Monday, November 30, 2009

KORBAN @ MAKAN LEMBU?

Berakhir sudah, hari Tasyriq, hari di mana boleh melakukan ibadah kurban. Maka tiada lagi ibadah kurban sehinggalah ke tahun hadapan, itupun jika Allah memberi kurnia dan rezeki serta kekuatan kepada kita.
Berkurban hanya pada 10,11, 12, dan 13 sahaja. Malangnya kedaifan ilmu dan kefahaman masyarakat tentang kurban, banyak yang mempersesiakan sahaja. Masih ramai lagi yang mengambil waktu tersebut untuk membuat aqiqah. Hairan bin Ajaib, kawasan mana rasanya tak perlu diungkapkan. Memang tidaklah menjadi keharaman untuk beraqiqah pada tanggal tersebut tetapi alanhgkah baiknya mencari keutamaan. Banyak yang memberi alasan jika beraqiqah pada waktu tersebut lebih murah dibandingkan dengan membeli seekor atau dua ekor kambing. Jika berbuat kebajikan agama kita berkira,rasanya lebih baik tak payah buat. Aqiqah pun bukannya amalan wajib. Jika ASTRO setiap bulan RM80 mampu dibayar, tak akan lah RM1000.00 seumur hidup untuk menghidupkan amalan agama tak mampu kita laksanakan. Tetapi itulah amalan dan pemikiran orang kita. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita dan mereka.
Ramai orang berkorban, banyak lembu yang terkorban di Eidul Adha. Malangnya masih ramai orang yang berkorban mengambil kesemua daging kurban balik ke rumah. Kemudian mereka memasaknya dan menjemput jiran - jiran, saudara - mara. Kurban lebih baik disedeqahkan daging mentah, bukannya yang bermasak. Jika bermasak itu adalah lebih baik untuk aqiqah. Dan lebih malang lagi masih ramai yang menyimpan berpuluh kilo daging kurban untuk bekalan sendiri. Jika begitu rasanya tak payah berkurban, sebab tiada langsung ciri - ciri pengorbanan disitu.
Rasanya peranan ustaz dan alim - ulama' ditagih. Tak perlulah kita berbicara tentang pengorbanan yang besar - besar, jika pengorbanan yang sekecil ini pun masih ramai yang keliru. Dan lebih malang lagi, ramai ustaz dan alim ulama' yang berdiam diri dan terlibat sekali. Mungkin takut nanti tidak diberi dan merasa daging kurban pula.
Ibadat biar dibuat secara ibadat, bukannya adat. Jika tidak mungkin pahala kurban tak dapat tetapi hanya kenyang makan lembu sahaja.
Wallahu'alam

DARI LAMAN CHE DET

Bookmark and Share
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Monday, November 23, 2009

TERSERLAH KEPIMPINAN TUK GURU

Tertengok Berita TV3, niat dihati nak tengok berkenaan banjir, tetapi terpanjang ke cerita Tuk Guru. Rasanya tak perlulah dipanjangkan apa yang tertengok kerana ramai yang telah terlihat.
Cuma apa yang aku boleh katakan aku kagum dengan Nik Aziz. Masalah Arif Fahmi buat atau tidak, itu bukan persoalannya. Cuma jika boleh timbul perkara fitnah (ikut istilah kitab) atau persepsi (istilah moden) rasanya ArifFahmi perlu berundur. Jika perkara ini perkara terjadi di Negeri diperintah oleh kononnya Parti Bersatu, nescaya, akan disorok dibawah tikar (kata orang kampung aku, dibela habis - habisan dan buat bodoh pandangan masyarakat.
Tetapi Tuk Guru mengambil pendekatan menasihati menantunya letak jawatan.
Tahniah Tuk Guru, kawan yakin keputusan Tuk Guru akan disanjung dan dihargai oleh rakyat Kelantan dan Malaysia.
Semoga Allah terus memberi pertunjuk kepada Tuk Guru. Insya'allah.

Saturday, November 21, 2009

ROYALTI UNTUK PAHANG

Pahang berhak tuntut royalti minyak
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri itu.

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit.

“Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.


Dengar ura - ura Pahang pun terkesan dari pemakluman Tuk Jib, bersetuju untuk memberi Wang Ehsan ke Kelantan. Jika di Kelantan di kawasan yang bertindih, pun dapat. Mengapa Pahang tak dapat. Sepatutnya Kerajaan Pahang kena minta dari dulu lagi. Supaya mudah nak mentadbir negeri. Rakyat yang dapat keuntungan. Semua sedia maklum, telaga minyak di Terengganu hanya bersempadan dengan Pahang. Sudah pasti minyak Pahang yang disedut. Tetapi Pahang tak dapat apa - apa. Jadi Kerajaan Pahang kena minta pampasan balik dari Pusat. Tetapi kena pastikan duit itu untuk rakyat Negeri Pahang sahaja. Jangan dilaburkan kepada golongan tertentu sahaja.
Kalau Pahang diberi royalti pun memang berhak, sebab Pahang banyak berjasa kepada Pusat. Pahang memperuntukkan banyak tanah untuk FELDA, sedangkan Rakyat Pahang hanya 40% sahaja sebagai peneroka. Mengapa Negeri lain sayang nak bagi tanah untuk Felda dami kepentingan rakyat mereka sendiri.Sepatutnya setiap negeri kena membayar pampasan ke Pahang mengikut jumlah rakyat yang dihantar ke Felda.
Bab tadahan hujan, Pahang terpaksa memwartakan KAWASAN YANG LUAS kerana sumber air Negara. Sedangkan hasil yang boleh diperolehi adalah lebihkurang 280 billion. Kerajaan pusat beri pampasan tidak sampaipun 300 juta. Sepatutnya Kerajaan Pusat kena lebih rasional, mungkin bayaran pampasan 200 - 300 billion, boleh dibayar beransur - ansur 200 juta setahun.
Dan tak lama lagi Selangor pun berhak untuk meminta kerana sumbangan yang besar kepada Negara. Ramai rakyat negeri lain bekerja di Selangor, cari makan. Jadi setiap rakyat dari negeri lain yang bekerja di Selangor, Kerajaan Negeri mereka kena bayar pampasan mengikut jumlah rakyat yang ada di Selangor.
Lepas tu tak tahulah Negeri mana lak lagi. Semua negeri berhak mendapatkannya.
Jadi minta awal -awal lah.

Keutamaan Amal Shaleh Pada Sepuluh Hari di Awal Bulan Dzulhijjah

AKRINEbera: Keutamaan Amal Shaleh Pada Sepuluh Hari di Awal Bulan Dzulhijjah

1940, GAMBAR-GAMBAR MENUNAIKAN HAJI

Lihatlah bagaimana 60 tahun dahulu, haji dilaksanakan. Sekarang bagaimana? Dunia begitu cepat berkembang maju.

!! BUJANG SUSAH !!: GAMBAR-GAMBAR MENUNAIKAN HAJI 1940

Thursday, November 19, 2009

PENDAKWAH ATAU AHLI POLITIK?

