Saturday, February 21, 2009

AMANAH


Amanah ialah memberikan hak. Khianat pula mengurangi hak orang lain.

Sabda Rasulullah, 'Pembohong, penipu dan pengkhianat tempatnya di Neraka.'

'Siapa bekerjasama dengan manusia. Dia tidak menzalimi mereka. Dan apabila berkata tidak bohong. Maka dia termasuk dalam orang yang sempurna harga dirinya, terbukti keadilannya dan berkawan dengannya'.

Di masa kini amat sukar untuk mencari manusia yang amanah. Samada dia ahli politik, penjawat awam, AJK Masjid, JKKK Kampung dan masyarakat. Kerana ini telah dinyatakan oleh Rasul tercinta,
'Sesungguhnya amanat akan diangkat dan manusia sama menjual diri. Hampir tidak seorangpun menunaikan amanat hingga dikatakan, "Pada Bani fulan ada orang yang jujur".

Ahli politik/ pemimpin berebut kuasa tanpa mengendahkan kaedah untuk mencari kekayaan. Masjid digunakan untuk kepentingan diri. Pemimpin kampung mencari ruang untuk mengumpul harta. Penjawat awam menyalah guna kuasa untuk mencari sedikit habuan dunia. Ulama' menjual agama demi sedikit ganjaran. Sistem kemanusiaan telah rosak dan musnah kerana hilangnya amanah.

Hidup di dunia tanpa amanah adalah parah. Mungkin ini ujian bagi kita untuk mengekalkan iman dan taqwa. Beruntunglah kita kerana dipilih hidup pada zaman ini. Walaupun apa ujian sekalipun, bagi yang beriman dan yakin adanya hari Pembalasan, kebenaran mesti ditegakkan. Amanah perlu dikembalikan, masa bukan persoalannya.

Kepada yang masihh mempunyai sedikit iman, yakinlah azab Allah amat pedih. Elaklah diri bersekongkol dengan kaum/golongan/ parti yang zalim. Kembali kepada Al Quran dan Hadis.

Sedikit pengorbanan mungkin menghapuskan dosa - dosa yang kita lakukan.