Sunday, March 29, 2009

MANUSIA MENYUSAHKAN.

Di dalam kehidupan ini, Al Quran telah memberitakan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian melainkan beberapa golongan. Benarlah seperti yang telah dimaklumkan Allah kerana ia Yang Maha Pencipta.
Di dalam kehidupan bermasyarakat, sekiranya kita tidak menyusahkan orang lain, kita akan disusahkan. Sudah menjadi tabiat manusia untuk menyusahkan orang lain. Memang ada sekelompok manusia yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.
Golongan seperti ini ada di mana - mana. Sekiranya menjadi peniaga, akan meniaga dengan penipuan yang penting hanya keuntungan tanpa mengira halal atau haram.
Sekiranya menjadi pegawai kerajaan, sudah tentu akan menyusahkan lagi kerana dengan kuasa boleh mnyeleweng atau menyebabkan lebih ramai orang lain susah dengan kerenahnya.
Sekiranya menjadi penganggur, nescaya akan meminjam atau mencuri tanpa mengambil tahu hak siapa pun.
Begitulah kejadian manusia.
Yang menjadi disusahkan ini kebiasaannya golongan yang baik dan beriman. Golongan ini tidak ingin menyusahkan orang lain dan menjauhi diri sedaya upaya dari disusahkan.
Tetapi telah menjadi adat dunia, golongan ini akan menjadi mangsa dan selalu menjadi sasaran. Kebaikan mereka dipandang lekeh, dipermainkan oleh golongan penyusah ini.
Ubat kepada penyakit ini kembali kepada Allah dan yakinlah bahwa setiap perbuatan akan dihitung. Yakinlah azab dan siksa amat pedih yang menanti kita. Yakinlah sedikit azab di alam akhirat menghilangkan semua kenikmatan sepanjang hidup di dunia.
Sekiranya kita menyakini ini nescaya kita takut untuk menganiaya orang lain, takut menzalimi dan akan memudahkan insan lain.
Sekiranya tiada keyakinan ini, tiada bermakna amal ibadat kerana telah menafikan balasan hari akhirat.
Sesungguhnya KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH LEBIH BAIK DARI KEHIDUPAN DUNIA.

Saturday, March 28, 2009

PILIHANRAYA LAGI.

Hari ini penamaan calun untuk tiga tempat, PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batangi Ai. Nampak gayanya Malaysira akan dikuasai oleh mood pilihanraya sehingga 7 April nanti. Macam - macam yang kita dengar dan baca. Yang pastinya Utusan, Berita Harian, RTM, TV3, TV7, TV8, TV9 akan memihak kepada Barisan Nasional. Semua berita yang buruk samada benar atau salah adalah pihak Pakatan Rakyat.
Seperti biasa berita melampau kesohihannya ditambah pula dengan tambahan akan berkumandang.
Pakatan Rakyat pula akan bertahan dan menyerang dan selalu juga berlebihan. Kekadang melampau dah nak sama macam Barisan Nasional.
Rakyat akan melihat, mendengar dan menghadamkaan segala fakta dan dongengan. Pilih dan analisis. Bila tiba tarikh pengundian, pangkah yang mana pilihan. Jangan memilih atas ketaksuban. Pilih lah atas kebenaran. Itulah ciri muslim sejati.
Dan ingatlah amaran Allah, dan azab Allah yang menanti kita. Orang yang menolak kebenaran adalah munafik. Azab disediakan untuk mereka.
Janganlah menganggap memilih pemimpin itu satu benda mainan, ianya ada tanggungjawab yang akan disoal kelak.
SELAMAT MENGUNDI DAN PILIH YANG TERBAIK UNTUK KITA BERASASKAN FAKTA DAN ILMU DARI ALLAH.

Tuesday, March 24, 2009

15 Sebab Turunnya Bala

Cerita Agama @ Nur Ad'din: 15 Sebab Turunnya Bala

UMNO BERUBAH?

