Sunday, August 2, 2009

KERUGIAN MENCECAH 200 JUTA?

Jahat sungguh puak penentang ISA. Berdemo sehingga merugikan rakyat. Bila rakyat berdemo, ramai peniaga terpaksa tutup kedai. Itu kata media Kerajaan. Betul atau tidak, saya tak tahu. Kasihan si Rakyat Indon, kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Sebab semua rakyat tahu, yang meniaga di Chow Kit adalah peniaga Indon, Kemboja, dan pelbagai negara lagi. Yang tak tahu, mungkin DBKL, Polis, Penguatkuasa dan UMNO.
Bagi saya mungkin yang lebih patut dikasihani lagi ialah kupu - kupu malam. Selama ini dapat terbang bebas, tetapi hari tersebut tak dapat keluar cari makan. Sudah pasti tiada pelanggan. Yang berdemo ramai yang pakai ketayap, pelanggan takut nak naik, atau nak melanggan. Deme ingat Pegawai Pencegah Maksiat atau tengah buat operasi besar - besaran. Mungkin Kerajaan tak sempat nak anggar kerugian mereka? Anggaran pribadi saya mungkin boleh mencecah sehingga 10 @ 20 juta Ringgit Malaysia. Kalau ramai pelanggan Mat Salleh, mungkin mereka akan rugi dalam kiraan US Dollar.
Begitu mudahnya mencongak kerugian. Betul ke puak demo ISA ganas? Sebenarnya ini hanya propaganda untuk melabelkan seolah - olah kejahatan mereka tiada terbatas, sehingga tidak kasihankan peniaga, pelacur, pelanggan pelacuran, peminat judi dan lain - lain lagi.
Cuba kita berfantasi sebentar. Seandainya di tengah kesibukan orang membeli - belah di Shopping Centre, tetiba ada kumpulan budak - budak meletupkan mercun. Kemudian budak - budak jahat ini berlari dan merempuh serta memukul orang ramai. Apa suasana akan terjadi. Sudah pasti orang ramai akan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Suasana akan menjadi huru - hara, dan tidak terkawal.
Itulah keadaannya, orang seda berdemo ISA. Mereka berarak ingin meluahkan perasaan semata - mata menentang ISA. Satu undang - undang yang menafikan hak rakyat. Mereka berhimpun dan berarak secara aman. Mereka berarak bersama isteri dan anak - anak. Mereka tidak membawa sebarang senjata kecuali senjata sulit. Mereka tidak melawan. Mereka hanya meluahkan perasaan sebagai rakyat yang tidak puas hati. Itu sahaja.
Tetiba ada kumpulan budak bertopi merah, siap dengan belantan, melontarkan gas pemedih mata dan memancutkan air limbah dengan trak yang dibeli oleh duit rakyat. Sudah pasti keadaan menjkadi huru - hara. Rakyat akan bertempiaran. Kalau tak caya, cuba semburkan gas pemedih mata ke mata Si Topi Merah atau Menteri yang berkenaan. Jika dibiarkan demonstrasi itu berjalan, nescaya, peniaga akan mendapat keuntungan. sebab berjalan kai meletihkan, dah pasti makanan dan minuman banyak dibeli. Jika dikawal secara aman, nescaya tiada apa - apa berlaku. Yang sebenarnya menghuru - hara adalah si Topi Merah dan pemberi arahannya. Mungkin ini golongan yang dijangkiti virus menyukai keganasan dan melihat orang lain susah.
Allah memberi kita otak dan akal untuk berfikir. Allah juga menjadikan binatang yang berotak tetapi tidak berakal. Jika melihat alam haiwan, ada haiwan yang suka mengganggu dan menggugat orang lain untuk mencari rezeki. Ada juga haiwan yang tidak cara dan mengganggu haiwan lain. Contohnya harimau akan menyerang sekawan pemaun yang sedang memakan rumput.
Di dunia manusia juga sama. Di atas alasan mencari makan, ada golongan yang akan merosakkan masyarakat dan ketenteraman atas alasan menjaga periuk nasi. Banding dan fikirlah sendiri. ADAKAH KITA GOLONGAN INI?

AdukaTaruna: Gua rayu derma sket la geng...

AdukaTaruna: Gua rayu derma sket la geng...