Thursday, October 29, 2009

KUASA OH KUASA

PAS baru selesai mengadakan Mesyuarat Khas. Keputusan yang terbaik telah dipersetujui.
Timbul pula isu PKR. Bermula dengan perletakkan jawatan Jefrey Kitingan dan Christina Liew di Sabah. Tetiba wujud pula hamba allah bernama Badrul, seorang ADUN Klang keluar dari parti.
MCA pula telah selesai berbalah pemimpin mana yang lebih layak.
UMNO seperti sedia maklum, pelbagai kerenah dalaman yang tak akan dapat diselesaikan sampai bila - bila. Hanya menunggu belah sahaja, biar siapa pun yang pimpin.
Itulah ringkasan senario politik tanah air. Berpolitik tujuan asas mendapatkan kuasa. Bila mengejar kuasa, nescaya manusia akan berbuat apa sahaja. Kuasa mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah dunia. Kuasa adalah jalan untuk ke syurga mahupun ke neraka. Jadi tidak hairanlah, bila mengejar kuasa manusia sanggup berbalah dan berkelahi. Tidak hairan juga sanggup membuat lebih teruk dari berbalah dan berkelahi. Itulah penangan kuasa.
Mungkin itu sebab orang Melayu suka berpolitik. Titik mula kebaikan dan kejahatan.

Tuesday, October 27, 2009

TUK GURU ATAU USTAZ?

Politik bukan mainan daku, tetapi hak aku untuk bebas menulis, melontarkan pandangan pribadi yang entah betul atau tidak.
Hari ini PAS mengadakan EGM, sebab musababnya mungkin ramai yang dah tahu. Masalah UG @ Kerajaan Perpaduan yang tak habis - habis. Sekejap ada Sekejap tiada. Kecoh atau tidak kecoh, kita tak tahu. Berpecah atau tidak, Kita tidak tahu. Kita harapkan PAS lebih matang menyelesaikan masalah dalaman Parti.
Cuma yang kita tahu, perkara ini berlaku bermula selepas pilihan raya Mac 2008. Apabila PR menang dan berjaya merebut beberapa Kerajaan Negeri. Jika di Tahun 2004 dahulu, tak berlaku macam ini, sebab Kelantan kubu kuat PAS pun hampir tergadai. Cuma mampu menang majoriti sahaja.
Kemenangan tahun 2008, tiada siapa boleh menyangkal dan menafikan peranan Anwar yang berjaya menyatukan parti pembangkang dan menarik hati rakyat untuk bersamanya. Slogan Harapan Baru Untuk Malaysia berjaya menarik pengundi bandar yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai masalah kemiskinan, kesusahan hidup, kemeranaan sosial, kejatuhan nilai agama dan akhlak. Harapan pengundi agar mendapat peluang yang lebih baik di masa hadapan menggerakkan pen untuk memangkah Pakatan Rakyat. Bukannya sekadar memangkah dan taksub kepada PAS, PKR atau DAP semata - mata. Rakyat Malaysia mengharapkan perubahan. Jika dikaji perubahan yang ketara adalah di bandar di mana rakyat mendapat maklumat yang cukup. Sudahpasti di bandar, ketiga - tiga kaum Melayu, Cina dan India memainkan peranan penting. Di kawasan yang kurang maju pedalaman, Sabah dan Sarawak, PR tidak mendapat tempat di pensil mereka. Di kawasan pedalaman Melayu, nescaya kaum Melayu yang lebih dominan.
UMNO tahu jika dibenarkan sistem 2 parti di Malaysia, peluangnya memerintah akan hancur. Jadi gembar - gembur Kuasa Melayu Hilang digunakan. Maka slogan ini secara tidak langsung menggugat beberapa pimpinan PR terutamanya di dalam PAS sendiri. Untuk lebih menguatkan daya tarikan, Isu ancaman agama digunapakai. Ini tambah menggoncangkan pimpinan dalam PAS sendiri yang sinonim dengan perjuangan agama. Direncahkan lagi dengan tawaran jawatan - jawatan utama di dalam Negeri dan Pusat, jika dapat bergabung. Secara tidak langsung, kempen ini mampu menarik PAS untuk menjenguk dan berbincang samada secara terbuka mahupun sulit.
Dan akhir - akhir ini, digemburkan lagi seolah - olah Anwar ingin mendominasi PAS di bawah telunjuknya. Kaedah keasobiyyahan parti dan menaikkan emosi digunakan.
Sedar tidak sedar ahli PAS di bahagian dan peringkat bawah, makin keliru. Berpecah dua, memilih pemimpin yang mereka sanjung. Itu sebab di dalam Islam kita tidak dibenarkan menyanjung pemimpin secara keterlaluan, tetapi mengikut selagi benar.
2 pihak saling serang menyerang, sehingga lupa isu yang sebenar.
Isu yang sebenar bagi PAS ialah menentang rasuah, nenegakkan Negara Kebajikan, menentang kronisme dan bla - bla lagi. Bukannya berpakat atau berunding dengan UMNO. Formula penggabungan ini pernah dilakukan oleh PAS, tetapi malangnya gagal. Apakah ada jaminan penggabungan kali ke 2 boleh berjaya? Lihatlah realiti sendiri. PAS tidak berjaya tanpa PKR dan DAP, jadi mengapa perlu bersengketa dan menyalahkan pimpinan orang lain. Politik tetap politik, perlu setia kawan kalau nak berjaya. Gabungan PR dah berjaya ke peringkat ini, malangnya ramai pimpinan PAS masih di takuk lama. Tidak tahu berpolitik tetapi hanya tahu mencari glamor dan popular. Jika PAS kata PKR dan DAP tidak bersih, apakah PAS lebih bersih dan suci. Apakah salahnya tunjuk dan bimbing PKR dan DAP ke jalan yang lurus? Atau apakah ramai ahli PAS sendiri yang tidak bergelumang dengan najis tetapi ditutup dengan suratkhabar.
Cara yang terbaik, PAS kena menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menunding kesalahan kepada orang lain. Tak perlu salahkan Anwar. Sedar atau tidak ramai YB PAS yang dapat menjadi YB adalah hasil idea Anwar. Sudahpasti YB tersebut makan hasil dari keringat dan jasa Anwar secara tidak langsung. Dan tak perlu salahkan DAP. Kerana DAP sememangnya dipelopori oleh Kafir yang tak tahu agama Islam. Mungkin PAS mampu berdakwah dan mendidik PKR dan DAP.
Kembalilah PAS kepada PR dan bekerja untuk rakyat. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga rakyat naik cuak. Isu sebenar ialah Rasuah, penyelewengan dan kerosakkan agama serta moral. Kalau tidak nilai anda sama dengan UMNO, biarpun anda seorang TUK GURU ATAU USTAZ.