Terkedu mendengar berita di pagi hari,kata - kata Dato' Najib, UMNO akan berubah. Berubah macamana tak tahulah. Berubah nama ke atau berubah orang atau berubah pemimpin.
UMNO hanya pertubuhan yang dianggotai oleh segelintir manusia. Manusia di dalamnya akan menentukan UMNO. Jika baik manusia di dalamnya, nescaya baiklah UMNO. Jika tidak, jahatlah ia.
Berubah kepada kejahatan lebih mudah dari berubah kepada kebaikan. Berubah kepada kebaikan amatlah payah, terpaksa ada pengorbanan.Bila disebut pengorbanan maka terpaksalah berkorban. Ini yang menjadi halangan kepada manusia. Jika mudah, murahlah syurga, sedangkan syurga amatlah mahal harganya.
Teringat kepada kisah seorang kawan ahli UMNO, dahulu ia seorang kaki maksiat, bila umur makin meningkat baru teringat Allah, konon - kononnya nak berubah. Mula lah nak sembahyang, nak beribadat. Malangnya apabilha naak buat baik, banyaklah diuji. Bila diuji dia mula mempersoalkan Tuhan pula. Habis diungkit segala amal ibadat, seolah - olah besar sangat amal ibadatnya. Begitulah susah nak berubah. Mampukah ahli UMNO menghadapinya.
Bila nak berubah, ahli UMNO tidak boleh meletakkan materialistik sebagai tujuan berpolitik. Rasa - rasanya amat payah. Setakat yang diketahui, ramai yang masuk UMNO nak projek. Boleh baik dengan Dato' sini Dato' sana. Boleh rapat dengan orang yang ada kuasa. Kalau UMNO dah tiada projek, maka hilanglah ahli - ahli macam ini. Bila dah tiada, maka tiadalah lagi ahli UMNO. Maka tinggallah UMNO parti yang tiada ahli.
Bila berubah kepada kebaikan, UMNO tidak dapat menggunakan kuasa yang ada kerajaan. Sebab UMNO hanya parti, bukannya kerajaan. UMNO milik ahli UMNO, Kerajaan milik rakyat. Bolehkah terjadi macam ini. Sedangkan pemimpin UMNO perlukan kuasa yang ada pada kerajaan nak bagi projek, nak tutup mungkar. Kalau tak ada kuasa, tiadalah kroni. Sedangkan tujuan masuk UMNO yang berselindung disebalik kuasa.
Dipendekkan cerita, bukan senang nak berubah. Perlukan banyak keazaman dan pengorbanan. Mungkin Dato' Najib hanya menyarankan, terpulang kepada ahli UMNO samada nak berubah atau tidak. Hatta Dato' Najib pun tak boleh dipaksa untuk berubah. Terpulang kepada diri masing - masing.
Berubah atau tidak, rakyat boleh menilai. Rakyat yang tentukan. Rakyat bukannya bodoh, rakyat melihat penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah berleluasa dan pelbagai kerenah biokrasi.
UMNO berubah atau tidak, kuasa tetap pada rakyat.
Rakyat tahu UMNO bukan Tuhan, UMNO tak beri rezeki, UMNO tak tentukan hidup mati. Yang berkuasa hanya ALLAH sahaja, Tuhan Pencipta Alam, bukannya UMNO.

