Kebetulan atau disengajakan, himpunan parti UMNO selepas kemenangan bergaya di kubu sendiri, Bagan Pinang. Mungkin jika Himpunan diadakan selepas Permatang Pasir atau Kuala terengganu, mungkin nada dan jeritan berbeza dari Tuk Ketua.
Secara tak sengaja, terdengar juga suara Tuk Ketua, kerana aku tiada saluran lain untuk ditonton, hanya bergantung kepada siaran percuma sahaja yang sudah pastinya milik Sang Penguasa. Jeritan tuk Ketua yang sempat didengar, HIJRAH, BERSIH. Nak tergelak kerana lawak Internasional sempena Deepavali. Siapa yang nak Hijrah, siapa yang nak BERSIH. Rasanya kalau nak berhijrah, atau nak berbersih dah pastinya bukan UMNO parti pilihan. Jeritan Tuk Ketua, UMNO bukan parti cari makan!. Habis tu kalau masuk UMNO bukan sebab nak cari makan, nak cari apa lagi? Mungkin nak cari PUTERI UMNO yang comel - comel untuk berskandal kot.
Sebut nama UMNO, semua orang tahu, ahli UMNO mahupun bukan. Apa tujuan masuk UMNO, kalau kata nak perjuangkan bangsa, kata - kata gurauan sahaja. Kalau nak perjuangkan bangsa, mana perginya martabat Bahasa Melayu. Mana perginya biasiswa untuk anak orang Melayu? Belum ditambah lagi dengan kerosakkan anak orang Melayu dari segi sosial, akidah dan pelbagai gejala negatif. Hanya istilah B**** sahaja yang layak digunakan untuk manusia yang masuk UMNO kerana perjuangan bangsa.
Tuk Ketua jerit lagi, HIJRAH dan BERSIH. Kalaulah ahli UMNO berhijrah, dari buruk menjadi baik. Tak nak terlibat dengan benda haram dan syubahat. Nak lebih jadi wara'. Buang sifat yang negatif. Nescayalah, parti UMNO akan kekurangan ahli. Sebab bila dah berilmu, berpendirian, mencari keredhoan Ilahi, tidak ingin bersyubahat, tak nak yang haram, yang pastinya mereka tak sanggup lagi duduk dalam UMNO. Terlalu banyak pincang dan busuknya. Lepas ini mungkin Tuk Ketua dan ahli terhormat sahaja yang ada dalam UMNO. Yang lain akan berhijrah ke parti lain.
Tuk Ketua pun tahu, beliau hanya berpolitik, bukannya sungguh - sungguh. Sekadar berlawak dan berlakun. Maklum sahaja bukannya senang nak berucap berkobar - kobar, berapi - api macam bapak Sokarno. Bukan sahaja Tuk Ketua tetapi ahli UMNO pun tahu apa yang dimadahkan hanya gurauan setiap tahun semasa berhimpun. Itu sebab di malam hari, Kelab malam di sekitar kawasan berhimpun tetap jadi tumpuan. Inilah masanya berhimpun sambil berhibur. Lari dari masalah rumahtangga, masalah anak - anak dan masalah apa - apa sahaja.
Dalam Tuk Ketua terjerit - jerit pasal HIJRAH dan BERSIH, Tuk Ketua Muda tak nak ketinggalan juga. Isu biasa 'TENTANG ANWAR JANGAN JADI PM'. Tuk Ketua Muda berkelulusan luar negara tetapi masih sama pemikiran dengan Orang kampung yang tak sekolah. Kalaulah PR menang pilihanraya, Siapa Tuk Ketua Muda nak halang beliau jadi PM. Mungkin Tuk Ketua Muda cuba mencetuskan huru - hara. Kalau dia sanggup tiada siapa yang boleh menghalang.
Walaubagaimanapun rakyat tetap terhibur dengan lakunan sinetron oleh pelakun amatur ini. Tahniah dan SELAMAT BERHIMPUN.
No comments:
Post a Comment