Lama tak menulis. Tak sempat, nak buka internet pun kekadang tak sempat. Faham aje la, soru perlu dicari.
Besuk Sabtu malam Ahad, bolasepak akhir Kelantan vs NS. Rasanya tak perlulah nak komen. Sebab bagiku bola bukanlah segala - galanya. Dapat pahala ke tak, itu aku tak tahu. Haram atau Halal bukan kerja aku. Siapa nak main, siapa masuk final, bagiku itu hanya hiburan semata - mata. Sebabnya aku tahu, orang tengok bola, ramai tak sembahyang. Ramai buang masa. Rasanya tak ada lagi orang berzikir dalam stadium tengok bola. Biarpun PAS mahupun UMNO, sama sahaja bila dalam stadium. Kalau Kelantan menang bola tak bermakna Islam menang, Kalau NS menag, tak bermakna UMNO menang.
Cuma aku tengok kekadang orang UMNO, PAS dan Keadilan boleh bersatu kerana bola. Nampak gayanya Bolasepak lebih utama dari Quran dan Islam.
Cuma doakan agar tidak terjadi pergaduhan dan perkelahian. Malu je nanti. Cukuplah untuk bola, bukannya tajuk utama.
Kes Dr. Asri, lebih menarik perhatian. Tup - tup, Dr Asri kena tangkap bagi ceramah tak tauliah kat Selangor. Tercengang! Sebab Selangor Negeri Pakatan Rakyat. Tanya MB Selangor, diapun tak tahu apa - apa. Hasan Ali tak tahulah, tapi komen dia, nampak gaya main selamat. Yang lebih - lebihnya Tuk Jib, cepat - cepat pertahankan Dr Asri dan terus salahkan Kerajaan Negeri. Cepat benar Tuk Jib buat keputusan. Nampak sangat gaya politik sekolah rendah. Strategik mudah dibaca.
Sejak bila Tuk Jib tulang belakang mempertahankan ulama'. Tetapi bab Dr Asri ini dia ke depan. Patutnya Tuk Jib bagilah juak - juak bagi komen. Jangan cepat sangat, jalan cerita orang dah tahu.
Aku tak sokong Dr Asri mahupun JAIS. Sebab aku tahu JAIS ini masih boleh digunakan oleh orang tertentu. JAIS bukannya terletak bawah Kerajaan Negeri. Dia bawah Majlis Agama dan Adat Resam Selangor. Jadi pefaham ajelah, bila majlis bawah siapa? Takkan dia nak dengar cakap MB atau Exco Kerajaan Negeri.
Peristiwa ini aku lihat akan muncul peristiwa yang besar lagi. Mungkin ini titik mulanya. Ini bukannya masalah Asri ada tauliah atau tidak. Asri cuma mangsa atau pelakun, itu aku tak tahu.
Aku cukup berpegang kepada kata Tuk Nenek Moyang aku, Kill two birds with one stone.
Yang disalahkan Kerajaan Negeri atau JAIS, yang kena Asri yang mewakili geng Wahabi, tetapi yang menangnya siapa? Jadi fikirlah dengan pedoman mata hati.
Dalam UMNO ada Wahabi yang sama dengan Dr Asri. Sampai ada yang jadi MB, ada yang jadi Menteri. Tetapi puak ini sangka dia menang, sangka dapat memperkembangkan pemikiran Wahabi, sebenarnya ia sedang dimainkan. Dah pasti musuh geng Wahhabi, geng yang baca Yassin, geng yang baca Qunut, baca Talkin, sebab ini keutamaan Wahhabi amalan yang perlu dihapuskan.
Pertelingkahan ini bukannya baru, di Malaysia, kalau tak silap sejak awal abad 20 lagi. Tetapi geng Wahhabi terlupa, dia ada musuh yang lebih besar sebenarnya. Yang hairannya kenapa musuh ini beria - ia mempertahankan Dr Asri atas Kebebasan Bersuara. Dan lebih malang lagi umat Islam sendiri hanya nampak Dr Asri dan JAIS sahaja. Tetapi tak nampak yang lain. Yang lebih malang lagi orang yang bergiat dalam politik, yang bercita - cita nak jadi Menteri pun tak faham, hanya tahu nak ambil keuntungan politik sahaja. Lemah sangat kepala otak ahli politik Islam berfikir, dari BN mahupun PR. Itulah bila hati ditutup dengan kelazatan dan kerakusan dunia. Inilah jadinya.
Doaku moga Allah melindungi dan menampakkan kepada mereka yang buta mata hati ini. Mungkin sebab Songkok yang terlalu tinggi atau Ikatan serban yang menjerut kepala.
No comments:
Post a Comment