Sunday, September 6, 2009

KUIL & SHAH ALAM

2 Khalid dihentam teruk oleh kumpulan yang mendakwa Pembela Islam Seksyen 23. 2 Khalid dicemuh teruk dengal pelbagai gelaran yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang Islam beriman, apatah lagi di bulan Ramadhan yang pernuh barakah ini. Amaran ingin mmencabul ADUN dan juga Exco wanita juga dilontarkan. Itulah yang dibaca dari laman blog, jika tersilap lapuran ini maka tersilaplah pandangan.
Adakah Islam menghalang pembinaan kuil atau rumah ibadat agama lain? Apakah Bukan Islam tidak layak beribadat atau membina rumah ibadat mereka? Mufti Selangor patutnya berani bersuara dan Majlis Fatwa pun patut berani berbunyi. Mungkin dapat membantu meredakan ketegangan yang sememangnya sedang dirancang oleh pihak tertentu demi kepentingan politik sempit mereka.
Di Shah Alam, mungkin berpuluh tahun telah ada kuil Hindu. Bahkan Kuil Hindu, sebenarnya telah ada di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam lagi. Kekadang terbayang juga di fikiran yang jahat, bagaimana agaknya suatu masa dahulu, orang Melayu dengan pakaian baju Melayunya bersembahyang di kuil? Ini sebenarnya dapat dilihat di Bali. Melayu beragama Hindu.
Berbalik kepada Kuil Hindu di Shah Alam. Perobohan kuil lama dan pembinaan kuil baru di Shah Alam. Kuil lama, kedudukan yang terlalu hampir dengan rumah penduduk yang bukan beragama Hindu, mengganggu ketenteraman penduduk. Sementara tapak baru agak jauh dari rumah penduduk.
Jadi jelaslah Kerajaan PR mementingkan keselesaan penduduk. Mungkian ada kelemahan dalam pentadbiran tetapi itu adalah satu keputusan yang baik. Mengapa ada segelintir penduduk yang sampai mencarut, memaki, mengugut, mengamuk tak tentu kalu tak dapat dipastikan. Mungkin mereka ini golongan merasakan diri mereka lebih baik sehingga isim. Sebelum dari ini golongan ini sanggup menyembelih lembu dan mengangkut kepalanya ke hulu ke hilir untuk mencari populariti. Menghina agama orang lain bukanlah ajaran Islam. Yang dianjurkan berdebat dan berhujah dengan hikmah.
Secara pribadi, saya tak kenal golongan ini. Tetapi golongan yang menggelar nama mereka PEKIDA, PEWARIS ada yang saya kenali perwatakkan mereka. Bagi saya mereka ini golongan Islam sempit, sama sepert ajaran songsang dan tarikat yang sesat. Golongan ini hanya mengambil Islam untuk keuntungan mereka. Mereka bukanlah golongan yang benar - benar ingin menegakkan Islam di muka bumi. Bagi mereka keuntungan dunia adalah lebih utama. Dari segi pribadi kebanyakan ahli pun tak menunjukkan ciri - ciri Islam yang baik. Banyak yang minum arak, berfoya, berzina, makan rasuah dan merosakkan anak bangsa sendiri. Tetapi yang menghairankan, mereka bangun jika ada isu yang boleh menguntungkan UMNO. Siapakah mereka?
Sekiranya perkara yang mendapat restu UMNO tetapi bertentangan dengan Islam dan Aqidah, mereka berdiam dan bersetuju.
Apakah di Negeri Kerajaan BN perintah, tiada masalah kuil di kawasan Melayu?
Apakah Islam mereka sama seperti Islam Wanita Pertama Malaysia? Menyeru orang lain membaca Al Quran sedangkan hukum asas Islam pun tak pernah dituruti. Jika suruhan Allah yang paling asas pun tak mampu dituruti, apakah mampu kita mengikuti yang lebih berat sehingga mengorbankan nyawa. Satu perkara yang amat musatahil dan ajaib.
Islam bermula dengan kata - kata dan dibuktikan dengan pengorbanan. Pengorbanan yang tertinggi adalah dengan nyawa sendiri tanpa mengharapkan balasan dunia. Yang diharapkan hanya REDHO DARI ALLAH SAHAJA.
Dan menjadi penganut Islam bukannya bermusuh dengan penganut agama lain. Kita diajar untuk menunjukkan contoh yang baik, moga mereka terpikat dengan ajaran Islam yang indah. Melainkan mereka mengistiharkan perang, barulah kita dibenarkan bertindak.
Di Malaysia, penguasaan politik dan keselamatan ditadbir oleh majoriti orang Islam, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Kepada golongan ini, kembali kepada Islam dan ajarannya yang sebenar. Cukuplah menjadi babi tunggangan manusia yang bertuhankan wang ringgit. Islam bukan sekadar belajar mengaji Quran sahaja.

No comments: