Tuesday, September 29, 2009

KISAH RAJA KATAK KEMBALI LAGI

Bila disebut Raja Katak, semua orang tahu ditujukan kepada siapa gerangannya? Gerangan itu pun telah melekat dari dulu hingga sekarang. Yang lebih kecuh lagi Raja Katak ini manusia yang pandai ambil kesempatan. Buat bodoh, tetapi ada kesempatan terus sapu.
Raja Katak di zaman Mahathirisme mendapat kepercayaan penuh ketuanya. Sebab dia pun pakar dalam menjilat. Dulu dia pernah beraku janji nak jilat j**** Mahathir, waktu dia bertingkah. Tetapi lepas itu dengan selamba masuk UMNO dan yang pasti mungkin dia dah jilat sebab nak kotakan janjinya. Itulah kelebihan Raja Katak Pakar Jilat.
Sekarang ni tengah berlaga pula dengan TG Nik Aziz. Sebab apa mungkin semuanya dah sedia maklum. Raja Katak memang berjiwa tidak setia. Mudah melupakan jasa orang asalkan dia dapat keuntungan. Strategik Raja Katak sebenarnya nak masuk UMNO balik dan nak bodek Najib agar terimanya. Itu sebab dia buat kacau bilau, duk serang Pakatan Rakyat. Harap - harap Najib jeling dan offer kat dia. Biasalah orang dah biasa makan taik, tak dapat cium pun jadi. Itulah Raja Katak.
Kepada penduduk Pasir Mas, nasihat lah Raja seorang ini agar bawa - bawalah bertaubat. Cukuplah mengganggu orang lain. Nanti keaiban anda dibongkar satu persatu. Lagi malu. Bercakap menggunakan akal untuk kebaikan. Bukan bercakap memuaskan lidah dan hati sahaja.
Semua orang tahu Raja Katak pakar Jilat hanya pandai mengambil kesempatan. Orang UMNO sendiri pun naik menyampah. Kalau dalam UMNO pun tiada tempat apatah lagi dalam Pakatan Rakyat. Jadi kita biarkan sahaja Raja Katak terus memekik, lama - lama pecahlah tenggoloknya.

KERENGGA: Kenapa Bekas Pengasas SIS(Cik Salbiah Ahmad) Keluar SIS / UBN Najib Altantuya

KERENGGA: Kenapa Bekas Pengasas SIS(Cik Salbiah Ahmad) Keluar SIS / UBN Najib Altantuya

Friday, September 25, 2009

CURANG

Membaca Artikel Kerengge, Isteri meraikan Hari Jadi bersama teman lelaki, tidak memeranjatkan aku langsung. Apabila melihat isteri tersebut adalah salah seorang kakitangan kerajaan lagi lah membuatkan aku tidak hairan. Bukan perkara pertama yang dibaca dan pengalaman aku melihat kejadian ini banyak kali terjadi.
Kecurangan isteri kepada pasangannya yang sah, bukanlah satu perkara pelik dan sering terjadi dewasa ini. Mengapa dan Kenapa? Mungkin perlukan banyak kajian dan penilaian.
Bagiku manusia samada lelaki atau wanita, ustaz atau ustazah, lepasan U atau tidak, pegawai kerajan atau tidak bukanlah penyebab untuk curang. Curang terjadi kerana nafsu dan bisikan syaitan. Alasan boleh diberikan, mengikut hajat hati untuk membenarkan perlakuan.
Kecurangan bagi kaum lelaki lebih banyak, tetapi sekiranya wanita yang curang, ianya agak janggal. Di dalam kes di Kangar, tangkapan yang membongkarkan segalanya. Ini bermakna bukannya yang pertama kali curang. Mungkin telah berkali - kali curang.
Alasan yang kuat bagi wanita, tidak puas atau tarikan wang ringgit. Ini yang menyebabkan mudahnya berlaku kecurangan. Di tambah pula dengan kelemahan iman dan amalan kepada Allah.
Kepada sang suami, mungkin cara terbaik ialah mendidik Isteri. Perempuan jika tidak terdidik akan mudah terpengaruh kepada sekitaran yang sentiasa menggoda. Jalan yang terbaik KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM.
Tanggungjawab seorang suami bukan sahaja memberi makan minum dan pakai tetapi mendidik Isteri agak patuh dan taat kepada Allah.