Ramai yang minat berpolitik, tetapi tidak minat berdakwah. Bagi mereka dakwah kerja yang lekeh. Bagi mereka dakwah tak penting. Tetapi kita lupa, semua Rasul diutuskan untuk berdakwah. Menyeru manusia kepada kebaikkan mengikut acuan penciptanya. Ada yang berjaya mendapat tampuk pemerintahan, ada yang tidak.
Dakwah tidak mengenal untung rugi wang ringgit. Jika berpolitik, sumbangan hari ini pelaburan masa depan. Mungkin hari ini parti kita kalah, tetapi seandainya mendapat kuasa, semua ingin mengaut keuntungan. Tak kira BN @ Pakatan Rakyat, penyokong dan pendokong masih bermentaliti begini.
Dalam dakwah, itu tiada. Yang ada hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi di akhirat kelak. Caci nista mainan bagi pendakwah. Masalah kehidupan mesti ditempuhi. Pendakwah tidak mengharapkan balasan atau tajaan sesiapa pun. Pendakwah banyak berabis wang ringgit demi perjuangan Islam. Dalam politik ramai yang mendakwa berjuang untuk Islam, tetapi dari gerak laku jelas menunjukkan bukan. Dalam istilah dakwah tiada pemimpin yang ditaksubi. Dalam dakwah pedoman Al Quran, Hadis, Ijma diletakkan lebih dari pemimpin. Tetapi dalam politik perlu menaksubkan diri kepada pemimpin, baru dapat kesetiaan. Bab benar atau salah, nombor dua, janji parti mesti dibela, pemimpin mesti menang.
Jadi fikirlah mana kerja yang utama, DAKWAH @ POLITIK?

MENJUAL KULIT BINATANG KURBAN?

!! BUJANG SUSAH !!: MENJUAL KULIT BINATANG KURBAN?

Wednesday, November 18, 2009

AMBO KAGUM NGE TUK GURU

Khabar internet, Tuk Guru dah suruh Arif Fahmi letak jawatan. Melegakan ramai pihak. Moga orang yang di atas pagar tidak memandang serong dengan Tuk Guru dan PAS.
Jelas keterbukaan Tuk Guru, menerima pandangan orang lain. Biarpun berstatus Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Tuk Guru masih sudi mendengar dan mengambilkira buah fikiran orang lain.
Biarpun Tuk Guru tak kenal aku, tetapi aku mengenali Tuk Guru. Tuk Guru adalah imej kepada perjuangan PAS. Di kala orang lain berbalah berpadu atau tidak, Tuk Guru ke depan menjelaskan pendirian beliau. Selamatlah Pakatan Rakyat. Tuk Guru faham tentang strategik dan tendang terajang dalam politik. Biarpun kadang kala pendirian beliau agak kontroversi.
Sebab apa aku sayang Tuk Guru, bukan kerana dia orang PAS, tetapi kerana ilmu dan pendiriannya. Aku malu jika imej Tuk Guru dicar - calarkan oleh orang lain biarpun dari kalangan keluarga sendiri. Kerana Tuk Guru adalah pemimpin dan milik masyarakat bukan sahaja rakyat Kelantan tetapi lambang perjuangan Islam di Malaysia.
Aku tidak mengenali Arif, dan beliau pun sudah wajib tak mengenali aku. Aku pun tak pasti dia baik atau buruk kerana secara pribadi ridak mengenalinya. Tetapi bagiku pada usia begitu, kemampuan untuk memegang amanah besar amat berat. Apakah tiada rakyat Kelantan lain yang mampu?
Kepimpinan perlukan kematangan, bukan sahaja kepandaian. Kematangan perlu ditempuhi oleh pengalaman, bukannya hanya membaca di atas kertas. Mengendalikan manusia tidak sama dengan kendali mesin. Semua orang maklum, jawatan besar ujiannya besar. Rasanya di usia semuda itu Arif belum tentu mampu menanganinya. Faham aje la, usia muda, nafsu pun besar.
Tajaan ke Mekah? Aku tahu orang PAS tak berani komen secara terbuka. Takut mengguris hati Tuk Guru. Takut imej PAS tercalar. Biaya ke Mekah memang diamalkan oleh orang Melayu, bukan sahaja di Kelantan, bahkan seluruh Nusantara. Yang berada akan membiayai orang alim yang lebih dikenali orang agama untuk ke Mekah sekiranya tidak mampu. Tetapi tak pernah pula dengar, biayai orang yang mampu untuk menunaikan haji. Seperti sedia maklum salah satu syarat Haji adalah 'mampu' atau dalam istilah kitab 'berkemampuan'. Adalah menjadi tanggungjawab orang berilmu untuk membetulkannya. Sekiranya kita mampu lebih baik dicadangkan kepada orang lain yang kurang kemampuannya. Adalah tidak patut, seandai kita sendiri mempunyai kemampuan tetapi mengambil hak orang lain.
Teringat kisah seorang kawan. Beliau berpeluang untuk memiliki rumah murah kerana jawatan dan kenalannya. Faham sahaja rumah murah mudah disewakan. Renovate sikit lama - lama boleh jual mahal. Gunalah nama orang lain. Ramai dari golongan ini mempunyai lebih dari 2 @ 3 buah rumah murah. Menguntungkan.
Alhamdulillah, dia tegas menolak tawaran tersebut kerana memikirkan lebih ramai yang benar - benar berhak dan takutkan pembalasan Allah. Beliau kata mengambilnya bererti membuang seorang yang berhak. Mengambil hak orang, zalim namanya. Beliau bukanlah seorang ustaz mahupun orang yang belajar agama Islam secara formal. Tetapi kerana beliau faham tasauf, beliau mampu meletakkan pandangan Allah di depannya. Itu pendapat aku je.
Mat Sabu kata 'Ada tajaan, ada udang sebalik mee..., biasalah itu lumrah alam. Hati orang mana kita nampak, biar baik bagaimanapun. Umpama nasihat seorang Profesor kepadaku, 'Setiap orang ada agendanya, samada benar atau salah, samada menepati hukum Allah atau tidak. Jadi bila difikirkan betul - betul dia menceritakan apa yang dikatakan oleh Imam Nawawi, iaitu Niat. Malangnya kita tak mampu membaca niat hati seseorang.
Berbalik pada tajaan, saya hamba hina di sisi Allah ini, merayu agar kiranya Tuk Guru mohon janganlah ditaja oleh sesiapa pun untuk ke Mekah, menunaikan haji mahupun umrah, selagi Tuk Guru masih dijawatan Menteri Besar Kelantan. Selepas itu terpulanglah kepada Tuk Guru.
Dan saya mohon ampun kerana saya bukanlah orang yang layak untuk menasihati Tuk Guru, apatah lagi untuk mengajar.
Saya berdoa moga Allah sentiasa melindungi Tuk Guru dari kejahatan manusia dan syaitan yang berbisik.

!! BUJANG SUSAH !!: KISAH BENAR: BERTEMU RASULULLAH

!! BUJANG SUSAH !!: KISAH BENAR: BERTEMU RASULULLAH

MAT SABU: BERTERIMA KASIH KEPADA CHIN PENG

MAT SABU:
BERTERIMA KASIH KEPADA CHIN PENG
Lim Hong Siang | Nov 17, 2009 03:47:18 pm
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10448


Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".

Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".

"Agama sebagai candu"

Mat Sabu (gambar kiri) yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.

"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."

"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.

Penyalahgunaan agama

Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."

Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."

"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"

Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!"

Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam

Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.

Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?"

Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.

"Di Mesir....ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!"

"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.

Angka itu untuk syok-sendiri

Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.

"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.

"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.

"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"

Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"

Setuju untuk menjatuhkan BN

"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!"

Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan."

"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..." Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."

Perubahan pemikiran masyarakat Melayu

Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."

"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."

Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."

Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.

Berterima kasih kepada Chin Peng

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"

"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.