Monday, October 26, 2009

PERTAHANKAN UNDANG JENAYAH SYARIAH.

Ramai rakyat suka berpolitik, tetapi tidak tahu apa matlamatnya. Ramai orang Melayu Islam berpolitik kerana suka - suka, bukannya kerana perjuangan atau matlamat. Jika masuk UMNO, berpolitik untuk mencari kekayaan. Jika masuk PAS atau PKR berpolitik kerana tak puas hati kepada UMNO. Sebab apa kita berpolitik, ramai yang tak tahu. Akhirnya keasobiyyahan berparti menjadi melampau. Di dalam parti perebutan kuasa dan pengaruh tidak dapat dielakkan.
Sedangkan kita lupa, ada perkara yang tidak boleh dipolitikkan kerana ianya adalah hak orang Islam di Malaysia. Mungkin isu Kartika digembar - gemburkan sebagai isu Negeri Pahang dan Kartika. Pahang pula Negeri pimpinan di bawah Kerajaan UMNO, BN, jadi ramai orang politik PR tak nak bagi komen. Tak nak campurtangan. PKR, sudahpasti dalam perkara begini akan menjauhi diri untuk memberi komen. Alasannya menakutkan kaum bukan Islam. Nanti akan hilang undi. PAS juga sedang bertembung dengan kemelut politik dalaman, sudah pasti akan mengambil sikap lebih senyap. Lagi pun kalau beria - ia menyokong secara tak langsung seolah - olah menyokong Kerajaan UMNO di Pahang.
Mungkin ramai yang tidak tahu, gerakan untuk meliberalkan Islam di Malaysia sedang giat berjalan lancar. Yang terlibat juga bukannya calang - calang. Pengaruh mereka besar dan berhubung baik dengan pimpinan negara. Gerakan Islam Liberal memang telah berkembang biak di Indonesia. Tidak hairan kalau di Indonesia, pelbagai fikiran dan pendapat yang memeningkan kepala tentang Islam. Kalau dah sampai Indonesia, nampak gayanya pengaruh mereka akan terus maju dan berkembang cepat pula di Malaysia.
Gerakan Sister in Islam dan pelbagai lagi yang berselindung di bawah nama gerakan feminisme, hak asasi semuanya hanya bermatlamat satu untuk meliberalkan Islam di Malaysia. Dengar khabarnya Undang Jenayah Syariah ini sedang cuba digantikan dengan Undang Moral sahaja. Sudahpasti kaum bukan Islam akan menyokongnya. Ini dapat kita lihat dari kenyataan Majlis Peguam sendiri.
Isu Kartika hanya pencetus, rahmat yang Allah berikan kepada kita agar berwaspada. Umat Islam hendaklah bersatu tanpa mengira fahaman politik dan parti.
Di Malaysia, untuk melaksanakan Undang - undang Allah iaitu Hudud, masih jauh perjalanannya. Apa yang mampu dilakukan hanya melaksanakan Undang - undang Jenayah Syariah(UJS). UJS pula hanya diwartakan dalam Enakmen Negeri sahaja. Tidak semua kesalahan ada di dalam UJS. Kebanyakan jenayah akan dibicarakan di Mahkamah Sivil sahaja.
Skop UJS hanyalah berkaitan akidah, kesucian agama Islam, berhubung rukun Islam, arak dan judi, Seksual, Kesejahteraan awam. UJS ini pun hanya sekadar memenuhi Skop Perlembagaan mengenai Hukum Syarak (Sen. 2 Jadual 9). Dan yang lebih malang lagi dengan skop yang kecil ini pun masih ada golongan Islam dan Bukan Islam yang ingin menentangnya. Penentangan mereka juga mendapat sokongan Menteri yang tak faham seperti Shahrizat dan Hishamuddin, manusia yang hanya mendapat didikan barat tanpa didikan agama. Ini yang lebih mengharukan.
Kenyataan Prof Aziz Bari mneyedarkan kita, bagaimana nak melaksanakan Undang - undang Allah, sedangkan majoriti dan ramai Umat Islam yang masih tidak bersembahyang, tidak puasa, tidak menunaikan zakat. Masih ramai Umat Islam hanya tahu memenuhkan perut sahaja. Apa mereka peduli tentang Undang - undang Islam atau Jenayah Syariah.
Mungkin yang banyak melakukan kesalahan seperti minum arak, berzina, tidak sembahyang, tidak berpuasa ini akan lebih gembira kerana tiada hukuman untuk mereka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Bagi umat Islam di Malaysia, hanya Undang - undang Jenayah Syariah ini sahaja yang ada dan mampu dilaksanakan sekarang ini. Mungkin ada yang berpendapat kalau PAS memerintah, Hudud boleh dilaksanaka. Sebenarnya bukan semudah itu. Di Malaysia, sistem yang ada, perlembagaan adalah yang paling tinggi. Apa - apa hanya boleh diubah melalui perlembagaan. Faham - faham sahajalah, bukan semudah itu untuk mengubah Perlembagaan. Mungkin bermadah di pentas politik lebih mudah.
Kepada Umat Islam Melayu, bersatu dan berpadulah tanpa mengira fahaman politik, pertahankan Undang - undang Jenayah Syariah. Hanya kuasa yang sedikit ini yang tinggal untuk mempertahankan kesucian agama. Jika ini juga diambil dan ditiadakan, maka tidak mustahil tiada apa-apa lagi untuk kita.
Mungkin bagi bukan Islam, mereka lebih suka kerana dengan tiada UJS lebih mudah merosakkan anak - anak orang Islam. Sedangkan kita tahu banyak anak gadis yang mengandung anak luar nikah yang berbapakan bukan Islam.
Umat Melayu Islam hendaklah memberi sokongan di dalam hal ini, agar Tuk Jib dan puak yang menentang tak berani campurtangan. Ini adalah soal aqidah kita, bukannya soal serpihan dan cabangan. Sokongan kepada Jabatan Agama Islam melaksanakan kerja - kerja mereka tanpa campurtangan politik.
Campurtangan Ketua Agama (Sultan) juga hendaklah lebih jelas kerana UJS adalah dibawah Kuasa Negeri, penghinaan kepadanya adalah menghina Institusi Raja juga.
Mungkin Shahrizat dan SIS terlupa yang ia sedang menghina Raja - raja Melayu.

Friday, October 23, 2009

PAS KAHWIN UMNO

Saranan TG Nik Aziz agar diadakan EGM, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menyanggah. Itulah adat berpolitik. Ada yang setuju ada yang tidak. Berpolitik juga mesti ada penyokong masing - masing. Itulah Dunia politik, penuh dengan tipu muslihat, penuh dengan ragam.
Ke arah mana PAS? Hanya Allah yang lebih mengetahui. Mungkinkah PAS selepas ini akan berpecah, dan melahirkan parti baru, juga Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Senario sekarang jelas membuktikan PAS terbahagi kepada 2 golongan. Dah ketara sangat, tak boleh berselindung lagi.
Ada yang lebih kepada PR dan ada yang lebih kepada UG. Mungkin seribu penafian boleh dibuat, tetapi itulah yang dilakunkan sekarang. Rakyat menilai dengan penuh minat.
Mengapa ingin bersama UG, hanya mereka yang tahu agendanya. Mengapa bersama PR, mereka juga yang tahu agendanya. Seperti biasa ada sahaja ayat Quran, nas dan dalil, dikemukakan. Tetapi niat yang sebenar,mereka yang lebih arif.
Mungkin nasihat kepada pimpinan PAS, janganlah syok sendiri. Sedarilah siapa musuh anda yang sebenar.Janganlah merasakan diri anda sudah kuat.
Bila PAS ditubuhkan, jalan politik telah dipilih. Sudahpastinya KUASA yang dicari. Bodoh sangat orang politik tidak mencari kuasa. Kalau sekadar nak jadi calun pilihanraya, buat apa nak berpolitik. Kalau alasan nak sebarkan dakwah, beribu - ribu cara lain boleh dibuat. Kalau sekadar masuk bertanding dan nak kalah, rasanya bubarkan sahaja Parti. Itu lebih baik.
Aku ini orang awam, bahasa aku bahasa jalanan. Aku minta maaf kalau Tuk - tuk Guru terkecil hati. Tetapi Tuk Guru kena ingat juga, sebab undi aku tetap sama dengan undi Tuk - tuk Guru juga.
PAS kena lebih open-minded, bukan bermakna gadai prinsip tetapi kena lebih bijak. Musuh PAS yang sebenar adalah UMNO. Sebab apa, sebab kedua - duanya Parti Melayu. Kalau UMNO kuat, PAS kalah. Begitu juga sebaliknya. Salah satu kena mengalah. Jadi kalau PAS kahwin UMNO, habislah. Tak adalah pilihanraya. Hilanglah keseronokkan berpolitik.
Mungkin itu yang difikirkan oleh pimpinan PAS, itu yang beria - ria sangat nak bergabung.
Sepatutnya PAS kena lebih konsisten kepada perjuangan membanteras rasuah, keadilan Islam di bumi Malaysia dari duk bercakaran sesama sendiri.

Wednesday, October 21, 2009

PAS MELENTING BILA TG HADI DIKRITIK

Teguran Prof. Aziz Bari di dalam Sinar Harian memang pedas. Lagipun Sinar harian dibaca oleh semua pihak samada dari UMNO, PAS dan PKR. Saya pun terkejut apabila membaca kenyataan terbuka Aziz Bari kepada Presiden PAS, TG Haji Hadi. Dan ramai orang PAS telah menjawabnya, mempertahankan kepimpinan TG Haji Hadi. Biasalah, anak buah akan mempertahankan pimpinannya. Tak akan nak hentam TG Haji Hadi pulak. Cuma alasan yang diberikan boleh diterima rakyat atau tidak, itu perkara kedua.
Saya sebagai pemerhati bebas, rasanya tak layak nak bagi komen membenar atau menentang. Cuma pendapat orang awam, bukannya kepimpinan parti. Tetapi undi saya tetap sama dengan undi TG Hj Hadi dan Prof Aziz Bari.
Kenyataan Aziz Bari, dicetuskan oleh TG Hj Hadi dan kepimpinan PAS sendiri. Ini dilihat dari pelbagai masalah yang timbul dari PAS Selangor khususnya Hassan yang sering menimbulkan kekacauan. Di atas nama apa pun, jika kita telah berpakat, janji diutamakan. Rentetan bermula dari kemenangan PR di Selangor. Siapa yang duduk semeja dengan Khir Toyo, berbincang? Tak yah sebut nama, semua orang tahu.
Jika timbul pilihan raya kecil, mesti ada kontroversi dari orang tersebut. Dan terakhir sekali sebelum Bagan Pinang, dia buat kontroversi.
Rakyat awam melihat kelemahan pada pucuk pimpinan PAS, TG Haj Hadi atau Majlis Ulama'nya. Itulah pandangan rakyat, orang awam. Bukan dari kategori orang yang mengaku diri mereka ulama'.
Jika ada kelemahan, perlu ambil tindakan. Tetapi TG Hj Hadi gagal mengambil tindakan ke atas Pesuruhjaya yang beliau sendiri lantik. Teguran secara sembunyi, mana ada orang nampak. Kalau dah tegur, ngapa buat lagi.
Rasanya tak salah Prof Aziz Bari melontarkan pandangan beliau. Sebab sebelum ini banyak pandangan beliau yang menyokong PAS. Jika PAS melenting, nampak gayanya PAS lebih teruk dari UMNO. Tak boleh ditegur, tak boleh dikritik. Rupa - rupanya begini kepimpinan Ulama'. Selalu merasa diri mereka yang terbaik, tetapi dipandangan masyarakat taraf mereka lebih teruk.
Mungkin ini ujian Allah, samada PAS mampu menjadi pemimpin yang baik atau hanya layak berselindung disebalik kepimpinan Islam sahaja.
Kepada pimpinan PAS, ulama' dalam PAS, cerminlah diri sebelum melatah. Ingatlah taraf kita bukan taraf sahabat.
PAS telah berkecimpung lama dalam politik, malangnya tak belajar apa - apa. Rasa syok sendiri sahaja. Tua bukan bermakna berilmu. Ramai orang Tua yang sesat. Itu sebab UMNO mudah mempermainkan PAS. Dan bagi mereka PAS lawan yang mudah untuk mereka.

