Khabar internet, Tuk Guru dah suruh Arif Fahmi letak jawatan. Melegakan ramai pihak. Moga orang yang di atas pagar tidak memandang serong dengan Tuk Guru dan PAS.
Jelas keterbukaan Tuk Guru, menerima pandangan orang lain. Biarpun berstatus Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Tuk Guru masih sudi mendengar dan mengambilkira buah fikiran orang lain.
Biarpun Tuk Guru tak kenal aku, tetapi aku mengenali Tuk Guru. Tuk Guru adalah imej kepada perjuangan PAS. Di kala orang lain berbalah berpadu atau tidak, Tuk Guru ke depan menjelaskan pendirian beliau. Selamatlah Pakatan Rakyat. Tuk Guru faham tentang strategik dan tendang terajang dalam politik. Biarpun kadang kala pendirian beliau agak kontroversi.
Sebab apa aku sayang Tuk Guru, bukan kerana dia orang PAS, tetapi kerana ilmu dan pendiriannya. Aku malu jika imej Tuk Guru dicar - calarkan oleh orang lain biarpun dari kalangan keluarga sendiri. Kerana Tuk Guru adalah pemimpin dan milik masyarakat bukan sahaja rakyat Kelantan tetapi lambang perjuangan Islam di Malaysia.
Aku tidak mengenali Arif, dan beliau pun sudah wajib tak mengenali aku. Aku pun tak pasti dia baik atau buruk kerana secara pribadi ridak mengenalinya. Tetapi bagiku pada usia begitu, kemampuan untuk memegang amanah besar amat berat. Apakah tiada rakyat Kelantan lain yang mampu?
Kepimpinan perlukan kematangan, bukan sahaja kepandaian. Kematangan perlu ditempuhi oleh pengalaman, bukannya hanya membaca di atas kertas. Mengendalikan manusia tidak sama dengan kendali mesin. Semua orang maklum, jawatan besar ujiannya besar. Rasanya di usia semuda itu Arif belum tentu mampu menanganinya. Faham aje la, usia muda, nafsu pun besar.
Tajaan ke Mekah? Aku tahu orang PAS tak berani komen secara terbuka. Takut mengguris hati Tuk Guru. Takut imej PAS tercalar. Biaya ke Mekah memang diamalkan oleh orang Melayu, bukan sahaja di Kelantan, bahkan seluruh Nusantara. Yang berada akan membiayai orang alim yang lebih dikenali orang agama untuk ke Mekah sekiranya tidak mampu. Tetapi tak pernah pula dengar, biayai orang yang mampu untuk menunaikan haji. Seperti sedia maklum salah satu syarat Haji adalah 'mampu' atau dalam istilah kitab 'berkemampuan'. Adalah menjadi tanggungjawab orang berilmu untuk membetulkannya. Sekiranya kita mampu lebih baik dicadangkan kepada orang lain yang kurang kemampuannya. Adalah tidak patut, seandai kita sendiri mempunyai kemampuan tetapi mengambil hak orang lain.
Teringat kisah seorang kawan. Beliau berpeluang untuk memiliki rumah murah kerana jawatan dan kenalannya. Faham sahaja rumah murah mudah disewakan. Renovate sikit lama - lama boleh jual mahal. Gunalah nama orang lain. Ramai dari golongan ini mempunyai lebih dari 2 @ 3 buah rumah murah. Menguntungkan.
Alhamdulillah, dia tegas menolak tawaran tersebut kerana memikirkan lebih ramai yang benar - benar berhak dan takutkan pembalasan Allah. Beliau kata mengambilnya bererti membuang seorang yang berhak. Mengambil hak orang, zalim namanya. Beliau bukanlah seorang ustaz mahupun orang yang belajar agama Islam secara formal. Tetapi kerana beliau faham tasauf, beliau mampu meletakkan pandangan Allah di depannya. Itu pendapat aku je.
Mat Sabu kata 'Ada tajaan, ada udang sebalik mee..., biasalah itu lumrah alam. Hati orang mana kita nampak, biar baik bagaimanapun. Umpama nasihat seorang Profesor kepadaku, 'Setiap orang ada agendanya, samada benar atau salah, samada menepati hukum Allah atau tidak. Jadi bila difikirkan betul - betul dia menceritakan apa yang dikatakan oleh Imam Nawawi, iaitu Niat. Malangnya kita tak mampu membaca niat hati seseorang.
Berbalik pada tajaan, saya hamba hina di sisi Allah ini, merayu agar kiranya Tuk Guru mohon janganlah ditaja oleh sesiapa pun untuk ke Mekah, menunaikan haji mahupun umrah, selagi Tuk Guru masih dijawatan Menteri Besar Kelantan. Selepas itu terpulanglah kepada Tuk Guru.
Dan saya mohon ampun kerana saya bukanlah orang yang layak untuk menasihati Tuk Guru, apatah lagi untuk mengajar.
Saya berdoa moga Allah sentiasa melindungi Tuk Guru dari kejahatan manusia dan syaitan yang berbisik.
No comments:
Post a Comment