"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"

"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

Monday, November 16, 2009

KICK DE FELLA VS ARIFFAHMI


Kalau lihat ruangan Kickdefella, nampak gayanya Kelantan akan tinggal seluar dalam. Setakat mana benarnya, hanya Allah lebih mengetahui. Jika dia berniat baik, itu adalah perkara yang hak. Peduli apa orang kata. Jika perangai pemimpin PAS sama macam pemimpin UMNO, memang layak dihentam begitu. Jika benarlah, Nik Aziz meletakkan menantunya menjadi CEO PMBK, dan perangai menantunya macam hantu, apa yang hendak dimalukan, Perlu dedahkan segera mungkin ini dapat menyedarkan TG Nik Aziz kesilapannya. Tindakkan Kickdefella adalah tepat.
Jika Kickdefella memfitnah, rasanya kebenaran akan terbongkar dalam tempoh terdekat.
Di dalam dunia tiada sesiapa yang sempurna. Jasa - jasa KickdeFella dalam mempertahankan Kelantan selama ini juga jangan dinafikan. Takkan hamba Allah ini tiada langsung jasanya di bumi Kelantan. Takkan orang KElantan menafikan kerjanya mempertahankan Negeri Kelantan selama ini.
Jika perkara ini berlaku dalam UMNO, kita jaja, kita tentang, kita lawan? Mengapa jika berlaku dalam PAS kita berdiam diri? Sesungguhnya bala Allah lebih dekat dengan kita (orang yang tahu) jika dibandingkan dengan orang dalam UMNO (orang yang jahil). Mengapa? Kerana banyak sangat Syaitan Bisu. Boleh berdiam diri bila kemungkaran berlaku. Dalam UMNO ulama kurang, tetapi dalam PAS Ulama' menunggul ramai, tetapi masih berdiam diri. Mungkin malu kepada sesama makhluk lebih kepada Allah.
TG Nik Aziz boleh memberikan alasannya. Tetapi sebagai Ketua Eksekutif Negeri, kesalahan tetap kesalahan apabila menerima tajaan. Pada peringkat awal, aku masih berpendirian TG tak tahu, tetapi apabila kenyataannya banyak mempertahankan berkaitan tajaan, rasanya ada kesilapan yang perlu ditegur. Yang layak menegur Tuk Guru mestilah Tuk Guru juga. Jadi kita serahkan aje kepada Tuk - tuk Guru yang lain.
Tiada makluk yag sempurna. Setinggi mana pun ilmu kita, masih tidak layak dipuji dan haram dipuja. Itulah kita hamba Allah. Islam bukannya hak milik kita, kita hanya menumpang memperjuangkannya, moga Allah memberi ganjaran terbaik untuk kita.
Semakin hari semakin ku lihat kepincangan berpolitik. Lebih mudah menjadi MUNAFIK dari MUKMIN.

KERENGGA: Ramai lagi “Kickdefella” Dalam PKR / Nizar / PKFZ / Anwar

KERENGGA: Ramai lagi “Kickdefella” Dalam PKR / Nizar / PKFZ / Anwar

Sunday, November 15, 2009

lanailestari: Wajib Baca:The Third Force

lanailestari: Wajib Baca:The Third Force

AQIQAH DAN KURBAN, BANYAK YANG KELIRU

1. Bolehkah menggabungkan aqiqah dan kurban?

Ini masalah khilafiyah. Ulama-ulama mazhab al-Syafie membenarkan aqiqah dilakukan bersamaan dengan kurban seperti yang dikatakan oleh al-Imam al-Nawawi. Sedangkan Ulama-ulama mazhab Hambali dan Maliki tidak membolehkan dengan alasan aqiqah tidak sama hukumnya dengan kurban. Hal itu berdasarkan beberapa pendapat di bawah ini:

[1] Mereka melihat aqiqah adalah sebuah penebusan untuk anak yang dilahirkan. Oleh sebab itu seekor binatang yang disembelih untuk aqiqah hanya untuk seorang anak saja.

[2] Menurut Imam Ibn Hazm dlm Al-Muhalla (7/523): “Orang yg melaksanakan aqiqah dgn kambing yang cacat tetap sah aqiqahnya tetapi tidak dalam ibadah kurban.”

[3] Menurut Imam As-Sha’ani dlm subulus salam (4/1428): “Syarat kambing untuk aqiqah tidak sama dengan hewan kurban. Adapun orang yang menyamakan pensyaratannya, mereka hanya berdalilkan dengan qiyas.”

Juga berbeda dengan kurban, jumhur ulama berpendapat sebaiknya daging aqiqah dimasak dahulu sebelum dibagikan kepada orang lain.

Jalan keluar dari khilaf menurut Dr. Abdullah al-Faqih adalah dengan cara mengorbankan 3 kambing. Salah satu darinya berumur paling kurang 6 bulan untuk dijadikan kurban. Sedangkan dua kambing lainnya untuk dijadikan aqiqah bagi anak laki-laki.

2. Bolehkan memberi daging kurban atau akikah kepada non-Muslim?

Dibenarkan untuk memberikan daging kurban atau akikah kepada non-Muslim entah itu mereka tetangga kita, atau dari keluarga kita, bahkan dari kalangan orang miskin. Syaratnya adalah mereka tidak sedang berperang menentang orang Islam.

Tetapi ada juga ustadz yang menjawab seperti di bawah ini kalau ditanyakan boleh tidak daging akikah dimakan oleh non-Muslim:

Katanya tidak boleh menurut syarak. Pergi ke pasar kembali, dan beli daging untuk untuk menggantikan daging akikah yang telah dimakan oleh non-Muslim tersebut. Kemudian bagikanlah daging itu kepada fakir miskin. Alasannya adalah akikah itu adalah jamuan Allah kepada kita dan tidak boleh diberikan kepada yang mensyirikkan Allah.

Kalau saya lebih suka dengan pendapat yang membolehkan dibagi kepada non-Muslim.

3. Bolehkah memberikan daging kurban sebagai bayaran kepada penyembelih kurban?

Ada disebagian tempat penyembelihan kurban, si penyembelih dan yang memotong-motong daging secara otomatis menyisihkan sebagian daging yang mereka potong tanpa keizinan dari yang siempunya daging. Mereka menganggap itu sudah menjadi upah mereka. Karena ini sudah menjadi kebiasaan, si pemilik daging dengan terpaksa menyisihkan sebagian daging kurbannya kepada si penyembelih kurban. Bolehkah hal ini dilakukan:

Jawabannya adalah tidak boleh. Tidak dibenarkan membayar orang yang menyembelih dan memotong-motong daging tersebut dengan menggunakan daging kurban. Ulama berpendapat bahwa memberikan daging kurban sebagai upah akan merusakkan ibadah kurban tersebut. Oleh karena itu upah hendaklah dibayar dari hartanya yang lain seperti uangnya sendiri.

Sebaliknya pernah terjadi suatu kejadian pada saat memotong daging kurban di sebuah kota di Malaysia. Kebetulan yang menjadi pemilik daging kurban adalah orang-orang Arab (mungkin pelajar). Mereka mengerti bahwa tidak boleh memberi upah dengan daging kurban. Yang tidak eloknya adalah, setelah mendapatkan daging kurban yang telah dipotong-potong itu, mereka langsung meninggalkan si penyembelih dan si pemotong yang melongo karena tidak diberikan upah sedikitpun. Patutkah sikap dipemilik daging yang langsung cabut tersebut?

Tidak patut sama sekali, karena dibolehkan untuk memberi sedekah kepada penyembelih asalkan bukan diniatkan sebagai upah. Tapi harus diyakinkan terlebih dahulu, penyembelih itu dari kalangan yang memang berhak mendapat sedekah. Kalau mereka tidak layak menerima sedekah, maka kita bagikan daging kurban itu kepada mereka sebagai hadiah.

4. Bagaimana pembagian daging aqiqah?

Aqiqah disunatkan dengan kambing bagi setiap anak. Lebih baik lagi dua kambing bagi anak laki-laki jika mampu. Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali setuju dengan pendapat yang membolehkan aqiqah dengan unta, lembu dan kambing. Pandangan itu juga turut disetujui oleh dua pandangan dari mazhab Maliki.

Walaupun mereka dengan jenis binatang yang boleh dikurbankan, mereka berbeda pendapat mengenai pembagian aqiqah tersebut:

[1] Mazhab Syafie: pembagian aqiqah sama dengan pembagian qurban yaitu 1 kambing, 1/7 unta atau 1/7 lembu.

[2] Mazhab Maliki dan Hanbali: daging aqiqah adalah seluruh satu lembu atau seluruh satu unta.

5. Daging kurban diberikan kepada siapa saja?

Perbedaan pandangan tentang hokum daging kurban sebagai berikut :

[1] Mazhab Hanafi memandang sunah daging hewan kurban itu dibagi tiga: sepertiga sunah dimakan oleh pemiliknya; sepertiga dihadiahkan untuk teman-teman akrab, sekalipun mereka orang kaya; sepertiga lagi disedekahkan kepada orang miskin. Pendapatnya ini didasarkan kepada firman Allah swt : “Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (QS.22: 36). Dan hadis Nabi saw yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwa Nabi saw membagi kurbannya atas tiga bagian: sepertiga untuk keluargana, sepertiga untuk tetangganya yang miskin, dan sepertiga untuk peminta-minta (HR. Hafiz Abu Musa al-Isfahani).

[2] Mazhab Hanbali, memandang sunah daging hewan kurban itu dibagi tiga: sepertiga sunah dimakan oleh pemiliknya; sepertiga dihadiahkan untuk teman-teman akrab, sekalipun mereka orang kaya; sepertiga lagi disedekahkan kepada orang miskin (sependapat dengan Mazhab Hanafi). Tetapi mereka memandang wajib bagi pemilik hewan kurban memakan sepertiga dari daging kurbannya, karena perintah yang terkandung dalam ayat di atas mengandung pengertian wajib. Kendati demikian, ulama Mazhab Hanbali membolehkan pemilik kurban memakan daging kurban lebih banyak dari itu.

[3] Mazhab Maliki berpendapat bahwa daging kurban tidak perlu dibagi-bagi. Hadis-hadis yang menerangkan adanya pembagian itu semuanya bersifat mutlak, yang memerlukan perincian. Menurut mereka, Rasulullah saw sendiri tidak melarang memakan dan menyimpan daging kurban, tanpa memberikan kepada orang lain, seperti dalam sabdanya : “Saya melarang kamu menyimpan daging kurban lebih dari tiga hari, karena kepentingan sekelompok orang badui. Kemudian Allah memberikan kelapangan, maka simpanlah olehmu apa yang ada padamu” (HR. Muslim).

Suatu waktu Nabi Muhammad SAW melarang kaum muslimin menyimpan daging kurban kecuali dalam batas tertentu, sekedar bekal untuk tiga hari. Akan tetapi, beberapa tahun kemudian peraturan yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad itu dilanggar oleh para sahabat. Permasalahan itu disampaikan kepada Nabi Muhammad. Beliau membenarkan tindakan para sahabat itu sambil menerangkan bahwa larangan menyimpan daging kurban adalah didasarkan atas kepentingan Al Daffah (tamu yang terdiri dari orang-orang miskin yang datang dari perkampungan sekitar Madinah). Setelah itu, Nabi Muhammad bersabda, “Sekarang simpanlah daging-daging kurban itu, karena tidak ada lagi tamu yang membutuhkannya”.

Dari kasus tersebut terlihat, adanya larangan menyimpan daging kurban diharapkan tujuan syariat dapat dicapai, yakni melapangkan kaum miskin yang datang dari dusun-dusun di pinggiran Madinah. Setelah alasan pelarangan tersebut tidak ada lagi, maka larangan itu pun dihapuskan oleh Nabi SAW.

[4] Mazhab Syafi’i, hukumnya wajib untuk disedekahkan kepada fakir miskin sebagian dari daging kurban sekalipun jumlahnya sedikit, sementara selebihnya diberikan kepada handai taulan, baik kaya maupun miskin, dan pemiliknya sendiri sunah memakannya sekedar sesuap. Dasarnya merujuk kepada firman Allah swt : “Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta” (QS.22: 36). “Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir” (QS.22: 28). Dan berdasarkan hadis yang mengatakan bahwa, “Rasulullah saw biasa memakan hati binatang kurbannya” (HR.al-Baihaki).

6. Bolehkah sejumlah pelajar yang tidak mampu berkurban bersama-sama?

Mazhab Hambali dan Syafi’i membenarkan seseorang berkurban seekor kambing untuk dirinya dan untuk keluarganya. Hal itu karena Rasulullah SAW memang pernah menyembelih seekor kambing qurban untuk dirinya dan untuk ahli baitnya.

Hal senada juga disepakati oleh Imam Malik, bahkan beliau membolehkan bila anggota keluarganya itu lebih dari 7 orang. Namun syaratnya adalah:

[1] pesertanya adalah keluarga,

[2] diberi nafkah olehnya dan

[3] tinggal bersamanya.

Sedangkan bila patungan terdiri dari 50 anak di dalam kelas untuk membeli seekor kambing, tentu saja tidak bisa dikatakan sebagai hewan qurban. Karena tidak memenuhi ketentuan yang telah ada.

Kesimpulan:

[1] Seekor hewan kurban (unta, lembu atau kambing) boleh dikubarkan bagi pihaknya dan keluarganya .

[2] 1/7 bagian kurban boleh dijadikan kurban oleh seseorang bersama-sama dengan anggota keluarganya.

[3] Tetapi kurban bersama-sama yang bukan anggota keluarga tidak ditemukan fatwanya.

7. Mana didahulukan kurban atau aqiqah

Untuk persoalan yang mana lebih didahulukan antara aqiqah dan korban, maka jawabannya adalah seperti berikut :

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah adalah sunat Muakkad bagi setiap keluarga yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt sebagai tanda kesyukuran. Ini dapat digambarkan dengan hadis-hadis Rasulullah saw yang mensyariatkan ibadah tersebut seperti :

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka oleh karena itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Maka, jika dilihat kepada 2 hadis di atas, jelas kepada kita semua betapa dituntutnya dalam Islam untuk dilaksanakan ibadah aqiqah. Berbeda dengan ibadah kurban yang disyaratkan akan kemampuan untuk melaksanakannya, seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :

Barang siapa yang mempunyai kemampuan (untuk berkurban) , tetapi tidak mahu berkurban , maka janganlah ia mendekati tempat solatku” (HR Ahmad : 8256 , Ibn Majah : 3123 , al-hakim : 4/231)

Hadis di atas jelas meletakkan kemampuan sebagai syarat bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah kurban.

Berdasarkan kepada hujah dan pendapat di atas, maka dapat disimpulkan bahwa melakukan atau mendahulukan ibadah aqiqah adalah yang dituntut dalam Islam.

8. Apa hukumnya memotong rambut atau kuku bagi orang yang berniat untuk berkurban?

Makruh hukumnya menurut jumhur (kecuali Hanafi) . Menurut madzhab Hambali larangan Rasulullah saw untuk memotong kuku dan rambut pada sepuluh hari pertama bulan dzulhijjah bukan berarti hal itu haram dilakukan; tetapi hanya bersifat makruh. Sebenarnya hal itu dilakukan untuk menirukan mereka yang sedang melaksanakan ibadah haji dan umrah. Karena itu jika kemudian ada yang memotong kuku dan rambutnya, apalagi karena tidak tahu; maka ia tidak perlu membayar tebusan atau fidyah. Yang perlu ia lakukan adalah beristigfar kepada Allah Swt. Bahkan para ulama menyatakan bahwa al-karahah tazulu bi adna al-hajah . Artinya, ketentuan makruh tersebut bisa lenyap karena adanya kebutuhan minimal. Misalnya jika seseorang merasa risih dan tidak enak kuku dan rambutnya panjang, maka boleh saja ia memotong kuku dan rambutnya tersebut. Demikian ketentuan bagi yang hendak menyembelih hewan kurban.

Friday, November 13, 2009

TUAN GURU TAK JADI KE MEKAH?

Serangan UMNO makin hebat, habis dibongkarnya satu persatu. Kekadang fikir mungkin ada baiknya, Sistem Politik Demokrasi Dua Parti, setiap satu cuba menunjukkan lebih baik. Mungkin ada berita fitnah, mungkin ada betul? Jadi rakyatlah kena pandai menilai sendiri. Apakah rakyat Malaysia sudah bersedia ke arah itu.
Mangsanya TGNA sendiri, sehingga nak ke Mekah tahun ini menunaikan haji pun terpaksa dibatalkan. Dengar cerita ada tajaan ahli perniagaan. Betul atau salah, rakyat yang kena buat nilaian sendiri.
Pendapat dan keyakinan ku jelas TGNA takkan ambil rasuah atau tajaan. Sebenarnya ianya lebih kepada pemberian orang yang dikenali. Dengar khabarnya pemberian insan berniaga bernama Din. Din ini juga dah jadi macam anak angkat kepada TGNA. Itulah serba sedikit maklumat yang diketahui. Setakat mana kebenaran dan kesahihannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
TGNA orang berilmu dan warak, dia tahu membezakan antara baik buruk. Cuma isu ini diperbesar - besarkan. Kebetulan pula anak angkatnya itu ahli perniagaan, itu yang mendatangkan sedikit unsur fitnah. Dan dengar khabarnya Din juga rapat dengan Menantu. Ditambah pula menantunya berjawatan CEO di salah sebuah Perbadanan Milik Kerajaan Negeri. Mungkin ini juga akan menjadi isu besar satu hari nanti.
TGNA sendiri pun dah buat kenyataan, batal ke Mekah. Rasanya itulah kenyataan yang menggembirakan aku. TGNA bersikap mengalah dan meredakan sedikit ketegangan. Itu cara yang terbaik. Biarpun TGNA seorang Tuk Guru, tetapi kita kena ingat ia seorang Menteri Besar yang mempunyai kuasa. Setiap pemberian, hanya Allah yang mengetahui ikhlas atau pun tidak. Tetapi bagi manusia biasa, pemberian kebiasaannya ada niat yang sebaliknya.
Tidak layak kita membandingkan pemberian (hadiah) kepada Rasulullah, kerana Rasulullah tidak memberikan projek atau kepentingan dunia kepada sahabat.
Dan tidak layak juga kita membangkitkan apa yang pemimpin UMNO buat. Semua orang dah tahu rasuah, tajaan, hadiah adalah mainan mereka. Tak akan kita nak jadi macam mereka.
Menyembunyikan kesalahan adalah strategik politik, tetapi tidak suruhan agama. Jika diberi pilihan, ikut parti atau pemimpin mahupun agama, nescaya pilihan ku Islam Agamaku.
Insya'allah, TGNA akan dapat ke Mekah tahun depan tanpa tajaan atau pemberian sesiapa pun.
Dan dalam tempoh terdekat TGNA kena tengok - tengok sedikit menantu CEO itu. Nanti akan timbul unsur fitnah dan persepsi lain pulak.
Dan aku berdoa agar ada insan kaya yang sudi nak menaja ke Mekah menunaikan haji. Siang malam berusaha masih belum cukup untuk ke Mekah. Malangnya aku bukan seorang Tuk Guru.

Wednesday, November 11, 2009

Armada Kapal Perang Islam silam




Armada Laut di Era Kejayaan Islam
"Goke", Salah satu kapal perang Dinasti Ustmani

"Goke", Salah satu kapal perang Dinasti Ustmani

Ilmu astronomi berkembang seiring dengan kebutuhan penjelajahan kaum Muslim ke berbagai belahan dunia. Pasalnya, astronomi bermanfaat untuk navigasi dalam upaya menjangkau negerinegeri yang jauh dari wilayah kekuasaan Islam. Dengan demikian, astronomi membantu mengembangkan misi dakwah Islam, juga memperkuat perkembangan ilmu pengetahuan umat. Dalam proses menggapai dua misi itu, tak jarang umat Islam harus berhadapan dengan pasukan musuh yang menghadang.

Maka dibutuhkan pasukan perang yang kuat dengan bekal pengetahuan perbintangan yang mumpuni. Dalam satu dekade sejak penaklukan Mesir, umat Islam berhadapan dengan Byzantium (Kekaisaran Romawi). Dalam persaingan itu, umat Islam berhasil menguasai Laut Tengah bagian timur, yakni Cyprus sekitar tahun 30 H (649 M), dan Rhodes pada tahun 52 H (672 M).

Pada saat itu, Kekaisaran Romawi memiliki armada angkatan laut yang hebat dan kuat di Laut Tengah. Mereka menjadi salah satu kekuatan militer terkuat di dunia pada zamannya. Maka, umat Muslim berpikir bagaimana cara melawan angkatan laut yang tak terkalahkan itu. Sejak saat itulah dibentuk armada angkatan laut Muslim. Di sini navigasi diperlukan untuk menuntun arah hingga ke tempat-tempat yang mereka tuju.

Kaum Muslim berkeyakinan, makin teliti seorang navigator dalam menentukan posisinya di tengah laut, berdasarkan peredaran matahari, bulan, atau bintang, makin tinggi pula akurasi perhitungan waktu dan tempat yang dituju. Dengan demikian, persiapan logistik selama perjalanan pun dapat dilakukan secara lebih matang.

Ada kaidah berbunyi Ma laa yatimmul waajib illaa bihi, fahuwa wajib (apa yang mutlak diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu kewajiban, hukumnya wajib pula). Kaidah ini menjadi pedoman bagi kaum Muslimin dalam menyiapkan peperangan melawan Kaisar Romawi ketika itu.

Mereka mulai mempelajari teknik perkapalan, navigasi dengan astronomi maupun kompas, dan mesiu. “Bangsa Arab sangat cepat menanggapi kebutuhan akan angkatan laut yang kuat untuk mempertahankan dan mempersatukan daerah kekuasaannya,” jelas Ahmad Y. Al-Hassan dan Donald R Hill dalam karyanya Islamic Technology: An Illustrated History.