Tuesday, October 20, 2009

DEKLARASI ‘PERMUAFAKATAN SERAMBI MEKAH’

DEKLARASI ‘PERMUAFAKATAN SERAMBI MEKAH’

‘Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang’

ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفاكأنهم نبينامرصوص
Sesungguhnya Allah amat menyukai orang –orang yang berjuang di jalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun:kukuh (Ash-Shaff:4)

Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satudan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku. ( Al-Anbiyaa’: 92)


Dengan ini ;
Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia di Kota Bharu , Kelantan pada 15 – 16 Syawal 1428 / 27-28 hb Oktober 2007 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dan Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) dan disertai 500 orang perwakilan dari 78 Pertubuhan-Pertubuhan Islam peringkat Negeri dan Kebangsaan telah bermuafakat bahawa :


Menyedari bahawa seluruh pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sebagai golongan yang lebih dipertanggungjawabkan untuk membela agama Allah. Oleh itu sewajarnya kita terus memikul tanggungjawab memandu, memimpin serta membimbing umat agar jelas dengan visi dan misi untuk membangun bersama Islam dan menghayatinya dalam kehidupan yang diredhoi oleh Allah.

Memahami bahawa tugas Pertubuhan-Pertubuhan Islam amat berat terutama dalam keadaan cabaran semakin bertambah. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam s perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan disamping banyak memahami dan menganalisis permasalahan umat semasa. Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bijaksana dalam merancang, menjana program tindakan untuk dilaksanakan.

Menginsafi bahawa umat sedang menghadapi berbagai masalah dan cabaran sama ada berbentuk lokal atau global. Sikap ulama dan umat haruslah terus positif bahawa tiada masalah yang tidak dapat ditangani dan diatasi asalkan semangat berjihad dan berkorabn untuk Islam disuburkan . Sikap pertama yang harus dipupuk ialah melihat masalah itu sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang.

Mengingati bahawa dalam Pertubuhan-Pertubuhan Islam masih wujud kelemahan dan kekangan yang perlu diatasi segera, kelemahan tersebut termasuk kekurangan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran beroganisasi, keengganan berjuang dalam wadah Ulama’ kerana kepentingan masing-masing. Akibatnya berlaku pengabaian usaha membasmi kejahilan umat. Ulama’ berpecah, umat sengsara dan parah.

Mewaspadai taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam melalui pelbagai cara sama ada secara terang atau tersembunyi, bersikap lokal, nasional atau global. Maka, para Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bangkit, bertindak, menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan intergriti serta berusaha secara jama’i menghadapi tantangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.

Mengambil perhatian bahawa ukuran kejayaan sesuatu usaha Pertubuhan-Pertubuhan Islam bukan terletak kepada semangat dan laungan semata-mata, bukan hanya menghasilkan resolusi demi resolusi tanpa tindakan yang berkesan. Para aktivis, Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan pendokong mereka seharusnya berganjak ke suatu paradigma baru yang menekankan strategi bertindak secara rapi , perlaksanaan secara konsisten , mendepani seteru Islam secara berani dan yakin dan membina barisan amilin secara berterusan.

Meneliti bahawa perkembangan muktakhir umat Islam di rantau Palestin, Iraq dan Afganistan terus bergolak angkara tindakan musuh Islam dan kuasa penjajahan disamping kelemahan dalaman umat. Umat Islam seluruh dunia perlu bertindak membantu dan membebaskan saudaranya yang dizalimi.

Mengingati usaha untuk memperkasakan Ummah perlu komitmen berterusan dan dan meningkat. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan anggota mereka serta Ulama’ dan Umara’ perlu membantu dan bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan mengelakkan perselisihan yang merugikan umat.

Menginsafi bahawa usaha untuk mencerdaskan umat perlu bermula dengan pendidikan dari peringkat paling dasar hingga ke tahap yang tertinggi, membangun intelektual, membina budaya ilmu, budaya Iqra’ dan menghayatinya dalam kehidupan.

Memahami bahawa status umat masa kini dilihat dari perspektif nasional dan global belum menampakkan kesatuan yang kukuh dan mempunyai kekuatan dari segi rohani, spiritual, dan intelektual Maka usaha berterusan perlu digandakan untuk membantu keadaan yang masih gawat.

Menghayati bahawa tugas murni para aktivis dan pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sejak dulu, kini dan selamanya sentiasa berusaha mencerdaskan diri dan umat, menambah ilmu, menegak dan menghayati syariah dan akhlak Islami, melaksanakan amanah Allah serta ikhlas membangun umat secara jama’i.










Maka Kami dari Pertubuhaan-pertubuhan Islam Beriltizam dan Bermuafakat :

1. Meningkatkan keberkesanan gerakkerja Pertubuhan-Pertubuhan Islam masing-masing demi menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam di negara ini khususnya dan dunia ini amnya.

2. Menggabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan-pertubuhan Islam dalam suatu saf gertakerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk mengangkat martabat umat dalam seluruh bidang kehidupan.

3. Menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai wadah pemersatu ummat dan benteng mempertahankan izzah serta kesucian Islam dari segala ancaman musuh.

4. Mengikis segala sikap dan amalan yang merugikan ummah dalam mendaulatkan Islam dikalangan wadah-wadah Islam samada dalam tindakan individu atau kumpulan. Seluruh anggota aktivis dan kepimpinan organisasi Islam perlu saling menghormati ,mengukuh dan meningkatkan kerjasama yang efektif demi kecemerlangan Islam.