KERENGGA: Isteri Rai Harijadi Dengan Lelaki Lain Dalam Bilik Hotel

KERENGGA: Isteri Rai Harijadi Dengan Lelaki Lain Dalam Bilik Hotel

KERENGGA: Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot / UBN Najib Altantuya

KERENGGA: Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot / UBN Najib Altantuya

KERENGGA: UBN Najib Altantuya: UKM denda pelajar hadiri usrah RM1,400

KERENGGA: UBN Najib Altantuya: UKM denda pelajar hadiri usrah RM1,400

Wednesday, September 23, 2009

KEMPEN BASMI ARAK

TERAS akan melancarkan kempen basmi arak melalui Gerakan Masyarakat Bertindak Basmi Arak (Action Against Alcoholism) . Gejala minuman keras semakin serius di negara ini yang telah melibatkan kesan buruk ke atas pelbagai kaum .

Kami berpendapat bukan sahaja gejala arak menjejaskan kesihatan , malah memburukkan keadaan sosial , ekonomi dan budaya masyarakat.

TERAS berpendapat isu hak orang bukan Islam untuk minum arak tidak boleh disekat tidak timbul kerana keselamatan dan kesejahteraan awam lebih utama dari kepuasaan dan hak individu.

Gerakan ini akan melibatkan pelbagai kaum supaya mesej mengenai bahaya arak dan kesannya akan dapat disampaikan kepada semua etnik di negara ini. Mesej yang akan disampaikan akan merentas keperayaan ideologi dan agama.

Kami berpendirian bahawa negara ini tidak harus meneruskan pengeluaran lesen menjual arak semada untuk minum peribadi atau di majlis terbuka. Matlamat sifar arak adalah matlamat yang akan cuba dicapai oleh gerakan ini.

Lantaran itu pendirian kami usaha untuk akhirnya menutup kilang arak di Malaysia perlu didokong oleh semua pihak.

Hujah kesan kepada ekonomi dari segi pendapatan cukai untuk kerajaan tidak boleh mengatasi hujah kesan sosio-ekonomi yang jauh lebih tinggi.

TERAS sangat prihatin terhadap gejala minum arak yang jelas membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Pelbagai insiden betapa ia terbukti menjadi budaya cukup merbahaya di negara ini sudah memadai untuk industri arak di basmi.

Kenyataan pengambilan minuman beralkohol atau arak dikenal pasti punca kepada 30 peratus kemalangan jalan raya di Malaysia seperti yang didedahkan oleh Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor adalah bukti kukuh kenapa kempen ini mesti dijayakan. Beliau mendedahkan hal tersebut berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).

TERAS yakin masyarakat Malaysia boleh menerima kenyataan bahawa individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan berada dalam keadaan kurang normal. Risiko terlibat dalam kemalangan pastinya adalah tinggi.

Bukan sahaja fakta ini tidak dapat dinafikan malah pengambilan minuman beralkohol juga mengakibatkan keganasan rumah tangga.

Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya.

Lebih buruk lagi Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan terhadap anak.

Malah David berkata lagi bahawa, kesan lain yang sering timbul daripada pengambilan alkohol atau arak adalah melakukan pembunuhan dan perceraian.

Di Eropah, seorang pakar perunding, Peter Anderson yang mengkaji kesan berhubung pengambilan alkohol mendapati ia menyumbang 40 peratus kes keganasan dan penderaan terhadap sembilan juta kanak-kanak.