Selama era kekuasaan Bani Ummayah, Khalifah Mu’awiyah (602M-680M) berusaha memulihkan kembali kesatuan wilayah Islam. Setelah berhasil mengamankan situasi dalam negeri, Mu’awiyah segera mengerahkan pasukan untuk perluasan wilayah kekuasaan.

figure 35Penaklukan Afrika Utara (647 M- 709 M) merupakan peristiwa penting dan bersejarah selama masa kekuasaannya. Gubernur Mesir kala itu, Amr Ibnu Ash, merasa terganggu oleh kekuasaan Romawi di Afrika Utara. Karenanya, Amr Ibnu Ash mengerahkan pasukan di bawah pimpinan Jenderal Uqbah untuk menaklukkan wilayah Afrika Utara itu.

Pasukan Uqbah akhirnya berhasil menguasai Kairowan hingga ke bagian selatan wilayah Tunisia. Khalifah Mu’awiyah kemudian membangun benteng untuk melindungi kota Kairowan dari serangan pasukan Berber dan menjadikan kota Kairowan sebagai ibukota propinsi Afrika Utara.

Mu’awiyah tercatat sebagai pendiri armada angkatan laut Islam. Ia pernah menjabat sebagai Gubernur Syria, ketika kekhalifahan Islam dipimpin oleh khalifah rasyidah ketiga, Ustman bin Affan. Selama itu pula Mu’awiyah telah memiliki lima puluh armada laut yang tangguh. Pasukan laut ini akhirnya berhasil menaklukkan Cyprus (649 M), Rhodes (672 M), dan kepulauan lainnya di sekitar Asia Kecil.

Dengan penaklukan Afrika Utara (647 M- 709 M) dan Spanyol (705-715 M), kirakira 40 tahun kemudian, armada angkatan laut Islam di seluruh Laut Tengah menjelma sebagai yang terkuat dan tak terkalahkan hingga dua abad berikutnya. Pasukan ekspedisi dari Afrika Utara menduduki Sisilia pada tahun 211 H (837 M). Angkatan laut tersebut hingga masuk ke wilayah pantai Italia dan Prancis Selatan.

Armada laut Turki Ustmani
Berselang beberapa abad kemudian, Kesultanan Ustmani (Ottoman) juga mampu mengalahkan kekuatan Kaisar Romawi. Mereka berhasil menundukkan Konstantinopel (ibu kota Kekaisaran Byzantium) pada tahun 1453. Sejak itu, pemerintahan Ustmani mulai mengembangkan Istanbul (kota Islam) menjadi pusat pelayaran.

Bahkan, Sultan Muhammad II pun menetapkan lautan dalam Golden Horn sebagai pusat industri dan gudang persenjataan maritim. Dia juga mengangkat komandan angkatan laut, Hamza Pasha, untuk membangun industri dan gudang persenjataan laut.

Kesultanan Ustmani juga membuat sebuah kapal di Gallipoli Maritime Arsenal. Dengan komando Gedik Ahmed Pasha (tahun 1480 M), Kesultanan Ustmani memperkokoh basis kekuatan lautnya di Istanbul. Maka tak heran, jika marinir Turki mendominasi Laut Hitam dan menguasai Otranto.

Pada era kekuasaan Sultan Salim I (1512 M-1520 M), Kesultanan Turki Ustmani memodifikasi pusat persenjataan maritim di Istanbul. Salim I berambisi menciptakan negara yang kuat, tangguh di darat dan laut. Ia bertekad memiliki angkatan laut yang besar dan kuat untuk menguasai lautan.

Pembangunan dan perluasan pusat persenjataan maritim pun dilakukan dari Galata sampai ke Sungai Kagithane di bawah pengawasan Laksamana Cafer. Pembangunan dan perluasan ini rampung pada tahun 1515 M. Proyek besar ini menyedot dana hingga sekitar 50 ribu koin.

Selain mengembangkan pusat persenjataan Maritim Istanbul, Sultan Salim I juga memerintahkan membuat beberapa kapal laut berukuran besar. Selang beberapa tahun kemudian, sebanyak 150 unit kapal selesai dibuat. Dengan kekuatan yang dahsyat itu, Sultan Salim I pernah mengatakan, “Jika Scorpions (pasukan Kristen) menempati laut dengan kapalnya, jika bendera Paus dan raja-raja Prancis serta Spanyol berkibar di Pantai Trace, itu semata-mata karena toleransi kami.”

Dengan memiliki armada kapal laut terbesar di dunia pada abad ke-16 M, Turki Ustmani telah menguasai Laut Mediterania, Laut Hitam, dan Samudera Hindia. Tak heran, bila kemudian Turki Ustmani kerap disebut sebagai kerajaan yang bermarkas di atas kapal laut. Ambisi Sultan Salim I menguasai Lautan akhirnya tercapai.

Bahkan, sekembalinya Sultan Salim I dari Mesir, ia berpikir kembali akan pentingnya membangun kekuatan di lautan yang lebih kuat. Sebelumnya, kekuasaan Ustmani Turki telah menguasai pelabuhan penting di Timur Mediterania, seperti Syiria dan Mesir. Gagasan Sultan Salim I ini terus dikembangkan oleh sultan-sultan berikutnya. Berkat kehebatannya, Turki Ustmani sempat menjadi adikuasa yang disegani bangsa-bangsa di dunia, baik di darat maupun di laut.

Sumber :

Harian Republika

MuslimHeritage.com

Tuesday, November 10, 2009

PULANGNYA SEORANG TEMAN

Pagi hari ini, tiba - tiba sms berbunyi. 'Tuk Ayah sudah tiada'. Apabila dipanggil semula memang sahlah sms itu benar. Tuk Ayah panggilan untuk seorang teman, berasal dari Luit, Maran, bermastautin di Kuala Terengganu, jam 2 pagi 10/11/2009, pulang menghadap penciptanya.
Biarpun aku sendiri tidak pernah tahu nama sebenarnya tetapi dia selalu menjadi pendengar setia semasa aku dan teman bercerita politik. Dan dari gerak lakunya, pemahaman politiknya bertentang arus dengan pihak kami. Biarpun begitu, adakalanya ada juga yang dipersetujui bersama di dalam perkara. Beliau bukannya orang terkenal dan ternama. Mungkin pemahamannya lebih kepada Utusan Malaysia, itulah fikrah yang dianuti oleh jutaan umat Melayu. Sudah pasti parti dokongannya Melayu Bersatu yang dianggap mati - matian sebagai pejuang Melayu dan pembela Islam.Dan beliau tidak pandai mencari alternatif bacaan lain. Tidak sesekali kami menyalahkan beliau kerana itulah acuan yang ditanam 50 tahun oleh Kumpulan Melayu Bersatu. Dan beliau sendiri aku lihat sentiasa terhegeh - hegeh menggunakan telefon bimbitnya, sudahpasti beliau tidak memahami teknologi.
Bagi kami beliau adalah mangsa kemunduran pemikiran yang ditanam oleh Kumpulan Melayu Bersatu. Begitu besarnya sumbangan Melayu Bersatu dalam memundurkan pemikiran rakyat. Dan lebih malang lagi majoritinya adalah orang Melayu sendiri.
Al Fatihah untuk beliau.

Monday, November 9, 2009

Al-Ghuraba': Tersisih dan Terasing Kerana Mengamalkan Islam Yang Tulen

________________________________________________________________________
Al-Ghuraba': Tersisih dan Terasing Kerana Mengamalkan Islam Yang Tulen

http://an-nawawi.blogspot.com

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))

Asingnya mereka yang mengamalkan Islam yang benar dapat dilihat dengan jelas disebabkan beberapa fenomena berikut:

1 – Banyaknya ritual-ritual agama (bentuk-bentuk ibadah) gaya baru yang disandarkan kepada Islam dan dilabelkan sebagai sebahagian daripada sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dengannya, ia telah menutupi bentuk-bentuk agama dan cara beribadah yang sebenar berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah yang difahami sebagaimana generasi awal Umat Islam (para sahabat) mengamalkannya.

2 – Pelbagai jenis ritual ibadah bentuk baru itulah yang dinamakan sebagai bid'ah sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Terjemahan: Jauhilah olehmu perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam beragama) kerana sesungguhnya setiap perkara baru yang diada-adakan (dalam beragama) itu adalah sesat. (Hadis Riwayat Ibni Majah, Sunan Ibni Majah, 1/49, no. 42. Tahqiq al-Albani: Sahih, no. 42. Hadis Dari 'Irbadh B. Sariyah)

Bid'ah-bid'ah inilah yang menjauhkan manusia dari mengamalkan agama yang sebenarnya. Lalu mereka yang mengamalkan agama yang tulen dipandang serong dan seakan-akan menjadi asing (pelik).

3 – Disebabkan masing-masing mahu menjuarai dalam agama, maka perpecahan pun berlaku dengan berleluasa. Masing-masing kelompok membina agama berdasarkan aliran pemikiran dan hawa nafsu masing-masing. Mereka meninggalkan petunjuk dan garis panduan sebenar di dalam memahami agama yang telah sedia diwariskan dari generasi para salafus Sholeh (generasi awal umat Islam yang soleh). Mereka tidak mempedulikan firman Allah Subahanhu wa Ta'ala supaya mengikuti dengan baik jejak-jejak yang dirintis oleh para Salafus Sholeh (pendahulu terbaik dari umat ini):

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Terjemahan: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah, 9: 100)

4 – Kebodohan (kejahilan) yang begitu marak dan leluasa melanda sebahagian besar umat Islam. Ilmu berkenaan aqidah dan dasar-dasar 'ubudiyyah kering dari mengalir di dalam jiwa dan sanubari mereka. Lebih malang lagi, mereka meninggalkan usaha untuk memahaminya dan terus hanyut disibukkan dengan urusan selainnya yang semakin menjauhkan mereka dari kebenaran.

5 – Berpalingnya manusia dari agama dengan memahami agama itu dengan keinginan hawa nafsu masing-masing.

6 – Taklid buta di dalam soal beragama menjadi suatu kebiasaan. Mereka selesa untuk beragama dengan agama yang mereka perolehi dari apa yang datuk nenek mereka amal dan wariskan walau pun apa yang datang dari datuk nenek mereka itu adalah suatu kebatilan. Kesalahan dari datuk nenek mereka terus diperturunkan dari suatu generasi ke generasi seterusnya disebabkan kejahilan mereka yang meninggalkan sikap ilmiyah dan kritis dalam memahami sumber-sumber agama yang benar.

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi peringatan:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ

Terjemahan: Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”. (Surah al-Baqarah, 2: 170)

7 – Taklid buta dengan apa keluar dari mulut-mulut manusia yang digelarkan sebagai Ustaz mahu pun ulama menjadi suatu perkara yang biasa. Mereka merasa puas dan cukup dengan perkataan ustaz dan ulama. Lalu mereka mengabaikan perkataan yang lebih agung iaitu dari Kalam Allah dan perkataan Rasul-Nya. Ia menjadi lebih parah apabila perasaan taksub dan fanatik menguasai hati-hati mereka dengan tidak mahu mengakui setiap manusia itu mungkin berbuat salah dan tidak maksum.

Imam asy-Syafi'e rahimahullah berpesan:

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا ما قلت

Terjemahan: Apabila kamu menemui sesuatu di dalam kitabku yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. (Rujuk: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 1/63)

Begitulah serba sedikit berkenaan beberapa fenomena yang menjadikan golongan yang mengamalkan Islam yang tulen lagi sahih tersisih dan terasing. Mereka yang berada di atas kebenaran itu dipandang asing lagi pelik. Lebih parah, mereka bukan sahaja diasingkan, malah turut ditohmah dengan pelbagai bentuk fitnah dan kedustaan. Mereka dilabel sebagai sesat dan menyimpang.

Walhal, itu adalah disebabkan kejahilan golongan yang melabel itu sendiri lantaran jauhnya mereka dari ilmu dan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Jika mereka mahu meluangkan masa-masa mereka untuk menela'ah, nescaya mereka akan menemui semua itu sebenarnya bersumberkan kepada sandaran yang jelas dari Kalamullah dan as-Sunnah yang terang benderang...

Sunday, November 8, 2009

Sukarelawan dan Bantuan Kewangan diperlukan untuk Saudara Muslim Pattani

Sukarelawan dan Bantuan Kewangan diperlukan untuk Saudara Muslim Pattani
Sumber: E-mel yang dihantar oleh saudara Mohd Saiful (saiful_pedang87@yahoo.com.my)

Ziarah ke pattani beberapa hari yang lepas telah mengetemukan kami dengan timbalan mudir sekolah MA’HAD AL-BI THAT AD-DINIAH ( Pondok Haji Harun) iaitu Tn. Haji Abdul Rahman. Sekolah ini terletah di wilayah Yala di bahagian Selatan Thailand. Sekolah ini merupakan sekolah aliran agama yang juga menekankan akademik. Di mana, sesi paginya lebih menfokuskan kepada akademik dan sesi petangnya lebih kepada agama.

Pondok Haji Harun merupakan antara sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang teramai di Selatan Thailand, malah bagi saya yang teramai di Asia iaitu lebih 5,500 orang pelajar bedaftar di sini. Malah, bilangan pelajar sekolah ini pernah mencapai sehingga 10,000 orang pelajar pada satu ketika dahulu. Namun, akibat pergolakan dan krisis di Selatan Thailand jumlah pelajar di situ semakin berkurangan. terutama, apabila ramai guru-guru yang pernah mengajar di situ ditangkap, hilang tanpa dapat dikesan dan ditembak.

Malah menurut kata timbalan mudir sekolah juga, kejadian seperti bom atau tembakan disekitar kawasan sekolah bagaikan suatu pekara biasa bagi guru-guru dan pelajar sekolah ini. Persekolahan tetap diteruskan seperti biasa walaupun kejadian pegeboman atau tembakan terjadi hanya berhampiran pagar sekolah. Namun, akibat daripada pelbagai peristiwa ini, sedikit sebanyak telah menjejaskan bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini.

Melihat kepada keadaan fikikal sekolahnya memang tidak logik untuk menempatkan pelajar seramai itu dan menurut guru yang mengajar juga memang bilangan bilik darjah sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang ada, jadi mereka terpaksa menempatkan pelajar dalam kuantiti yang semaksimum mungkin dalam satu-satu kelas. Dari pemerhatian saya juga, memang keadaan bangunan dan infrastrukturnya seperti bangunan sekolah dan kemudahan belajar agak daif. Malah masih ada bilik darjah yang hanyak berdindingkan jaring besi.

Tn. Haji Abdul Rahman juga sempat membawa kami melawat sebuah bangunan baru sekolah yang telah lama dibina tapi masih belum siap kerana masalah kewangan untuk membeli keperluan bahan pembinaan.