Friday, March 20, 2009

ISLAM WARISAN

Alhamdulillah, kita telah ditakdirkan lahir sebagai seorang Islam. Ibu bapa kita adalah Islam, secara otomatik kita juga seorang Islam. Dapatlah kita didedahkan dengan ilmu dan ajaran Islam. Dari mengucap dua kalimah syahadah hinggalah menunaikan ibadat haji di Mekah. Inilah yang diajar kepada majoriti umat Islam di Malaysia. Ini kerana ada dalam sukatan di sekolah menengah. Mungkin bagi yang tak lulus setakakt darjah 6 @n tingkatan 3, mungkin kurang lagi kecuali ibubapa yang menghantar ke sekolah pondok. Bersyukurnya kita kerana inilah antara nikmat yang besar dikurniakan. Segala pujian hanya untukmu ya Allah.
Cubalah bayangkan sekiranya kita dilahirkan sebagai bukan Islam, mampukah kita mencari petunjuk dan ilmu Islam untuk mendapat hidayat dan rahmat Ilahi.
Dan lebih malang lagi, nikmat Islam yang dikurniakan dan dijaga serta dipertahankan. Ramai dari kalangan sanggup mengabaikan nikmat Islam yang ada bagi mencapai nikmat iman. Nikmat Islam tidak dibaja. Ilmu yang dipelajari tidak diamalkan apabila kita meningkat dewasa. Ilmu Islam yang dipelajari tidak ditambah dan dicari, cukupkah ilmu Islam di sekolah - sekolah? Semakin lama ilmu yang ada akan semakin menyusut kerana tidak pernah diamalkan.
Solat pun banyak yang alpa. Apabila tidak bersolat nescaya tidak mengucap. Yang bersolat pun banyak yang tidak sempurna.
Puasa hanya mengikut bulan, pahala puasa pun tidak dijaga. Ramai yang masih berbuat maksiat semasa berpuasa. Bulan puasa pun ramai yang ambil rasuah.
Zakat terasa beban, takut miskin. Sanggup mengeluarkan fatwa sendiri untuk membenarkan perbuatan tidak mahu mengeluarkan zakat.
Haji untuk mengejar trend semasa. Takut ketinggalan dan tiada status 'haji'. Itu pun dibuat dengan berlumba menunjukkan pakej mana yang terhebat.
Muangkinkah itu kita? Tepuk dada tanya diri. Tidak perlu menunding ke orang lain.
Allah telah memberi nikmat Islam, hanya selangkah untuk mencari nikmat iman. Itu pun kita malas dan tidak ingin. Apakah kurang yakin janji Allah, ganjaran syurga yang seluas langit dan bumi? Akhirat itu lebih baik dari penghidupan dunia.
Kalau kita yakin, nescaya tiadalah kita lakukan maksiat. Tidak sanggup kita bersekongkol dengan kaum yang zalim. Tidak sanggup kita makan rasuah. Tidak sanggup kita membunuh, merogol, memukul orang yang kita tahu teraniaya dan tidak bersenjata.
Apabila tiada keyakinan, tiadalah iman. Ini bermakna ilmu Islam yang dipelajari pun mungkin kita tidak percaya. Kategori ini tiada beza dengan orang kafir. Mungkin bezanya apabila mati kita dikebumikan dengan cara Islam. Sedangkan syahadah kita mungkin telah gugur lama dahulu kerana kita tidak yakin dengan janji - janji Allah, kita tidak pernah takut dengan Allah. Kita lebih takutkan menteri, penguasa, boss, takut dibuang kerja, takut tak makan, takut hilang pekerjaan. Kesimpulan takut hanya kepada perkara dunia. Akhirat tidak pernah terlintas dan tiada perasaan takut.
Adakah ini kita, moga dijauhi Allah.
Oleh itu berkorban lah untuk agama, berkorban lah untuk Islam, berkorbanlah untuk Allah dan Rasul. Itu adalah pilihan kita.
Ingatlah, hari pembalasan wajib datang biarpun tidak dijemput. Jangan tunggu malaikat tiba untuk membuktikan kepada kita. Segala - galanya telah terlambat.

Tuesday, March 17, 2009

Monday, March 16, 2009

PPSMI, ANGKAT MARTABAT BAHASA KITA


Saya rasa terpanggil untuk berbicara lagi berkaitan PPSMI. Biarpun demonstrasi dan segala bantahan dikemukakan, namun orang yang berkuasa masih buat bodoh sahaja. Seperti tiada apa - apa yang berlaku. Naif dan lembapnya mereka, tidak endah langsung perasaan majoriti orang Melayu dan Malaysia.
Mengapa susah sangat golongan ini hendak membuat keputusan, seolah - olah terikat kepada kepentingan diri bukannya kepentingan rakyat. Segala kajian dan hasil membuktikan kegagalan PPSMI.
Mungkin ada segolongan rakyat elit yang tidak mempercayai Bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu. Tidak yakin kepada kemampuan bangsa sendiri atau istilahnya tidak mempercayai diri sendiri. Golongan seperti ini akan terikut - ikut dengan budaya orang lain dan memperlekehkan budaya sendiri.
Di Indonesia, terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasa masing - masing. Tetapi mereka juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Sedangkan golongan Melayu di Indonesia hanyalah golongan minoriti. Hatta kita ketahui penduduk Jawa yang menjadi majoriti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Sedangkan kita di Malaysia menggadaikannya untuk kepentingan individu tertentu.
Bahasa Melayu adalah bahasa yang telah digunakan di rantau ini beratus - ratus tahun. Kini bahasa ini boleh dituturkan lebih dari 250 juta manusia. Bahasa melambangkan bangsa kita. Walaupun kita seorang Melayu tetapi sekiranya kita berbahasa lain dan tidak mengamalkan budaya Melayu, apakah layak kita mengaku orang Melayu?
Di dalam dunia ini hanya ada satu parti politik yang kononnya mewakili dan mengaku pejuang kepada bangsa Melayu tetapi namanya sendiri pun menggunakan Bahasa Inggeris. Malu tersangatlah malu.
Belajar Sains dan Matematik bukannya bahasa yang penting tetapi kefahaman. Adalah lebih mudah mengajar di dalam bahasa yang difahami, kerana dengan bahasa tersebut kita berfikir. Adalah lebih mudah anak Melayu dan rakyat Malaysia memahami melalui bahasa perantaraannya bahasa Melayu dibandingkan dengan bahasa lain.
Adakah pelajar UK dan US lebih cemerlang Sains dan Matematik kerana mereka belajar di dalam bnahasa Inggeris. Kecemeralangarn mereka kerana mereka faham apa yang diajar. Cubalah bayangkan bagaimana gamaknya jika kerajaan mereka melaksanakan pembelajaran di dalam Bahasa Perancis atau Bahasa Arab. Nescaya gagal lah anak orang putih ini kerana tak faham apa yang diajar. Ilmu asasnya bukan dari mereka tetapi kerana banyaknya buku - buku ilmu diterjemahkan ke bahasa mereka.
Apakah orang Siam yang belajar bahasa Siam lebih bodoh Sains dan Matematik mereka. Jika dilihat secara kasar, di dalam kajian dan ciptaan mereka jauh mendahului kita.
Di Filipina, bahasa Inggeris digunakan, apakah mereka lebih pandai dari kita di dalam sains dan Matematik? Apa yang kita lihat, mereka jauh ketinggalan.
Amatlah malang sekiranya segelintir orang bodoh menjadikan rakyat sebagai bahan eksperimen mereka untuk mengaut keuntungan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
Kita tidak pernah menentang Bahasa Inggeris, kita hanya menentang Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dan kita mencadangkan untuk mengemaskan bahasa Inggeris, pengajarannya perlu dikemaskan dan diperbanyakkan subjek lagi. Tetapi orang berkepentingan ini dengan tujuan mengelirukan orang kampung terus mengatakan kita anti bahasa Inggeris. Begitu daifnya mereka berfikir dan menyalahkan orang lain.
Kemudian mereka mengugut rakyat dengan menggunakan kuasa polis dan ancaman. Inikah cara terbaik menyelesaikan permasalahan negara? Mungkin beginilah cara orang lemah mentadbir, bukan berdasarkan fakta tetapi kepentingan perut dan materialistik diutamakan.
Yang lebih malang lagi budaya mengampu terus diamalkan. Sang pengampu langsung tidak faham berbahasa Inggeris. Tetapi demi kepentingan perut mereaka sanggup mengiakan dan menyokong, sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang disokong.
Berfikir sejenak, apakah kita perlu menggadaikan bahasa hanya untuk segelintir orang yang berkepentingan? Lebih mudah kita singkirkan mereka, kita daulatkan bahasa Melayu, kita perjuangkan bahasa Melayu agar menjadi Bahasa Antarabangsa. Bukan dengan memperosokkannya di kampung - kampung sahaja.