Dengan ini TERAS yakin kempen ini akan mendapat sambutan dari sebilangan besar rakyat di negara ini tidak mengira ideologi dan kaum.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

KERENGGA: Sijil Lahir Untuk PTI, Apa Agenda BN? / UBN Najib Altantuya

KERENGGA: Sijil Lahir Untuk PTI, Apa Agenda BN? / UBN Najib Altantuya

!! BUJANG SUSAH !!: KEPERCAYAAN KEPADA PAWANG DAN BOMOH MERUNTUHKAN AKIDAH

!! BUJANG SUSAH !!: KEPERCAYAAN KEPADA PAWANG DAN BOMOH MERUNTUHKAN AKIDAH

Monday, September 21, 2009

EIDUL FITRI LAMBANG KEMENANGAN ISLAM

Kesibukan di akhir Ramadhan dan awal Syawal membuatkan kesuntukkan masa untuk menulis. AQlhamdulillah Allah telah memberi daku sedikit masa untuk kembali menaip dan menulis. Apabila aku internet dilayari semula, memang aku sudah ketinggalan zaman. Banyak berita - berita yang tak dibaca dan isu yang diikuti. Dari kes SIS yang tak habis - habis menyalak hinggalah ke Dr Hassan Ali yang tak berpijak di bumi yang nyata.
SIS pula yang buat rayuan dalam kes arak Kartika Sari. Di sini aku ingin mengajak pembaca berfikir, apakah dalam kes jenayah Mahkamah Sivil boleh diobuat begini juga. Nampak sangat keporak peranda jika berkaitan dengan Islam. Banyaklah suara dan keputusan yang tak betul dan haru biru. Yang hairannya Kerajaan hanya berdiam diri. Tiada tangkapan ISA biarpun kita tahu itu akan menghuru harakan negara. Kata ringkasnya Mengancam keselamatan. Begitulah bencinya manusia akhir zaman kepada ISLAM. Apa yang berkaitan denga ISLAM adalah salah sahaja. Hanya kepincangan.
Hukum Jenayah Sivil banyak yang lebih zalim dan kejam, tetapi tiada NGO yang membantah. Tetapi apabila berkaitan dengan ISLAM sudahpasti ramai pembangkangnya.
SIS atau Sister In Islam ini pun kita tahu hak milik siapa? Hanya berlindung sahaja di atas nama? Dan yang pasti ada penyumbangnya? Ahli aktif pun kita tahu milik siapa punya dan proksi siapa. Jadi tak hairan lah jika membawa kontroversi di dalam isu yang bertkaitan dengan Islam. Yang lebih malangnya tidak pernah pun Majlis Fatwa berfatwa tentang NGO yang satu ini. Biarpun dia lebih jelas dalam menentang samada hukum Fekah dan Tauhid. Mungkin SIS juga ada pengaruh ke atas Majlis Fatwa. Itu yang menyebabkan Majlis Fatwa malu alah kepadanya. Ini bermakna Majlis Fatwa lebih gentar dan takut kepada makhluk dari Allah sendiri. Mungkin penyumbang terbesar ahli Majlis Fatwa masih tidak mempunyai iman dan takut yang jitu kepada Allah kot.
Kepada pembaca, langkah yang terbaik berilah sokongan kepada Hakim tersebut. Dan moga Allah memberinya kekuatan beristiqamah. Dan moga Allah menghancurjkan dan menghina sesiapa sahaja yang menjadi porak peranda kepada penegakkan hukum Allah.
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI.

Saturday, September 12, 2009

BAIKKAH SANG IBLIS

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid .
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh
dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya,
dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid . Dlm perjalanan kembali ke masjid ,
dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan
dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu
dan berjalan menuju masjid .Di tengah jalan menuju masjid

dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih
dan mereka berdua berjalan ke masjid

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk
dan sholat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2
dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu..
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masj id ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu
merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda
sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan
keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan
karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu
utk melaksanakan niat baik tersebut .

