Saranan TG Nik Aziz agar diadakan EGM, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menyanggah. Itulah adat berpolitik. Ada yang setuju ada yang tidak. Berpolitik juga mesti ada penyokong masing - masing. Itulah Dunia politik, penuh dengan tipu muslihat, penuh dengan ragam.
Ke arah mana PAS? Hanya Allah yang lebih mengetahui. Mungkinkah PAS selepas ini akan berpecah, dan melahirkan parti baru, juga Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Senario sekarang jelas membuktikan PAS terbahagi kepada 2 golongan. Dah ketara sangat, tak boleh berselindung lagi.
Ada yang lebih kepada PR dan ada yang lebih kepada UG. Mungkin seribu penafian boleh dibuat, tetapi itulah yang dilakunkan sekarang. Rakyat menilai dengan penuh minat.
Mengapa ingin bersama UG, hanya mereka yang tahu agendanya. Mengapa bersama PR, mereka juga yang tahu agendanya. Seperti biasa ada sahaja ayat Quran, nas dan dalil, dikemukakan. Tetapi niat yang sebenar,mereka yang lebih arif.
Mungkin nasihat kepada pimpinan PAS, janganlah syok sendiri. Sedarilah siapa musuh anda yang sebenar.Janganlah merasakan diri anda sudah kuat.
Bila PAS ditubuhkan, jalan politik telah dipilih. Sudahpastinya KUASA yang dicari. Bodoh sangat orang politik tidak mencari kuasa. Kalau sekadar nak jadi calun pilihanraya, buat apa nak berpolitik. Kalau alasan nak sebarkan dakwah, beribu - ribu cara lain boleh dibuat. Kalau sekadar masuk bertanding dan nak kalah, rasanya bubarkan sahaja Parti. Itu lebih baik.
Aku ini orang awam, bahasa aku bahasa jalanan. Aku minta maaf kalau Tuk - tuk Guru terkecil hati. Tetapi Tuk Guru kena ingat juga, sebab undi aku tetap sama dengan undi Tuk - tuk Guru juga.
PAS kena lebih open-minded, bukan bermakna gadai prinsip tetapi kena lebih bijak. Musuh PAS yang sebenar adalah UMNO. Sebab apa, sebab kedua - duanya Parti Melayu. Kalau UMNO kuat, PAS kalah. Begitu juga sebaliknya. Salah satu kena mengalah. Jadi kalau PAS kahwin UMNO, habislah. Tak adalah pilihanraya. Hilanglah keseronokkan berpolitik.
Mungkin itu yang difikirkan oleh pimpinan PAS, itu yang beria - ria sangat nak bergabung.
Sepatutnya PAS kena lebih konsisten kepada perjuangan membanteras rasuah, keadilan Islam di bumi Malaysia dari duk bercakaran sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment