Kes kepala babi yang dicampak ke dalam masjid. Ini kes provokasi. Di dalam dunia moden yang canggih dan bermaklumat ini, masih ada yang suka membuat provokasi. Apakah ini hanya secebis drama bagi orang yang bermatlamat? Atau secebis lakunan bagi yang berkepentingan?
Aku berdoa semoga rakyat Malaysia lebih matang. Isu seperti ini boleh mencetuskan huru - hara jika tidak ditangani dengan baik. Semua sedia maklum, isu agama adalah isu yang sensitif bagi umat mana sekalipun. Apatah lagi untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu telah menjadi tunjang kepada Islam sejak ratusan tahun lagi di Nusantara. Biarpun dari segi amalan agak dangkal, namun dari segi keyakinan kepada Islam tidak boleh dipertikaikan. Itu yang ditanam sejak kecil. Di akhir - akhir ini, ancaman kepada Islam agak lantang dan mencabar umat Melayu Islam khususnya. Mengapa boleh terjadi begini? Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia, pemerintahnya dikuasai oleh orang yang beragama Islam. UMNO sebagai tunjang gabungan parti pemerintah, mendakwa diri mereka sebagai pelindung kepada agama dan bangsa. Tetapi di manakah peranan mereka di saat ancaman ke atas Islam? Mungkin kefahaman terbalik menyebabkan mereka jadi terbalik. Sepatutnya Islam pelindung kepada bangsa.
Isu guna nama Allah mampu diselesaikan dengan baik, diperingkat awal lagi. Tak perlu diisukan sehingga seolah - olah perlu dipanjangkan.
Sehingga ke hari ini ada kepala babi, bakar gereja, bakar surau? Jika dilihat dari segi kemasyarakatan, rasanya perkara seperti ini tak patut berlaku. Rakyat samada Islam dan Kristian, tiada masalah diperingkat bawah. Mungkin isu ini sengaja digembar - gemburkan sahaja. Mungkin ada ruang bagi yang berkepentingan.
Rakyat perlu matang. Kerajaan juga kena lebih matang. Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa nama Allah tidak boleh digunakan oleh non - Muslim. Di dalam sejarah dunia, Kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di tempat asal mereka. Jadi mengapahanya terjadi di Nusantara ini.
Ada sahabat yang mencadangkan penggunaan nama Allah akan lebih memudahkan da'wah.Bagiku biasanya orang Melayu lebih mudah terikut dari berdakwah kepada orang lain. Sebab kita tahu, kehidupan kita lebih banyak dipengaruhi oleh amalan dan cara hidup agama lain dari mengambil amalan dan cara hidup seperti yang diajarkan kepada Islam.
Dalam isu ini, politik nampaknya tidak dapat memainkan peranan yang penting. Majoriti rakyat menolak saranan ahli politik, mahu dari BN atau PR. Kedua - duanya sama saja campur tolak.