Sunday, September 6, 2009

KUIL & SHAH ALAM

2 Khalid dihentam teruk oleh kumpulan yang mendakwa Pembela Islam Seksyen 23. 2 Khalid dicemuh teruk dengal pelbagai gelaran yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang Islam beriman, apatah lagi di bulan Ramadhan yang pernuh barakah ini. Amaran ingin mmencabul ADUN dan juga Exco wanita juga dilontarkan. Itulah yang dibaca dari laman blog, jika tersilap lapuran ini maka tersilaplah pandangan.
Adakah Islam menghalang pembinaan kuil atau rumah ibadat agama lain? Apakah Bukan Islam tidak layak beribadat atau membina rumah ibadat mereka? Mufti Selangor patutnya berani bersuara dan Majlis Fatwa pun patut berani berbunyi. Mungkin dapat membantu meredakan ketegangan yang sememangnya sedang dirancang oleh pihak tertentu demi kepentingan politik sempit mereka.
Di Shah Alam, mungkin berpuluh tahun telah ada kuil Hindu. Bahkan Kuil Hindu, sebenarnya telah ada di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam lagi. Kekadang terbayang juga di fikiran yang jahat, bagaimana agaknya suatu masa dahulu, orang Melayu dengan pakaian baju Melayunya bersembahyang di kuil? Ini sebenarnya dapat dilihat di Bali. Melayu beragama Hindu.
Berbalik kepada Kuil Hindu di Shah Alam. Perobohan kuil lama dan pembinaan kuil baru di Shah Alam. Kuil lama, kedudukan yang terlalu hampir dengan rumah penduduk yang bukan beragama Hindu, mengganggu ketenteraman penduduk. Sementara tapak baru agak jauh dari rumah penduduk.
Jadi jelaslah Kerajaan PR mementingkan keselesaan penduduk. Mungkian ada kelemahan dalam pentadbiran tetapi itu adalah satu keputusan yang baik. Mengapa ada segelintir penduduk yang sampai mencarut, memaki, mengugut, mengamuk tak tentu kalu tak dapat dipastikan. Mungkin mereka ini golongan merasakan diri mereka lebih baik sehingga isim. Sebelum dari ini golongan ini sanggup menyembelih lembu dan mengangkut kepalanya ke hulu ke hilir untuk mencari populariti. Menghina agama orang lain bukanlah ajaran Islam. Yang dianjurkan berdebat dan berhujah dengan hikmah.
Secara pribadi, saya tak kenal golongan ini. Tetapi golongan yang menggelar nama mereka PEKIDA, PEWARIS ada yang saya kenali perwatakkan mereka. Bagi saya mereka ini golongan Islam sempit, sama sepert ajaran songsang dan tarikat yang sesat. Golongan ini hanya mengambil Islam untuk keuntungan mereka. Mereka bukanlah golongan yang benar - benar ingin menegakkan Islam di muka bumi. Bagi mereka keuntungan dunia adalah lebih utama. Dari segi pribadi kebanyakan ahli pun tak menunjukkan ciri - ciri Islam yang baik. Banyak yang minum arak, berfoya, berzina, makan rasuah dan merosakkan anak bangsa sendiri. Tetapi yang menghairankan, mereka bangun jika ada isu yang boleh menguntungkan UMNO. Siapakah mereka?
Sekiranya perkara yang mendapat restu UMNO tetapi bertentangan dengan Islam dan Aqidah, mereka berdiam dan bersetuju.
Apakah di Negeri Kerajaan BN perintah, tiada masalah kuil di kawasan Melayu?
Apakah Islam mereka sama seperti Islam Wanita Pertama Malaysia? Menyeru orang lain membaca Al Quran sedangkan hukum asas Islam pun tak pernah dituruti. Jika suruhan Allah yang paling asas pun tak mampu dituruti, apakah mampu kita mengikuti yang lebih berat sehingga mengorbankan nyawa. Satu perkara yang amat musatahil dan ajaib.
Islam bermula dengan kata - kata dan dibuktikan dengan pengorbanan. Pengorbanan yang tertinggi adalah dengan nyawa sendiri tanpa mengharapkan balasan dunia. Yang diharapkan hanya REDHO DARI ALLAH SAHAJA.
Dan menjadi penganut Islam bukannya bermusuh dengan penganut agama lain. Kita diajar untuk menunjukkan contoh yang baik, moga mereka terpikat dengan ajaran Islam yang indah. Melainkan mereka mengistiharkan perang, barulah kita dibenarkan bertindak.
Di Malaysia, penguasaan politik dan keselamatan ditadbir oleh majoriti orang Islam, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Kepada golongan ini, kembali kepada Islam dan ajarannya yang sebenar. Cukuplah menjadi babi tunggangan manusia yang bertuhankan wang ringgit. Islam bukan sekadar belajar mengaji Quran sahaja.

KERENGGA: UBN Najib Altantuya: Baby For Sale !

KERENGGA: UBN Najib Altantuya: Baby For Sale !

Friday, September 4, 2009

HUDUD & IMAN

Menjadi orang beriman bukannya mudah. Bukan sekadar percaya kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Menjadi beriman perlukan mujahadah yang tinggi. Perlukan pengiaan dengan sebenar dari perbuatan, perkataan dan hati.
Mengakui segala suruhan dan saranan Allah, serta melaksanakannya tanpa ada keraguan, penyesalan dan sanggup menempuh apa rintangan yang ada.
Apakah Umat dan Pemimpun Melayu yang berkuasa benar beriman? Itu hanya Allah yang mengetahuinya. Kerana dia yang Maha Mengetahui. Tetapi syarat pemerintahan negara antaranya ialah melaksanakan hukuman Allah. Tidak berhukum dengan hukuman Allah, tercatit amaran yang jelas di dalam Al Quran.
Mungkin kita mampu bertolak ansur kerana proses penjajahan yang lama telah memadamkan Hukum Hudud itu sendiri. Biarpun sebenarnya Hukum Hudud telah pernah diamalkan di Tanah Air ini sebelum kedatangan British. Begitu pandainya Bristish sehingga yang menentangnya sekarang adalah orang yang mengakui beragama Islam dan lahir dalam masyarakat Islam. Yang menjadi lebih huru hara lagi, ada Mufti dan Kadi yang jelas menentang hukuman Hudud biarpun nampak berselindung disebalik kata - kata.
Hukum Hudud digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam dan zalim. Biarpun kajian menunjukkan tiada hukuman ini yang kejam dan zalim. Untuk menghukum pun bukannya mudah, perlukan saksi dan nyata kesalahannya. Jika dibandingkan dengan Hukum Sivil, ramai yang teraniaya kerana hukuman dijatuhkan biarpun bukti tidak mencukupi dan ketidakadilan hakim amat berleluasa.
Allah telah menguji kita dengan kes di Arak di Pahang. Hakim yang berani dan benar sanggup menjatuhkan hukuman di atas kuasa yang diamanahkan dan peruntukkan yang ada. Tahniah dan didoakan semoga Allah sentiasa melindunginya. Biarpun selepas itu menjadi kontroversi. Di sini saya melihat pimpinan politik tidak boleh diharapkan untuk menegakkan agama Allah. Permainan politik jelas membelenggu dan megikat mereka. UMNO DAN PKR TIDAK BERANI MENGELUARKAN KENYATAAN TERBUKA. UMNO ADA YANG MENENTANG, PKR BERDIAM DIRI. PAS ADA JUGA YANG BERMAIN TARIK TALI. Jelaslah pengaruh undi lebih penting dari mengagungkan agama Allah. Benarlah kata bijak pandai, politik hanya untuk orang yang mencari peluang diri.
Sebagai orang Islam dan beriman, sepatutnya bukan parti politik yang membelenggu kita, tetapi Iman dan Islam.
Peristiwa ini membabitkan pembongkaran keadilan Islam, maka terbukalah, sebat secara Islam jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan sebat cara Sivil. Kaedah yang ada juga dibaca dan dilihat oleh semua rakyat. Di sini kita diberi ilmu dan disuruh buat pilihan. Samada kita buta hati ataupun tidak?
Oleh itu sebagai umat Islam, kita mungkin tidak mampu menegakkan hukum Allah pada hari ini, tetapi sekurang - kurangnya ke arah menegakkan hukum Allah. Bagi orang Islam yang tidak beriman, hukum Kafir yang tercatit di dalam Al Quran bukanlah perkara yang membebankan tetapi tidak bagi orang yang beriman.
Di bulan Ramadhan ini, sepatutnya kita berdoa moga Allah memberi keimanan yang jitu, jauh dari sifat munafik, diberi kekuatan sanggup bergadai hatta nyawa untuk Agama Allah. Ganjaran yang sebenarnya di Akhirat, bukannya di dunia.
Berdoalah kita semua, satu hari nanti Hukum Allah akan mampu dilaksanakan kembali di Tanah Air ini. Insya'allah.

