjian Damai itu.

Ada tiga alasan pokok :
Pertama, faktor-faktor dalaman yang menentang kepulangannya berdasarkan ideologi dan alasan-alasan peribadi. Alasan peribadi antara lain ialah kerana ramai pemimpin-pemimpin dan saudara mereka telah dibunuh oleh Anggota PKM di seluruh negara dan mereka telah dicap sebagai orang yang boleh mengancam keselamatan.
MCA sebenarnya tidaklah perlu menentang secara terbuka kepulangan Chin Peng kerana ramai juga orang-orang Cina yang mengangap Chin Peng sebagai wira. Bersama dengan golongan lain yang anti-komunis, UMNO pula telah mengambil kesempatan ini bagi membangkitkan kemarahan rakyat.
Tidak boleh dilupakan dalam sejarah bahawa Penjajah British telah membunuh lebih 10,000 rakyat Malaya (termasuk pembunuhan beramai–ramai di Batang Kali). Sementara itu Tentera Fasis Jepun juga telah membunuh lebih 6,000 rakyat pula. Semasa pendudukan British, kuasa imperialis ini telah merampas dan memunggah kekayaan Malaya melebihi RM1,000 billion. Pejuang seperti Tok Janggut dan Maharaja Lela telah dihukum digantung. Ironinya sampai hari ini, kita masih menyokong dan menggamit mereka datang di bawah program “Malaysia Rumah Kedua”.

Alasan kedua ialah faktor hubungan kaum dan agama. Chin Peng bukanlah Melayu atau Islam dan ini juga sebenarnya telah melanggar amalan politik perkauman di Malaysia.
Dalam pada itu, alasan ketiga pula ialah kerana parti pemerintah iaitu UMNO rasa jengkel dan marah dengan PKM yang mendakwa bahawa Kemerdekaan Malaya telah dipercepatkan antara 10-15 tahun justeru kerana tekanan perjuangan bersenjata Gerila PKM dan bukannya Tunku Abdul Rahman yang dikatakan telah membuka jalan kepada rundingan Kemerdekaan. (Kenyataan ini sebenarnya disokong oleh Penasihat British Sir Robert Thomspon).

Hari ini kebenaran sedang menyerlah dan fakta mengenai 6,000 nasionalis Melayu telah ditahan di kem rahsia semasa darurat (perang kemerdekaan) untuk menonjolkan bahawa perjuangan mereka itu berasaskan perjuangan ras dan perkauman dalam waktu yang sama menutup tentang hakikat sejarah bahawa Parti Komunis Malaya adalah parti tertua dan parti berbilang kaum yang pertama di Malaya.

Benar seperti kenyataan Chin Peng bahawa beliau sanggup mati demi negara ini, namun beliau tetap tidak akan dibenarkan pulang. Dalam hemat saya, Chin Peng sifatnya lebih patriotik dari kita semua. Beliau acapkali memberi ucapan-ucapannya dalam dalam Bahasa Malaysia Baku pada semua kesempatan siri ucapan-ucapannya. Beliau juga seorang pendukung bahasa Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai tempat tumpah darahnya.

Apa salahnya beliau yang kini berusia 85 tahun menghabiskan baki usianya bersama dengan anak cucunya di Setiawan, yang juga tempat bersemadi kedua ibu dan bapanya.

Dengan krisis dan perpecahan yang berlaku dalam Parti MCA kini, golongan yang menentang Chin Peng kini sudah tidak lagi berpengaruh. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Najib Razak yang kini sedang terdesak dengan sokongan orang-orang Cina tidak mustahil dalam masa terdekat.kemungkinan Chin Peng akan dibenarkan pulang. Oleh itu tekanan menghalang kepulangan Chin Peng sudah tidak lagi masuk akal.

Status Chin Peng sebagai warganegara sama sekali tidak boleh diragui. Apakah yang akan terjadi jika beliau membuat keputusan berjalan melintasi sempadan dan mengadakan sidang akhbar di situ? Menurut undang-undang beliau hanya boleh dikenakan denda sebanyak RM 500 dan diwaktu itu membawa bersamanya juga bukti bahawa beliau adalah warganegara Malaysia yang sah.

Saya telah berjanji kepada ChinPeng di Haadyai pada 30 November yang lalu; selagi saya hidup saya, sebagai seorang peguam, saya akan berjuang untuk memastikan beliau pulang melalui satu cara atau cara yang lain.

Saya juga telah berpesan kepadanya "Dalam masa terdekat perjumpaan kita berikutnya ialah di Malaysia" Sampai bertemu lagi.


artikel asal:
The politics of the return of Chin Peng