BLOG INI TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA - MANA PARTI POLITIK DAN IDEOLOGI SAMADA DEMOKRASI, SOSIALIS, FASIS, KAPITALIS, FEUDALISM SERTA KOMUNISM BLOG INI MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP. BLOG INI BERHAK MENGKRITIK DAN MENGULAS ISU - ISU DAN MENCIPLAK DARI MANA - MANA PENULIS. SESIAPA YANG TERSINGGUNG DAN BERKECIL HATI, BACALAH DENGAN FIKIRAN TERBUKA.
Wednesday, September 18, 2013
SUMPAHAN IKAN KEKACANG SIRI KE DUA
Dalam pencarian kepada ikan kekacang, pelbagai versi pelbagai berita... bukanlah ingin mempercayai tahyul yang membawa syirik... Tetapi mungkin sifat semulajadi manusia, bersifat dengan perasaan ingin tahu. Sekadar perkongsian di alam maya.
Kisah larangan ikan kekacang yang dipesankan dari keturunan ke keturunan. Meninggalkan banyak tanda tanya....
Versi dari Kelantan... Khabarnya Sumpahan ini bermula dari insan bernama Syed Hussein JamadilKubra... seorang ulama' yang hampir karam kapalnya di pesisiran pantai Kelantan. Beliau berdoa mohon bantuan dar Allah dan bernazar akan mendirikan masjid, dan banyak ikan kekacang datang menolak kapal tersebut ke tepian pantai. Dari peristiwa ini beliau berdoa keturunan beliau dilarang makan ikan kekacang... Wallahu'alam...
Khabarnya, dari peristiwa tersebut maka terbinalah Masjid Kampung Laut.
Begitulah riwayat kisahnya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)