Monday, March 9, 2009

YA RASULULLAH

Seperti biasa dan telah sekian lama, semenjak hamba belum dilahirkan lagi, Sambutan Maulud pada 12hb Rabi'ul Awwal dilaksanakan. Tak pernah pun tertunda atau terlupa dek rakyat Melayu. Bagus sesangat bagusnya.
Tapi semenjak hamba dilahirkan juga, sekalipun hamba tak pernah pergi menyambut Majlis Maulud ini. Apakah hamba ini dikategorikan sebagai orang yang tak menyintai Rasulullah? Nauzubillah, mohon dijauhkan walaupun hanya terdetik dihati.
Semasa Rasulullah lahir, Abu Lahab (uncle Rasulullah) adalah orang yang paling gembira. Diceritakan apabila mendengar khabar tersebut, beliaulah orang yang pertama mengadakan majlis sambutan harijadi. Diceritakan juga sampai tahap sembelih berpuluh atau beratus unta. Bayangkanlah kalau tukar ke duit RM. Seekor unta pun dah mencecah RM30 - 40K. Kalau 10 ekor dah hampir RM300000.
Tapi malangnya, beliau mengakhiri saat kehidupan sebagai orang kafir dan janji allah neraka untuk beliau.
Hamba ini bukan ulama' untuk menfatwakan Sambutan Maulud, mungkin Mufti Harussani lebih layak. Tetapi apa gunanya sambutan dengan nyanyian kononnya nasyid. Bercampur lelaki dan perempuan. Adalah ceramah sikit - sikit, biasanya penceramah perempuan, pakai merelik merelak, tunjuk segala kristal yang ada. Penceramah lelaki macam ti baca skrip kekadang semaangat kekadang tidak. Lepas tu ada jamuan, ustaz yang ceramah tengoknya semangat makan pula. Lupa dah yang ceramah tadi. Itulah saban tahun kita tempuhi.
Pernahkah kita terfikir, apa yang kita buat ini ada ganjaran atau tidak di akhirat. Jauh menyimpang dari yang rasulullah ajarkan. Rasulullah, semasa hayatnya tak pernah buat pun. Khalifah ar - rasyidin pun tak buat juga.
Mungkin ada pendapat yang mengambil tarikh tersebut, sebagai kesempatan untuk berdakwah. Tetapi sekiranya apa yang kita buat bertentangan dengan hadis dan sunnah, lebih baik duduk kat rumah, tidur lagi baik kot.
Bagi hamba yang kerdil ini, melaksanakan ajaran dan amanat Rasulullah adalah lebih utama. tak guna kita berarak dan berpanas di bawah cahaya matahari atau berhujan, Sedangkan sunnah rasulullah kita tinggalkan. Orang yang melaksanakannya kita musuhi, kita benci, kita ejek dan hina.
Tak guna kiranya solat jemaah pun kita tak buat. Masjid seminggu atau setahun sekali baru kita jejak.
Kesimpulannya, lebih baik kita perjuangkan apa yang rasulullah perjuangkan adalah lebih baik dari Sambutan Maulud yang tak tahu hujung pangkalnya. Mungkin yang baiknya sekurang - kurangnya tahulah tarik kelahiran Junjungan Besar kita.

CINA ISLAM (林川興): Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

CINA ISLAM (林川興): Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

Sunday, March 8, 2009

MELAYU DAN YAHUDI

Maka amat marahlah kiranya kita digelar Yahudi. Apalah salahnya digelar Yahudi, sedangkan hanya satu nama bangsa kepada anak - anak keturunan Yahuda, anak kepada Nabi Ya'akob. Kekadang dipanggil juga dengan gelaran Bani Israil. Nama tidak melambangkan apa - apa pun. Ramai bangsa Yahudi akan masuk syurga sekiranya mereka beriman. Yahudi tidak salah, kerana hanya satu nama bangsa.
Yang salah, Yahudi yang membunuh orang Arab. Yahudi yang merasakan dia yang terbaik. Yahudi yang merasakan dia akan masuk syurga. Yahudi yang melakukan kezaliman. Yahudi yang menyiksa orang lain. Yahudi yang jahat. Yahudi yang merampas hak orang lain.
Tetapi kita tidak pernah pun takut atau malu atau rasa bersalah jika melakukan perbuatan yang sama dengan Yahudi.
KENAPA? Adakah kita boleh membunuh orang, merasa diri yang ter
baik, menyiksa orang lain, menjadi jahat, merampas hak orang lain, buat zalim, merasuah, berpuak, salah guna kuasa.
Menjadi Yahudi tidak salah, Yang salah berbuat zalim dan maksiat.
MELAYU YANG ZALIM, TEMPATNYA SAMA SEPERTI YAHUDI JUGA.
SEKURANG - KURANGNYA YAHUDI TIDAK MEMBANTAI BAHASA SENDIRI, MEMBANTAI RAKYAT SENDIRI. KEKADANG MELAYU ADALAH LEBIH TERUK DARI YAHUDI.

