Tuesday, June 23, 2009

BILA 2 TUAN GURU BERDAMAI

Lega hati rasanya bila 2 Tuan Guru berdamai. Alhamdulillah. Mungkin selepas ini bolh selesai secara jamaah, bukannya melalui lidah media.
Tertutup ruang asobiyyah (kenegerian), kepuakkan, kata - mengata. Mungkin amaran kepada yang berminat nak berpakat dengan UMNO. Mungkin belum masa yang sesuai untuk dibincangkan.
Nasha mungkin boleh ambil iktibar, jangan ingat dah jadi Timbalan boleh buat sesuka hati. Parti perlu diutamakan. Bukan keputusan sendiri dan berselindung disebalik hujah - hujah bodoh.
TG Hj Hadi, kena cepat buat keputusan, jangan mengikut kata nasihat orang sekeliling yang berkepentingan pribadi. Di sebalik mereka, banyak agenda yang tersembunyi yang mungkin tidak terfikir oleh Tuan Guru.
TG Nik Aziz, penghormatan kepada seorang ulama yang istiqomah. Sanggup memohon maaf dan menarik kata - kata berbisa, yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh semua ulama' yang sehebatnya.
Kepada ahli pimpinan PAS, mungkin ada kalanya sikap berdiam diri adalah lebih baik dari mengeruhkan suasana. Bukan mengikut arus politik yang lebih banyak bersifat berpecah.
Kepada ahli PAS, akhlak adalah perkara asas di dalam Islam. Janganlah kerana kemarahan sampai terhambur kata - kata nista seperti orang yang tiada iman. Mungkin ajaran Islam perlu dipraktik sehari - hari. Dari ahli mungkin akan jadi pimpinan. Jangan wujud lagi pimpinan yang meninggalaksn isteri tergantung. Jangan hebat berceramah tetapi diri sendiri tunggang langgang. Ingatlah amaran Allah, golongan yang hanya pandai mensihati orang lain tetapi diri sendiri tidak pernah beramal.
Jika tiada ciri dan sifat ini, jangan mendabik dada berselindung atas nama Islam, Quran dan Sunnah.
Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar.