Monday, November 30, 2009

KORBAN @ MAKAN LEMBU?

Berakhir sudah, hari Tasyriq, hari di mana boleh melakukan ibadah kurban. Maka tiada lagi ibadah kurban sehinggalah ke tahun hadapan, itupun jika Allah memberi kurnia dan rezeki serta kekuatan kepada kita.
Berkurban hanya pada 10,11, 12, dan 13 sahaja. Malangnya kedaifan ilmu dan kefahaman masyarakat tentang kurban, banyak yang mempersesiakan sahaja. Masih ramai lagi yang mengambil waktu tersebut untuk membuat aqiqah. Hairan bin Ajaib, kawasan mana rasanya tak perlu diungkapkan. Memang tidaklah menjadi keharaman untuk beraqiqah pada tanggal tersebut tetapi alanhgkah baiknya mencari keutamaan. Banyak yang memberi alasan jika beraqiqah pada waktu tersebut lebih murah dibandingkan dengan membeli seekor atau dua ekor kambing. Jika berbuat kebajikan agama kita berkira,rasanya lebih baik tak payah buat. Aqiqah pun bukannya amalan wajib. Jika ASTRO setiap bulan RM80 mampu dibayar, tak akan lah RM1000.00 seumur hidup untuk menghidupkan amalan agama tak mampu kita laksanakan. Tetapi itulah amalan dan pemikiran orang kita. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita dan mereka.
Ramai orang berkorban, banyak lembu yang terkorban di Eidul Adha. Malangnya masih ramai orang yang berkorban mengambil kesemua daging kurban balik ke rumah. Kemudian mereka memasaknya dan menjemput jiran - jiran, saudara - mara. Kurban lebih baik disedeqahkan daging mentah, bukannya yang bermasak. Jika bermasak itu adalah lebih baik untuk aqiqah. Dan lebih malang lagi masih ramai yang menyimpan berpuluh kilo daging kurban untuk bekalan sendiri. Jika begitu rasanya tak payah berkurban, sebab tiada langsung ciri - ciri pengorbanan disitu.
Rasanya peranan ustaz dan alim - ulama' ditagih. Tak perlulah kita berbicara tentang pengorbanan yang besar - besar, jika pengorbanan yang sekecil ini pun masih ramai yang keliru. Dan lebih malang lagi, ramai ustaz dan alim ulama' yang berdiam diri dan terlibat sekali. Mungkin takut nanti tidak diberi dan merasa daging kurban pula.
Ibadat biar dibuat secara ibadat, bukannya adat. Jika tidak mungkin pahala kurban tak dapat tetapi hanya kenyang makan lembu sahaja.
Wallahu'alam

No comments: