Sunday, August 9, 2009

ANWAR PENGKHIANAT? UMNO PENGKHIANAT?

Bergempalah laungan UMNO JB dengan gegak gempita Anwar Pengkhianat Bangsa oleh Pak Cik, Mak Cik, Mat Rempit, Bohsia, Puteri dan Pemuda UMNO. Kemudian Shahril dengan lantang mencabar Anwar supaya menyaman mereka. Laungan ini adalah sambungan dari kata - kata keramat Muhyidin, tokoh ynag digeruni dalam UMNO.
Mungkin ini strategik terbaru yang mampu difikirkan oleh para pemikir terulung parti UMNO yang dibayar gaji oleh rakyat tetapi bekerja untuk parti UMNO. Jika dilihat dari sudut hukum, gaji mereka terima adalah untuk berbakti untuk rakyat, tetapi kesetiaan mereka hanya pada Part UMNO, yang didewakan parti Melayu. Jika tidak berparti Melayu, maka bukan lah Melayu. Jika bukan Melayu yang menjadi ahli UMNO, maka dipanggil Melayu juga. Begitulah hebat dan tersohornya parti keramat Melayu yang berlambangkan Keris Tak Bersarung. Berbalik kepada gaji tadi, dari duit rakyat, sudah tentu haram hukumnya sebab tidak amanah. Mungkin lebih baik memakan daging babi dari mengambil gaji tersebut. Malangnya tiada ulama' mahupun ustaz berani berkata - kata atau berfatwa, kerana ramai ustaz dan ulama' yang berkuasa dari parti yang sama dan melakukan perkara yang sama juga.
Benarkah Anwar pengkhianat? Strategik pelabelan jika diikutkan dalam Sejarah Islam ada juga ditulis. Abu Jahal melabel Rasullullah sebagai ahli sihir, orang gila dan pelbagai lagi. Penjajah British juga melabelkan orang yang menentang mereka sebagai komunis. Amerika melabel musuh mereka sebagai pengganas. Jadi tidak hairanlah strategik ini digunakan oleh UMNO kerana mereka amat taksub kepada British, Amerika dan Abu Jahal (orang yang jahil?.
UMNO Johor patut mencari kenapa boleh kalah dalam kes Pulau Batu Putih. Rasanya Anwar tidaklah terlibat dari rundingan hingga bicaraan. Dari terlalak menjerit menuduh dan melabel orang lain.
Pulau Batu Putih telah hilang, Johor juga kehilangan 40 km dari wilayahnya. Seandainya di dalam wilayah tersewbut ada minyak atau gas, maka meloponglah rakyat Hohor kerana kehilangan hasilnya.
Raja Melayu Johor dulu berperang dan ramai rakyat negeri Johor yang terkorban. Yang terkorban tersebut mungkin, datuk, moyang @ moyet ahli UMNO yang terlalak tadi. Lebih baik cari siapa pengkhianat yang sanggup mengaku kalah dan menyerahkan Pulau Batu Putih ke Singapura.
Tetapi itulah mentaliti orang Melayu, bukan hendak mencari kebenaran tetapi mengikut sesiapa yang mampu memberi gula - gula kepada mereka.
Tetiba Anwar pula yang digelar pengkhianat. Cukup memelikkan.

lanailestari

lanailestari

CINA ISLAM (林川興): Ramai Orang Tak Perasan, berhati-hati

CINA ISLAM (林川興): Ramai Orang Tak Perasan, berhati-hati