5. Sentiasa berwaspada dalam menghadapi strategi musuh untuk mengadu domba dan melemahkan organisasi Islam. Semua kepimpinan Islam perlu mengukuhkan persepakatan dalam mengenali gerak geri musuh.

6. Membina suatu imej yang sentiasa menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai pembawa mesej penyayang , penegak keadilan dalam sosial dan hak demokrasi kepada segenap masyarakat samada Islam dan bukan Islam.

7. Sentiasa memberi keutamaan kepada pembinaan syaksiah dan nilai hidup muslim yang sejati melalui pendekatan tarbiyah dan dakwah berkesan kearah mewujudkan model-model masyarakat Islam yang dapat dicontohi.

8. Sentiasa menggerakan usaha untuk menjadi pembela kepada hak masyarakat yang tertindas dan terpinggir dari proses pembangunan demi mengembalikan kesejahteraan dan kesaksamaan sosial.

9. Membina jaringan dan penggabungan sumber tenaga dan material untuk membenteras gejala sosial sehingga ke akar umbi.

10. Mengusahakan gerakerja yang dapat memurnikan kepimpinan politik negara melalui pendidikan awam berkaitan prinsip dan kewajipan politik di dalam Islam.

11. Sentiasa bergabung tenaga dalam mengarus perdanakan proses menggangkat kepimpinan ulama’ dalam proses pembinaan negara.

12. Menggiatkan usaha yang lebih tersusun, terancang dan berkesan dalam mengukuhkan status dan kekuatan ekonomi ummat dalam seluruh bidang termasuk pertanian, perkhidmatan, perindustrian dan pengeluaran demi melahirkan masyarakat Islam yang mandiri.

13. Sentiasa meningkatkan pengembelengan usaha untuk gerak kempen pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa dari segenap peringkat.

Allahu Akbar.

UMNO DAN KOMUNIS

UMNO adalah Parti yang menentang sekeras - kerasnya apabila Chin Peng berhasrat untuk pulang ke tanah air Malaysia. Habis di carinya veteran askar Melayu, SC, Jungle Squad dan entah apa - apa lagi Squad serta orang kampung. Diceterakan kembali nostalgia zaman komunis. Penderitaan dan kesempitan hidup. Sehingga ada Mak Cik yang sedih sangat dan nak menambah kesusahan sehingga masalah tiada kereta di zaman tersebut diungkitkan. Bab sedara mara kena bunuh dengan kejam diwar - warkan dalam media UMNO. Kesusahan wira - wira perang ditokok tambah. Begitulah UMNO bila nak menunjukkan betapa kejamnya Komunis.
Yang hairannya apabila Tuk Jib menyembah Negara China, tak ada siapa kata apa - apa. Kononnya atas alasan ekonomi, dilupakan sahaja terus segala penderitaan. Yang terbaru Pemuda UMNO pula tubuhkan seketariat bersama dengan Liga Komunis, tiada siapa yang berbunyi.
Mana pergi Veteran perang, wira negara, penduduk kampung yang susah sangat, keluarga yang menderita kerana sedara mara terbunuh.
Tak akan lah bodoh sangat wira - wira negara sehingga tak tahu, Negara China itu berfahaman Komunis. Dan mereka juga pengembang ideologi komunis. Mereka juga penyumbang kepada Komunis di Tanah Melayu dahulu.
Itulah UMNO yang memang suka memperbodohkan dan membiarkan orang Melayu terus bodoh. Sebab orang bodoh mudah ditipu. Orang bodoh senang dikelentung. Itulah bangsa UMNO.Selagi menguntungkan mereka dibolehkan. Jika tidak menguntungkan mereka biarpun perkara itu betul, tetap salah dan ditentang.

Monday, October 19, 2009

TUK JIB DAH TAK ADA IDEA

UBN buat kelakar lagi. Ingat ini filem ke. Kalau nak berpolitik, biar lah betul - betul. Jangan main ceduk idea orang je.
Hari ini bagi cuti 16hb September, cuti umum sempena Hari Malaysia.
Kah, kah, kah. Carilah idea lain.
Semua orang tahu ini idea Anwar Ibrahim. Kata - kata itu, telah dibicarakan oleh Anwar lama dulu. Jadi tak yah lah Tuk Jib nak ciplak atau plagiat. Kalau dah tak ada idea sangat, bagi je kat Anwar jadi PM. Tak yah lah tiru - tiru. Cukup memalukan bagi pemimpin, meniru orang lain.
Rasanya apa pulak nak ditiru lagi. Moga berjaya menjadi Copy Cat terbaik