KERENGGA: Bagaimankah Hukuman Sebat Jenayah Syariah Dan Undang2 Sivil Dilaksanakan

KERENGGA: Bagaimankah Hukuman Sebat Jenayah Syariah Dan Undang2 Sivil Dilaksanakan

Thursday, September 3, 2009

SiNDIKET CULIK BUDAK

Insya'allah, esuk kita akan menempuh separuh Ramadhan. Begitu cepat masa berjalan dan beredar. Begitu juga dengan umur kita.
Hari ini, rasanya nak lari sedikit tajuk, lari dari politik dan lari dari tajuk biasa.
Kisah ini terjadi 2 hari yang lepas. Sedang berehat di sebuah kedai makan, tiba - tiba terlihat sebuah van yang dipenuhi oleh anak muda. Semuanya pakai porsh bag. Dalam hati ini mesti Polis Tak Beruniform.
Siasat - siasat rupanya ada kes.
Kes cubaan menculik. Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun, bersekolah asrama. Pelajar ini telah digoda dengan tawaran untuk menjadi model dan ganjaran yang lumayan. Akhirnya pelajar ini terpengaruh dengan pujuk rayu jejaka tersebut dan mengikutinya. Alhamdulillah, kehilangan pelajar dapat dikesan awal dan berjaya ditemui semula dalam lingkungan 50 km dari asramanya, bandar berhampiran. Malangnya Si Jejaka Celaka itu berjaya melepaskan diri. Apabila soal - siasat dilakukan, beberapa maklumat diperolehi.
Jejaka tersebut adalah seorang warganegara Thailand. Gerak kerja ini dilakukan oleh satu kumpulan. Sasaran mereka ialah remaja perempuan belasan tahun yang mempunyai masalah keluarga. Mereka berhubung melalui sms dan menawarkan tawaran wang ringgit yang lumayan. Selalu memberi hadiah. Mereka juga mempunyai orang tengah iaitu pekerja Siam yang bekerja di kedai makan.
Jelas lah ini satu sindekit. Tidak hairan lah kes seperti Nurin, Sharlinie, sehingga hari ini masih tidak dapat dikesan. Mungkin kerana membabitkan orang asing. Mereka mudah melepaskan diri.
Industri pelacuran kanak - kanak bukanlah satu industri yang besar di Malaysia, tetapi industri yang besar di negara jiran tertangga kita. Sekiranya mereka sanggup menceroboh negara ini dan menculik warganegara kita, ini adalah satu perkara yang pelik. Bagaimana dengan keselamatan di pintu masuk negara ini. Begitu mudah ditembusi dan dilepasi. Ke mana imigresen dan kastam? Apakah begitu mudah disuap? Atau ada laluan lain yang sulit. Tidak hairan jika Malaysia diistiharkan sebagai Negara Perdagangan Manusia.
Apakah dasar menggalakkan pelancungan kita begitu mesra dengan orang asing. Jika dilihat, Orang Siam bekerja dan berniaga dengan bebas di Malaysia, di atas tiket lawatan. Kedai makan kita dipenuhi oleh orang Siam. Jika ke pedalaman atau ke Chow Kit, peniaga adalah orang Indon. Begitu baiknya Kerajaan Malaysia dan Penguat kuasa kepada warga asing. Dan begitu mudahnya mereka berbuat sesuka hati di tanah air kita.
Tetapi seandainya rakyat Malaysia yang tidak berahlikan UMNO dan BN pula akan disusahkan dan dianggap sebagai Warga Negara Kelas Ke3.
Perkara yang kecila kan diperbesarkan dan kalau boleh dicampak terus ke dalam penjara.
Begitulah Malaysia Tanah air ku, mungkin Syurga untuk Warga asing dan penjenayah luar negara.

