Serangan UMNO makin hebat, habis dibongkarnya satu persatu. Kekadang fikir mungkin ada baiknya, Sistem Politik Demokrasi Dua Parti, setiap satu cuba menunjukkan lebih baik. Mungkin ada berita fitnah, mungkin ada betul? Jadi rakyatlah kena pandai menilai sendiri. Apakah rakyat Malaysia sudah bersedia ke arah itu.
Mangsanya TGNA sendiri, sehingga nak ke Mekah tahun ini menunaikan haji pun terpaksa dibatalkan. Dengar cerita ada tajaan ahli perniagaan. Betul atau salah, rakyat yang kena buat nilaian sendiri.
Pendapat dan keyakinan ku jelas TGNA takkan ambil rasuah atau tajaan. Sebenarnya ianya lebih kepada pemberian orang yang dikenali. Dengar khabarnya pemberian insan berniaga bernama Din. Din ini juga dah jadi macam anak angkat kepada TGNA. Itulah serba sedikit maklumat yang diketahui. Setakat mana kebenaran dan kesahihannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
TGNA orang berilmu dan warak, dia tahu membezakan antara baik buruk. Cuma isu ini diperbesar - besarkan. Kebetulan pula anak angkatnya itu ahli perniagaan, itu yang mendatangkan sedikit unsur fitnah. Dan dengar khabarnya Din juga rapat dengan Menantu. Ditambah pula menantunya berjawatan CEO di salah sebuah Perbadanan Milik Kerajaan Negeri. Mungkin ini juga akan menjadi isu besar satu hari nanti.
TGNA sendiri pun dah buat kenyataan, batal ke Mekah. Rasanya itulah kenyataan yang menggembirakan aku. TGNA bersikap mengalah dan meredakan sedikit ketegangan. Itu cara yang terbaik. Biarpun TGNA seorang Tuk Guru, tetapi kita kena ingat ia seorang Menteri Besar yang mempunyai kuasa. Setiap pemberian, hanya Allah yang mengetahui ikhlas atau pun tidak. Tetapi bagi manusia biasa, pemberian kebiasaannya ada niat yang sebaliknya.
Tidak layak kita membandingkan pemberian (hadiah) kepada Rasulullah, kerana Rasulullah tidak memberikan projek atau kepentingan dunia kepada sahabat.
Dan tidak layak juga kita membangkitkan apa yang pemimpin UMNO buat. Semua orang dah tahu rasuah, tajaan, hadiah adalah mainan mereka. Tak akan kita nak jadi macam mereka.
Menyembunyikan kesalahan adalah strategik politik, tetapi tidak suruhan agama. Jika diberi pilihan, ikut parti atau pemimpin mahupun agama, nescaya pilihan ku Islam Agamaku.
Insya'allah, TGNA akan dapat ke Mekah tahun depan tanpa tajaan atau pemberian sesiapa pun.
Dan dalam tempoh terdekat TGNA kena tengok - tengok sedikit menantu CEO itu. Nanti akan timbul unsur fitnah dan persepsi lain pulak.
Dan aku berdoa agar ada insan kaya yang sudi nak menaja ke Mekah menunaikan haji. Siang malam berusaha masih belum cukup untuk ke Mekah. Malangnya aku bukan seorang Tuk Guru.