Thursday, October 15, 2009

BAGAN PINANG DAN PERHIMPUNAN UMNO

Kebetulan atau disengajakan, himpunan parti UMNO selepas kemenangan bergaya di kubu sendiri, Bagan Pinang. Mungkin jika Himpunan diadakan selepas Permatang Pasir atau Kuala terengganu, mungkin nada dan jeritan berbeza dari Tuk Ketua.
Secara tak sengaja, terdengar juga suara Tuk Ketua, kerana aku tiada saluran lain untuk ditonton, hanya bergantung kepada siaran percuma sahaja yang sudah pastinya milik Sang Penguasa. Jeritan tuk Ketua yang sempat didengar, HIJRAH, BERSIH. Nak tergelak kerana lawak Internasional sempena Deepavali. Siapa yang nak Hijrah, siapa yang nak BERSIH. Rasanya kalau nak berhijrah, atau nak berbersih dah pastinya bukan UMNO parti pilihan. Jeritan Tuk Ketua, UMNO bukan parti cari makan!. Habis tu kalau masuk UMNO bukan sebab nak cari makan, nak cari apa lagi? Mungkin nak cari PUTERI UMNO yang comel - comel untuk berskandal kot.
Sebut nama UMNO, semua orang tahu, ahli UMNO mahupun bukan. Apa tujuan masuk UMNO, kalau kata nak perjuangkan bangsa, kata - kata gurauan sahaja. Kalau nak perjuangkan bangsa, mana perginya martabat Bahasa Melayu. Mana perginya biasiswa untuk anak orang Melayu? Belum ditambah lagi dengan kerosakkan anak orang Melayu dari segi sosial, akidah dan pelbagai gejala negatif. Hanya istilah B**** sahaja yang layak digunakan untuk manusia yang masuk UMNO kerana perjuangan bangsa.
Tuk Ketua jerit lagi, HIJRAH dan BERSIH. Kalaulah ahli UMNO berhijrah, dari buruk menjadi baik. Tak nak terlibat dengan benda haram dan syubahat. Nak lebih jadi wara'. Buang sifat yang negatif. Nescayalah, parti UMNO akan kekurangan ahli. Sebab bila dah berilmu, berpendirian, mencari keredhoan Ilahi, tidak ingin bersyubahat, tak nak yang haram, yang pastinya mereka tak sanggup lagi duduk dalam UMNO. Terlalu banyak pincang dan busuknya. Lepas ini mungkin Tuk Ketua dan ahli terhormat sahaja yang ada dalam UMNO. Yang lain akan berhijrah ke parti lain.
Tuk Ketua pun tahu, beliau hanya berpolitik, bukannya sungguh - sungguh. Sekadar berlawak dan berlakun. Maklum sahaja bukannya senang nak berucap berkobar - kobar, berapi - api macam bapak Sokarno. Bukan sahaja Tuk Ketua tetapi ahli UMNO pun tahu apa yang dimadahkan hanya gurauan setiap tahun semasa berhimpun. Itu sebab di malam hari, Kelab malam di sekitar kawasan berhimpun tetap jadi tumpuan. Inilah masanya berhimpun sambil berhibur. Lari dari masalah rumahtangga, masalah anak - anak dan masalah apa - apa sahaja.
Dalam Tuk Ketua terjerit - jerit pasal HIJRAH dan BERSIH, Tuk Ketua Muda tak nak ketinggalan juga. Isu biasa 'TENTANG ANWAR JANGAN JADI PM'. Tuk Ketua Muda berkelulusan luar negara tetapi masih sama pemikiran dengan Orang kampung yang tak sekolah. Kalaulah PR menang pilihanraya, Siapa Tuk Ketua Muda nak halang beliau jadi PM. Mungkin Tuk Ketua Muda cuba mencetuskan huru - hara. Kalau dia sanggup tiada siapa yang boleh menghalang.
Walaubagaimanapun rakyat tetap terhibur dengan lakunan sinetron oleh pelakun amatur ini. Tahniah dan SELAMAT BERHIMPUN.

Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG: ISYARAT RAKYAT?

Bagan Pinang, telah diketahui keputusannya. Samaada suka atau tidak, keputusannya telah ada, ISA SAMAD @ Doraemon, telah berjaya menjadi YB sekali lagi. Biarpun dikecam oleh bekas pimpinan No Wahid UMNO sendiri, namun pengundi Bagan Pinang tetap memilih dan menyayangi beliau. Kesimpulannya terpilihlah beliau menjadi YB dan ADUN Bagan Pinang.
Sudah pasti kedua - dua parti akan membuat post - mortem. PAS akan berpost mortem kekalahan, sementara UMNO berpost mortem kemenangannya.
Seperti biasa politik tetap politik, UMNO terus mendabik dada inilah kebangkitan UMNO dan sokongan rakyat telah pulih ke atas partinya. Ini membuatkan ramai penganalisis politik telus tergelak. Tak akan kerana menang di Bagan Pinang, boleh diandaikan sokongan rakyat telah kembali. Kita tahu NS adalah antara kubu UMNO. Melayu NS, Melayu yang kuat UMNOnya. Mungkin adat perpatih telah mengongkong Melayu NS dan tidak kreatif dalam politik. Melayu NS hidup dengan adat. Maklum sahajalah Adat Perpatih juga berbeza dengan Adat Melayu Negeri lain dan banyak bertentangan dengan Hukum Islam sendiri. Jadi tidak hairanlah Melayu NS Melayu yang toat kepada UMNO. Takut nak buat perubahan, takut kepada perkara baru, kurang dinamik kerana terlalu dikongkong oleh adat yang tak tahu hujung pangkalnya. Itulah Melayu NS.
Jika UMNO menang di NS tak bermakna UMNO akan menang di Perak, Kedah, selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Undi rakyat kepada UMNO kerana konsep Waghih Kito sahaja, bukannya kerana benar atau salah. Sebab kalau nak kira salah, semua orang tahu ISA memang perasuah. Najib juga mengiakannya. Mana ada orang NS tak tahu Tragedi Bukit Pelanduk? Siapa yang terlibat? Siapa yang untung? Tetapi atas dasar Waghih, jadi pangkahlah juga ISA.
Bagan Pinang bukan penentuan? Kalau nak buat penentuan, rasanya Perak boleh dibuat ukuran. BUBARKAN DUN PERAK, mungkin itu petunjuk jelas sokongan kepada siapa?
Rasanya BN masih belum berani nak BUBARKAN DUN. Takut Zambry tak rasa pula nak jadi MB dah.

Friday, October 9, 2009

WARGA BAGAN PINANG: UNDI PAS TANDA PANDAI BERPOLITIK

Khusus Untuk Warga Bagan Pinang,
Esuk adalah hari pengundian Warga Bagan Pinang. Samada nak pilih PAS atau UMNO. Nak pilih PR atau BN. Nak pilih Zul atau Isa. Wagna Bagan Pinang akan menentukannya. Caranya amat mudah, pergi ke Pusat Pengundian dan Pangkah mana yang berkenan. Mudah sangat. Biarpun mudah tetapi undi kita menentukan siapa yang akan menang. Undi kita akan memenagkan calun mana yang dipilih.
Kalau saya menjadi pengundi Bagan Pinang, Saya akan mengundi PAS. Kerana apa? Kerana PAS parti pembjangkang. Kita tahu Kerajaaan NS adalah BN, Kerajaan PUSAT juga BN. Jika kita undi PAS, sudah pasti Kerajaan BN menggelabah. Kerajaan BN tak mahu kehilangan NS sebab dia kata kubu kuat dia. Sudah pasti segala projek, segala bantuan, segala - segalanya akan dicurahkan dengan lebih besar kerana Kerajaan BN akan merampas kembali dalam PRU13 nanti. Di dalam tempoh tersebut ( 2 @ 3 tahun lagi) penduduk Bagan Pinang akan dilayan umpama Raja. Segala - galanya dibantuankan untuk mendapatkan undi semula. Umpama orang bercinta Sebelum Dapat Berabis Dahulu, Bila dah dapat tinggalkan sahaja.
Inilah formula yang orang Kelantan gunakan. Nak kata orang Kelantan semua PAS, pun bukan. Nak kata faham sangat perjuangan PAS pun tidak, tetapi mereka faham berpolitik. Selagi mereka jadi pembangkang rakyat akan dilayan, jika tidak mereka akan diabaikan. Biarpun Kerajaan Kelantan tidak mendapat layanan istimewa tetapi RAKYAT TETAP DIBERI KEISTIMEWAAN.
Dalam politik, bukan kesetiaan menjnadi ukurana. Politik demokrasi, rakyat diberi peluang semasa pilihanraya. Masa ini layanan istimewa untuk mereka. Lihat sahajalah Bagan Pelbagai dilayan begitu istimewa, kemudahan dan bantuan diberikan kerana ada pilihanraya. Sedangkan selama ini telah 12 kali pilihanraya mereka tidak dilayan istimewa.
Gunakan lah otak yang dikurniakan. Selagi BN tidak mendapat Bagan Pinang, selagi itulah wang ringgit dan bantuan dicurahkan.
Janganlah ragu untuk mengundi PAS, kerana selepas pilihanraya ini kita tetap seperti biasa kena bekerja dan mencari nafkhah juga setiap hari. Yang untung hanya calun yang menang. Jika ISA menang, karier politiknya akan pergi lebih jauh. Beliau akan terus mengumpul kekayaan. Yang kaya adalah ISA bukannya kita. Kita tetap macam ini. Kena kerja hari - hari.
POLITIK DEMOKRASI BUKANNYA TEMPAT UNTUK TUNJUK KESETIAAN. HANYA TEMPAT UNTUK MENCARI KESENANGAN. ITULAH TAHAP RAKYAT MACAM KITA.

Wednesday, October 7, 2009

ADEGAN PANAS: DENDAM AJIS HITAM

AdukaTaruna: Panas! PEKIDA + UMNO + Mat Rempit serang bersenjata Markaz PAS.

BAGAN PINANG - 'ENGKAU MUNDUR, AKU LAGI MUNDUR


Kegagalan filem PUKUL 20 KALI telah menginsafkan Produser. Filem PUKUL 20 KALI, terlalu banyak adegan yanIg terpotong telah mengecewakan penonton yang merasakan tertipu. Aktor filem AJIS HITAM pun telah keluar dari hospital. Mungkin strategik beliau untuk menaikkan rating tetapi gagal. Mungkin juga pada awalnya beliau bercadang untuk masuk ke wad ICU.

Memandangkan masa yang semakin suntuk Produser filem terpaksa mengeluarkan filem lain agar dapat menambat hati penonton. Filem terbaru 'ENGKAU MUNDUR, AKU LAGI MUNDUR' yang dibintangi oleh pelakun veteran, ISE @ Doraemon. Pelakun yang baru dibebaskana dari salah laku kerana rasuah semasa pemilihan pelakun terunggul. Dengan langkah baru, beliau tampil dengan nafas baru dan berjaya dalam perebutan sebagai pelakun utama. Lokasi filem ini banyak dimainkan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, tetapi sedikita watak terpaksa dilakunkan di Kota Bharu, Kelantan.
Filem ini mengenai seorang pemimpin yang suka menjaga kawasan lain sehingga terlupa kawasan sendiri. Pemimpin ini banyak mengkritik seolah tempat orang lain sentiasa mundur, sedangkan kawasan beliau sendiri terabai. Bahkan Kg sendiri juga tidak terjaga. Tempat beliau dikenali sebagai kawasan pelancungan, tetapig nasib rakynat, alam sekitar pun tidak dapat dijaga. Kampung halaman beliau sendiri pun tiada pembangunan. Yang ada hanya Papan Tanda Pembangunan.Kampung sendiri tiada Masjid, menumpang di Masjid Tentera. Air kumbahan pun tidak dirawat, dialirkan terus ke laut lepas, melanggar Undang - undang Alam Sekitar Negara.
Filem ini agak perlahan kerana pelakunnya seorang veteren yang mudah terlupa skrip. Tetamu istimewa ialah TUK DIN SEMBAB, Tuk Nombor 2 diharapkan dapat membantu menaikkan rating penonton filem ini.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pengkritik filem menganggap filem ini juga akan gagal, kerana lakun layarnya lembap dan skrip yang berulang - ulang.

