Saturday, May 16, 2009

hamirdin: PM RAKYAT DIKEJAR 3 HANTU

hamirdin: PM RAKYAT DIKEJAR 3 HANTU

NAJIB, PM UNTUK RAKYAT

Saban masa kita disajikan di dalam media arus perdana, Najib mengakui bahawa dia adalah The People Prime Minister @ PM Rakyat. Entahlah, sebab alasan dia bagi, dia ke Pudu Raya, ke Chow Kit dan entah ke apa - apa lagi. Selama ini aku tak pernah nak ambil tahu pun tetapi bila saban masa, saban waktu, kita naik muak, naik jemu, naik bosan untuk mendengar dan melihat.
Kalau Najib, PM rakyat, habis selama ini apakah PM sebelumnya bukan untuk rakyat? Benarlah telahan rakyat, Pak Lah PM Khairy, Che Det PM kroni, Hussin On PM siapa? Tun Razak PM Felda dan Tunku PM British. Hanya Najib, PM ke 6, barulah kita mendapat PM rakyat. Beruntungnya Malaysia.
Malangnya pengiktirafan tersebut adalah dari beliau sendiri. Samalah seperti kita mengakui bahawa kita manusia yang paling sempurna di dunia. Sedangkan orang lain tidak mengiktirafnya. Pepatah Melayu dahulu kala, 'Masuk bakul angkat sendiri', mungkin ada persamaannya.
Bila difikirkan, kalau Najib tak cakap sendiri, siapa pula nak cakap. Tengok dalam Menteri pun tak puji apa - apa, mungkin tak serasi dengan Najib. Tak seperti PM - PM dahulu pasti ada hulubalang dan panglima yang bersuara dahulu, nampak seperti Najib dibiarkan bersendirian sahaja. Atau mungkin di dalam UMNO sendiri ada yang bermimpi dia lebih baik dari Najib, menunggu masa untuk naik takhta. Entahlah, ini hanya teori. Kasihan anak aruah Tun Razak.
Rupanya bukan mudah jadi PM, banyak musuh. Yang disekeliling pun hanya nak mengampu. Silap - silap dia libas kita balik. Nampak gayanya Najib pun terpaksa berhadapan dengannya. Sebab tekanan, Najib berhujah pun dah jadi macam orang kampung. Mudah ditertawakan orang peringkat JKKK sahaja. Nak lawan dengan Haji Hadi atau Anwar, rasanya payah.
PM Rakyat kita dah hilang bisa. Mungkin lepas ini Najib betul - betul akan jadi rakyat. Mimpi ngeri bagi beliau dan keluarganya. Baru layak dipanggil PM Rakyat.
Seperti biasa rakyat jadi mangsa, sara hidup makin tinggi, duit makin susah nak dapat, korupsi makin besar, salah guna berleluasa. Sedangkan yang diamanahkan kuasa makin bersenang - lenang. Itulah realitinya.
Moga - moga Najib insaf melihat rakyat. Mungkin lepas ini kita tengok Rosmah lebih berjimat. Mungkin juga Najib hanya PM yang guna duit rakyat?