Namun semangat dan kesungguhan serta keikhlasan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sana dalam usaha mendidik anak bangsa supaya berilmu untuk membela nasib agama, bangsa dan negara dan ketidak adilan dalam masyarakat amat tinggi sekali. Ditambah lagi kesedaran ibu bapa dan anak-anak yang melihat pendidikan adalah salah satu elemen penting untuk mengubah corak hidup dan taraf hidup mereka pada masa hadapan. Ini dijelaskan sendiri oleh guru yang mengajar di situ, ada pelajar yang tingga berpuluh-puluh batu dari sekolah berusaha untuk belajar di sini sehingga mereka terpaksa bertolak seawal sebelum subuh lagi ke sekolah.

Malah ada pelajar di sekolah ini yang tidak mampu membayar yuran persekolahan juga masih diterima masuk. Ini termasuklah pelajar-pelajar yang ibu bapa mereka telah tiada( yatim piatu), ayah ditangkap, ayah ditembak, ayah hilang dan sebagainya menyebabkan sumber pendapatan keluarga tidak cukup untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak. Kesungguhan dan keikhlasan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak bangsa mereka untuk terus maju dan kedepan amat jelas sekali.

Hasil perbincangan kami dengan Tn Haji Abdul Rahman telah memhasilkan beberapa cadangan untuk turut sama membantu pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan kepada saudara muslim kita di pattani. Antaranya:

- Bengkel Pengajaran untuk Para guru dan Pelajar di sekolah tersebut untuk subjek Bahasa Melayu(BM) dan Bahasa Inggeris(BI).
- sumbangan keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan (bahan yang terpakai juga blh disumbangkan).
- sumbangan kewangan untuk menyediakan dana untuk membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.

Bengkel pengajaran
-Kita memerlukan 10 orang (5 lelaki,5 perempuan) sukarelawan untuk mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris kepada para guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut. keutamaan diberikan kepada bakal-bakal guru khususnya dalam pengajaran bidang BM dan BI.
-tempoh bengkel 3-4 minggu( masih dalam perbincangan)
-tarikh dalam bulan 3 atau 4 tahun 2010 ( masih dalam perbincangan tarikh spesifik)
-penempatan dan makan minum insyallah akan di sedikan sepanjang benkel
-gaji atau elaun masih dalam perbincgan( tapi kalu boleh yang bersedia untuk terima papa2 gaji atau elaun)
-boleh bagi respon untuk menjadi sukarelawan bengkel ini selewat-lewatnya hujun bulan 11.
-perjumpaan( meting) pertama untuk membincangkan secara detail berkenaan bengkel ini akan diadakan pada bulan 12 ini.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan untuk bengkel tersebut atau sumbangan keperluan sekolah boleh hubungi :

Mohd Saiful Afindi Sulaiman ( 0194131472/ saiful_pedang87@yahoo.com.my),
Nur Khalillah Rasyid (0194737645/ kha_lillah@yahoo.com.sg)

Untuk bantun sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

Moga Allah merahmati dan memberkati jasa baik kita semua...

Mohd Saiful Afindi Sulaiman,
Timbalan pengerusi (I),
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pulau Pinang.

Friday, November 6, 2009

KEMELUT BOLA? KEMELUT AGAMA?

Lama tak menulis. Tak sempat, nak buka internet pun kekadang tak sempat. Faham aje la, soru perlu dicari.
Besuk Sabtu malam Ahad, bolasepak akhir Kelantan vs NS. Rasanya tak perlulah nak komen. Sebab bagiku bola bukanlah segala - galanya. Dapat pahala ke tak, itu aku tak tahu. Haram atau Halal bukan kerja aku. Siapa nak main, siapa masuk final, bagiku itu hanya hiburan semata - mata. Sebabnya aku tahu, orang tengok bola, ramai tak sembahyang. Ramai buang masa. Rasanya tak ada lagi orang berzikir dalam stadium tengok bola. Biarpun PAS mahupun UMNO, sama sahaja bila dalam stadium. Kalau Kelantan menang bola tak bermakna Islam menang, Kalau NS menag, tak bermakna UMNO menang.
Cuma aku tengok kekadang orang UMNO, PAS dan Keadilan boleh bersatu kerana bola. Nampak gayanya Bolasepak lebih utama dari Quran dan Islam.
Cuma doakan agar tidak terjadi pergaduhan dan perkelahian. Malu je nanti. Cukuplah untuk bola, bukannya tajuk utama.
Kes Dr. Asri, lebih menarik perhatian. Tup - tup, Dr Asri kena tangkap bagi ceramah tak tauliah kat Selangor. Tercengang! Sebab Selangor Negeri Pakatan Rakyat. Tanya MB Selangor, diapun tak tahu apa - apa. Hasan Ali tak tahulah, tapi komen dia, nampak gaya main selamat. Yang lebih - lebihnya Tuk Jib, cepat - cepat pertahankan Dr Asri dan terus salahkan Kerajaan Negeri. Cepat benar Tuk Jib buat keputusan. Nampak sangat gaya politik sekolah rendah. Strategik mudah dibaca.
Sejak bila Tuk Jib tulang belakang mempertahankan ulama'. Tetapi bab Dr Asri ini dia ke depan. Patutnya Tuk Jib bagilah juak - juak bagi komen. Jangan cepat sangat, jalan cerita orang dah tahu.
Aku tak sokong Dr Asri mahupun JAIS. Sebab aku tahu JAIS ini masih boleh digunakan oleh orang tertentu. JAIS bukannya terletak bawah Kerajaan Negeri. Dia bawah Majlis Agama dan Adat Resam Selangor. Jadi pefaham ajelah, bila majlis bawah siapa? Takkan dia nak dengar cakap MB atau Exco Kerajaan Negeri.
Peristiwa ini aku lihat akan muncul peristiwa yang besar lagi. Mungkin ini titik mulanya. Ini bukannya masalah Asri ada tauliah atau tidak. Asri cuma mangsa atau pelakun, itu aku tak tahu.
Aku cukup berpegang kepada kata Tuk Nenek Moyang aku, Kill two birds with one stone.
Yang disalahkan Kerajaan Negeri atau JAIS, yang kena Asri yang mewakili geng Wahabi, tetapi yang menangnya siapa? Jadi fikirlah dengan pedoman mata hati.
Dalam UMNO ada Wahabi yang sama dengan Dr Asri. Sampai ada yang jadi MB, ada yang jadi Menteri. Tetapi puak ini sangka dia menang, sangka dapat memperkembangkan pemikiran Wahabi, sebenarnya ia sedang dimainkan. Dah pasti musuh geng Wahhabi, geng yang baca Yassin, geng yang baca Qunut, baca Talkin, sebab ini keutamaan Wahhabi amalan yang perlu dihapuskan.
Pertelingkahan ini bukannya baru, di Malaysia, kalau tak silap sejak awal abad 20 lagi. Tetapi geng Wahhabi terlupa, dia ada musuh yang lebih besar sebenarnya. Yang hairannya kenapa musuh ini beria - ia mempertahankan Dr Asri atas Kebebasan Bersuara. Dan lebih malang lagi umat Islam sendiri hanya nampak Dr Asri dan JAIS sahaja. Tetapi tak nampak yang lain. Yang lebih malang lagi orang yang bergiat dalam politik, yang bercita - cita nak jadi Menteri pun tak faham, hanya tahu nak ambil keuntungan politik sahaja. Lemah sangat kepala otak ahli politik Islam berfikir, dari BN mahupun PR. Itulah bila hati ditutup dengan kelazatan dan kerakusan dunia. Inilah jadinya.
Doaku moga Allah melindungi dan menampakkan kepada mereka yang buta mata hati ini. Mungkin sebab Songkok yang terlalu tinggi atau Ikatan serban yang menjerut kepala.