Thursday, January 29, 2009

GAZA DAN MELAYU







UNTUK PARA SYUHADA' YANG TERKORBAN, MOGA ALLAH MENEMPATKAN MEREKA BERSAMA DI KALANGAN PARA SYUHADA' YANG TERDAHULU.
Kita di Malaysia, sudah menjadi budaya orang Islam, 'Hangat - hangat tahi ayam'. Isu yang dilihat hanya menjadi umpama angin lalu sahaja. Berapa ramai yang sanggup turun padang bekerja, kebanyakan hanya menjadi bahan sembang kosong di kedai kopi. Bila bercerita seolah - olah mereka lah yang banyak menyumbang dan berderma. Seolah - olah tak lena tidur kerana derita rakyat Gaza, Palestin. Tetapi malangnya merekalah golongan yang beromong kosong. Tak pernah terluka hati kerana Palestin. Golongan ini masih sibuk dengan agenda diri sendiri. Sibuk dengan hiburan. Mewah makan - minum di hotel - hotel besar. Bershopping di gedung - gedung besar. Itulah bangsaku. Bila diminta sumbangan mereka ini akan lari terlebih dahulu dan mencemuh orang lain. Sedih daku melihat golongan - golongan seperti ini.

GAZA dan Palestin bukan cerita baru. Kita kena faham perjuangan di Palestin adalah perjuangan kita semua. Perjuangan umat Islam adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam lain membantunya. Perjuangan membebaskan Al - Quds adalah kewajipan yang mesti kita tunaikan. Doa mestilah menjadi kemestian bagi kita semua. Menyahut seruan boikot mestilah dengan sedaya mampu. Menjatuhkan ekonomi Yahudi adalah salah satu matlamat umat Islam. Bersekongkol dengan mereka adalah satu perbuatan pengkhianat walaupun apa alasan sekali pun.

Derma dan sumbangan kepada Palestin mestilah dijadikan satu disiplin. Bukan sekadar hangat - hangat tahi ayam. Gaza telah hancur, tiada apa yang tinggal untuk mereka. Segala kemudahan asas seperti sekolah, hospital, bekalan air dan elektrik semuanya telah musnah. Menjadi tanggungjawab kita memebantu sedaya upaya. Kejarlah ganjaran yang dijanjikan kepada golongan Ansar apabila Muhajirin tiba di Madinah. Ambil tahu dan berkorban untuk umat Islam yang berada dalamn kesusahan adalah kewajipan kita. Jangan sampai nanti Rasulullah menafikan kita bukan dari kalangan umatnya di Padang Masyar kelak.
Bersedekah dan sumbangkan ke Gaza, Palestin. Pasti Allah akan memberi ganjaran terbaik untuk kita. Insya'allah. Sumbangan boleh disalurkan ke Global Peace Malaysia atau Aman Palestin. Moga Allah membalas dengan ganjaran yang lebih baik.
Tekadkan di dalam hati, DERITA PALESTIN DERITA KITA JUA.
ALLAHU AKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHU AKBAR.