Monday, October 5, 2009

BAGAN PINANG & FILEM 'PUKUL 20 KALI

Gempa di Bagan Pinang tidak sama dengan gempa di Padang. Gempa di Bagan Pinang kerana pilihan raya. Pilihanraya yang menentukan maruah UMNO. Pilihanraya untuk Isa Samad @ Doraemon kembali ke persada politik tanah air dan mencabar Mat Hassan. Gempa di Bagan Pinang mkenarik miinat penganalisigs politik dan pakare strategik poltitik mencaturkan perancangarn. Seperti biasa UMNO akan menghantar buahnya dahulu. Dari peranan SPR yang menolak adanya penyelewengan undi pos hinggalah ke lakonan layar filem Tamil. Penyelewengan undi pos tentera bukanlah satu perkara baru. Dah bepuluh dan beratus kali didengari dan diakui oleh tentera sendiri. Tetapi malangnya penyelewengan ini tidak dapat dikesan atau saja buat tak tahu oleh SPR. Ini menunjukkan kecekapan dan kehandalan tentera Malaysia menyorok dan berahsia hingga SPR tidak pernah dapat mnengesan ketirisan ini. Mungkin juga SPR sendiri yang merancang ketirisan ini. Tidak mustahil.
Yang lebih menarik kehadiran diva filem Tamil di Bagan Pinang. Seperti biasa UMNO membawa selebriti untuk menarik pengundi, memandangkan kos ciput, hanya pelakun filem Tamil iaitu AJIS HITAM sahaja yang dapat di bawa. Dengar khabar pelakun filem ini juga anak Tempatan dari utara. Filem sebelumnya ialah Filem 'Tembaklah Aku' yang dilakunkan di Baling pada tahun 2008. Filem ini kurang mendapat sambutan kerana siarayanya serentak dengan Filem lain yang lebih box office. Dengar khabar calun pilihan raya kawasan Baling tempuah hari kalah teruk kerana kebosanan pengundi kepada pelakun utama Ajis Hitam. Kegagalan dipercayai kerana gagal menunjukkan siapa yang kena tembak.
Nampak gayanya pelakun ini come back sekali lagi dengan Tajuk 'PUKUL 20 KALI'. Nampaknya lebih menarik dari filem 'TEMBAKLAH AKU'. Walaupun masih gagal menunjukkan siapa yang memukul, hanya teknik cakap tipu digunakan. Namun kerjasama pihak Hospital dan tambahan pelakun berjaya memanaskan sedikit jalan cerita. Pelakun utamanya juga menjayakan watak muka seposen dan teknik tambahan cakap tipu oleh pelakun pembantu (Mail Sabui) membuatkan ramai penonton menitiskan air mata. Walaubagaimanapun memandangkan Mail Sabui aalah pelakun baru, memek muka yang mudah tersenyum banyak dipertikaikan oleh pengarah filem berpengalaman.
Teknik Balut Leher dengan kerjasama pihak Hospital banyak membantu. Cuma adegan muntah-muntah masih belum dapat diaplikasikan kerana pelakun utama (Ajis Hitam)tidak berapa suka scene sewaktu muntah diambil. Scene pukul masih tidak dilakukan kerana amat sukar untuk menghitung pukulan dilakukan. Lagipun masih tiada Perguruan silat yang mahir dapat memukul genap 20 kali.
Teknik Jalan Selamba banyak mehncacatkan filem,iaitu selepas Ajis Hitam dipukul 20X tetapi beliau masih mampu berjalan dan tersenyum.
Filem ini yang banyak mendapat kerjasama dari Jabatan Kerajaan seperti Polis, Hospital dan tambahan beberapa perguruan silat ini masih kurang mendapat sambutan penonton sehingga ke hari ini. Dengar khabar, beberapa watak tambahan seperti kemungkinan Mail Sabui diracun dan mungkin Tuk Ketua Polis sendiri akan mengambil menjadi pelakun tambahan.
Dicadangkan juga peranan Tuk Ketua Satu Malaysia untuk mempromosikannya dengan lebih hebat. Tetapi semuanya bergantung kepada tambahan kos dan sambutan penonton Bagan Pinang sendiri.
SELAMAT MENONTON.

!! BUJANG SUSAH !!: TERTENDANG ULAR MASA TENGAH STIM BUAT PROJEK

!! BUJANG SUSAH !!: TERTENDANG ULAR MASA TENGAH STIM BUAT PROJEK

AdukaTaruna: Gua percaya Azeez benar.

AdukaTaruna: Gua percaya Azeez benar.

Friday, October 2, 2009

NOORDIN MAT TOP: KEGERUNAN KUFFAR

Hari Jumaat, telah dikebumikan jenazah Noordin Mat Top. Ada yang menggelarnya syuhada' dan tidak kurang juga yang menggelarnya pengganas. Dan ramai yang masih tak ambil peduli, yang penting perut dan harta.
Syahid atau tidaknya ia, bukannya persoalan kita. Sama juga anggota polis dan askar yang berjuang kononnya atas mempertahankan negara. Hanya Allah yang berhak menganugerahkan yang terbaik.
Bagi yang bersetuju dengan gelaran pengganas perlu difikirkakn masak - masak, APAKAH KITA LEBIH BAIK DARI NOORDIN? APAKAH KITA LEBIH KUAT IBADAT DARI NOORDIN? APAKAH KITA LEBIH MENCINTAI ISLAM DARI NOORDIN? APAKAH KITA LEBIH SANGGUP BERKORBAN UNTUK AGAMA DIBANDINGKAN DENGAN NOORDIN? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Dari sejarah Noordin, jelas kebenciannya kepada Barat dan Kuffar. Bencinya kepada penindasan umat Islam oleh Amerika dan Yahudi. Sehingga beliau sanggup menggadaikan nyawa dan dunianya. Cita - cita beliau untuk menakutkan Kuffar telah berjaya. Hampir sedekad, Kuffar takut kepada namanya. Jika diperhatikan, Amerika dan Yahudi lebih takutkan Noordin dari mana - mana Negara Islam (kecuali Iran). Mengapa? Kerana mereka tahu Negara Islam mudah dibeli dan ditundukkan. Tidak berani dan gentar kepada Yahudi dan Amerika. Dan di atas desakan itu, pemerintah Indonesia terpaksa tunduk kepada arahan Amerika.
Amerika dan Yahudi juga menggelar para pejuang Islam sebagai pengganas. Yang hairannya tidak kurang juga umat Islam menurutinya.
Sebagai hamba Allah, mungkin kita tidak mampu dan tidak seberani mereka, tetapi janganlah kita mengikut rentak Amerika dan Yahudi dalam menghina mereka.
Malangnya Islam yang kita anuti juga mengikut corak Amerika dan Yahudi, sehingga umat hari ini keliru, mana yang betul dan mana yang salah.
Jika kita tidak tahu, Lebih baik bagi kita berdoa moga Noordin mendapat apa yang dicitakannya iaitu Mati Syahid.
Mungkin ramai yang tak tahu, sebagai umat Islam, jika tiada cita - cita mati syahid, kita tergolong dalam golongan Munafik iaitu golongan Kafir yang berpura Islam.
Dan untuk Noordin beliau telahh menerima bahagiannya, Matinya kerana perjuangan agama. BAGAIMANA PULA DENGAN KITA? APAKAH MAMPU KITA MATI DEMI ISLAM.
AL FATIHAH BUAT NOORDIN MAT TOP.