Thursday, February 26, 2009

BERTAUBATLAH

Sesiapa yang mengucapkan kalimah LAILA-HAILLALLAH, MUHAMADUR-RASULULLAH, nescaya akan masuk syurga. Walaupun keimanannya hanya sebesar biji sawi di dalam hati. Lambat atau cepat itu adalah persoalan Allah. Mungkin ada yang dicampakkan dahulu ke dalam neraka sebelum dimasukkan ke dalam syurga.
Sebagai insan yang mempercayai adanya hari Pembalasan dan mempunyai perasaan takut kepada Allah, jangan lah terlintas di dalam hati, ingat masuk ke neraka, biarpun seminit atau sekejap. Pandangan manusia tidak sama dengan pandangan Allah. Masa manusia tidak sama dengan masa Allah. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bertaubat, kerana kita tidak tahu bila nafas terakhir. Sentiasa takut kepada Allah dan bertaubat dosa - dosa yang kita lakukan. Ingatlah Azab Allah amat pedih, tidak pernah dilihat dan tidak pernah terfikir di dalam fikiran kita.

'Wahai orang Mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha...' (S. At Tahrim: 8)

Rasulullah bersabda, 'Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Dan barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah pun tidak suka berjumpa dengannya.'

'Dia yang menerima taubat dari hamba-hambanya dan memaafkan kejahatan mereka..' (Asy Syura: 25)

Di ruangan ini ku serukan kepada semua pembaca muslimin, bertaubatlah kepada Allah. Selagi ada kesaksian kepada Ilahi, keinsafan dan penyesalan, nescaya taubat kita diterima dan diampurni,rahmat Allah amat luas.
Bertaubatlah, biarpun kita Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Ahli Parlimen, ADUN, orang UMNO, PAS, PKR, Ketua Polis, Ketua SPRM dan sesiapa sahaja, Ingatlah Allah maha Pengampun.
Ingatlah kita tidak mampu menanggung siksa dan azab Ilahi walaupun sekejap. Sesiapa pun kita Allah tidak pernah membezakan kita selagi kita seorang Muslim. Hanya iman dan takwa yang membataskan.
Sentiasa bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan - perbuatan tersebut. Mungkin kita menyalah guna kuasa, menyeleweng, makan rasuah, berzina, minum arak dan pelbagai kejahatan yang dilakukan. Insaf dan Menyesal dan TIDAK MENGULANGINYA LAGI. JANGAN BERTANGGUH UNTUK BERTAUBAT, ALLAH MAHA PENYAYANG.
Firaun yang zalim pun diberi pelguang, Abu Jahal diberi peluaang, tetapi malangnya mereka tidak mengambil peluang tersebut. Jangan lah kita menjadi seperti mereka.
Janganlah di hari kematian kita, keluarga yang berdoa untuk keampunan dosa yang kita lakukan. Kejarlah sendiri sebelum terlambat.