KERENGGA: Masyarakat 'nyah-peka' tragedi Nurin, Sharlinie

KERENGGA: Masyarakat 'nyah-peka' tragedi Nurin, Sharlinie

KERENGGA: Denmark akan bakar Quran

KERENGGA: Denmark akan bakar Quran

CINA ISLAM (林川興): Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani: Maksud Ungkapan Saidina 'Umar "Sebaik-Baik Bid'ah Adalah Ini" Ialah...

CINA ISLAM (林川興): Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani: Maksud Ungkapan Saidina 'Umar "Sebaik-Baik Bid'ah Adalah Ini" Ialah...

Tuesday, September 1, 2009

UNTUNG RUGI PERJUANGAN

Selepas satu hari menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta, harga minyak pun dinaikkan. Ramai yang mengeluh, biasalah bila minyak dinaikkan kerajaan akan mengeluarkan kenyataan membenarkan penyataannya. Dikatakan harga Minyak Dunia naik, itulah alasan saban tahun sejak 52 tahun lalu. Ada juga Menteri yang kurang cerdik kata, minyak tidak dinaikkan, kita ada pilihan. Memang begitulah alasan Menteri dan Kerajaan. Harga Minyak RON 97 naik, harga Minyak RON 95 adalah sama dengan harga Minyak RON 97 dulu. Jadi harga minyak tak naik tetapi direndahkan kualitinya sahaja. Begitulah cara BN memerintah, rendahkan kualiti, tetapi harga masih sama. Majoriti rakyat akan diam kerana yang penting ada minyak.
Sebenarnya aku malas nak tulis pasal minyak naik, sebab rakyat Malaysia tetap macam itu juga. Tetap membazir, tetap makan rasuah, tetap tak berubah.
Kalau kita pergi pasar Ramadhan, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tetap membazir juga. Membeli banyak - banyak dan membazir. Buka puasa pun sama bagi yang lebih sikit tetap akan berbuka di restoran besar, makan - makan sampai kenyang. Bukannya nak ingat orang miskin atau orang susah. Sama macam tu juga. Tak kira UMNO, PAS dan PKR. Perangai campur tolak je. Bila perlu laungkan perjuangan berlandaskan agama. Bila suruhan agama tak berkenan di hati atau terkena batang hidung, cari alasan agama umtuk membenarkannya. Cuma UMNO paling teruk, PKR tahap sederhana dan PAS kurang.
Jadi tak hairan, lompat melompat bila perlu. Semuanya melompat pasal duit RM. Tak payah lah kata kononnya pasal bangsa dan agama. Jadi tak hairan lah negara kita tetap macam ini. Erti perjuangan apabila menguntungkan. Jika tidak, boleh jalan lah.
Lebih 50 tahun, Malaysia tetap berfikir macam tahun 50 an. Cuma watak dan masa yang berbeza. Mudah diperbodohkan oleh pemerintah. Bukan tak tahu, sebab ada untung. Yang menentang pun bukan menentang kerana prinsip tetapi kerana ada untung juga. Itulah bangsa ku Melayu yang terkenal dengan mencari keuntungan. Yang penting untung.

~penarik beca: Pijak kepala lembu dengan harapan orang lain pijak Quran

~penarik beca: Pijak kepala lembu dengan harapan orang lain pijak Quran