Tuesday, July 14, 2009

PAS MENANG DI MANEK URAI, UMNO SEDIAKAN ALASAN

Kesibukkan mencari rezeki menyebabkan aku ketinggalan. Semasa pengisytiharan kemenangan PAS di Manek Urai, aku masih di lebuh raya mencari jalan pulang. Bukan untuk mencari kekayaan tetapi sekadar rezeki untuk hidup, menampung keluarga. Tidak seperti sebahagian ahli politik, ada yang berlipat - lipat ganda tabungan di bank. Ada juga yang mengharap belas kasihan dari orang lain.
PAS Menang di Manek Urai dengan majoriti 65 orang. Cukup tipis, tetapi tetap menang. Seorang tuk peraih (dakwaan Parti Keris Tak Bersarung) akan rasmi menjadi ahli politik dan mmemperjuangkan nasib rakyat Manek Urai. Akan bergelumang dengan ragam penduduk setempat. Tak kira dari Parti lawan mahupun parti sendiri. Atau dari pengundi atas pagar. Jika berjiwa rakyat, akan bergelumang dengan masalah. Jika tidak boleh berpura - pura buat kerja, cakap kena banyak (orang politik), bila sampai masa jumpa pilihanraya sekali lagi. Kalau kalah pilihanraya menang lagi, teruskan kerja macam biasa, kalau kalah dapat pencen.
Bagi ahli Parti Keris, pelbagai alasan dan dakwaan boleh dikemukakan. Mungkin gembira kerana majoriti dapat dikurangkan ataupun merasakan telah diterima oleh penduduk Manek Urai. Tetapi yang jelasnya, tetap kalah. Yang nyatanya Ketua Bahagian tidak terjejas. Peruntukkan dan projek tetap macam biasa. Tempias terasa hingga ke ahli Parti yang bersaing siang malam dengan orang atas.
Itulah ragam politik. Semua ada agenda. Ada untuk perjuangan. Ada untuk parti. Ada untuk diri sendiri. Yang nyatanya, semua ada kepentingan untuk diri sendiri. Mungkin kalau dikurangkan gaji Tok Wakil kepada RM1000.00/ bulan bersih, barulah rasanya akan kurang orang berminat nak jadi Wakil Rakyat atau nak jadi pemimpin. Atau kesalahan pemimpin perlu dihukum berat dibandingkan dengan rakyat biasa.
Musim bulan madu penduduk Manek Urai telah tamat. Tiada lagi orang berpusu - pusu. Tiada lagi orang cari rumah sewa. Rezeki dah balik kepada biasa. Orang Manek Urai boleh teruskan kehidupan untuk mencari sesuap nasi. Cuma sudah pasti ada jamuan kemenangan dan perpisahan. Maka adalah peluang dapat makan free. Itulah rezeki bila ada pilihanraya.