Saturday, March 7, 2009

PPSMI - BANTAHAN RAKYAT


PPSMI, satu bantahan rakyat terhadap sistem masa depan untuk generasi Melayu. Benarlah, orang Melayu menjadi pengkhianat kepada Melayu. Cukuplah pihak pemerintah politik. PM yang tak mampu membuat apa - apa, lemah dari segala segi. Menteri Pelajaran yang tak tahu apa - apa, hanya tahu berpolitik bodoh dan tiada rancangan untuk masa depan Negara.
Tahukah betapa pentingnya bahasa kepada satu bangsa. Jelas di sini ada satu parti politik Melayu yang begitu galak untuk menghapuskan bahasa Melayu. Mengapa? Alasan belajar Bahasa Inggeris dalam Math dan sains akan menjadikan kita pandai berbahasa Inggeris adalah satu lawak paling bodoh dalam dunia abad ini. Sebenarnya hanya kerana projek buku yang telah dimonopoli dan dipunyai pemimpin tertentu, itulah yang disebarkan di dalam internet.
Demi mencapai cita - cita ini, habis jentera kerajaan digunakan. Polis diperkudakan. Lebih malang lagi ramai pegawai kanan polis terlibat untuk mengampu pemimpin - pemimpin yang berkepentingan sendiri sahaja. Polis FRU, SB, preman, konstabel, lans koperal, sarjan, sarjan mejar, ini tak sedar kesan PPSMI ini akan membodohkan anak - anak mereka. Mungkin sebab yang jadi Polis ni kerana kurang berjaya dalam pelajaran dahulu, tetabi janganlah bersubahat menggadaikan nasib anak - anak dan bangsa sendiri. Gunakanlah sedikit akal yang dikurniakan Tuhan. Atas nama arahan hanya adalah alasan yang bodoh. Hanya binatang menggunakan alasan tersebut. Sedangkan sudah tentu anggota POLIS bukan binatang. Buktikan anda bukan Binatang. ANDA SEORANG MANUSIA YANG BEBAS, BERAGAMA, BERBANGSA DAN BERADAT. Jangan ikut ketua - ketua anda yang berhati binatang, hanya untuk kepentingan diri. Mungkin mereka ada ganjaran. Gaji mereka besar, anak - anak mampu disekolahkan di sekolah tersohor dan terBISTARI, sedangkan anda terpaksa merempat ke ulu ke hilir memohon simpati orang.
Anda seorang manusia, anda akan ditanya oleh Allah. Sudah pasti orang yang anda pukul hari ini tidak akan memaafkan anda sehingga anda dicampakkan ke dalam NERAKA. Sanggupkah anda tinggal di dalam NERAKA, diazab dari mula mati hingga ke akhirat.
Isu bahasa bukan isu potlitik. Isu bahasa isu keseniambungan satu bangsa ciptaan Ilahi. Apalah guna bahasa Melayu sekiranya tidak dimartabatkan sebagai bahasa ilmu. Dalam tempoh 10 - 20 tahun, bahasa MELAYU AKAN KETINGGALAN DAN SEMAKIN PUDAR. Lihat sahaja tulisan JAWI, dalam tempoh 10 tahun sahaja, musnah. Ini menunjukkan Menteri Pelajaran kurang cerdik untuk memahami isu ini. Membuktikan tidak layak menjawat jawatan itu. Mungkin kerana terlalu berpoya - poya dan kuat berhibur, fikiran manusia akan menjadi lemah.
Perjuangan isu bahasa sudah 6 tahun dibuat secara aman, tetapi kerajaan terus bertegas meneruskannya,walaupun keputusan ujian jelas membuktikan dan menakutkan. Jangan lepas ini Menteri Pelajaran kata dia tak tahu pulak. Cukuplah menunjukkan kebodohan, walaupun dia sememangnya bodoh. Rakyat makin meluat.
Kepada para Sultan dan Raja, dengarlah rintihan rakyat Malaysia. Apalah guna jika rakyat yang dulunya tinggal di Tanah Melayu ini, tapi akhirnya tiada lagi pandai berbahasa Melayu. Mungkin sepatutnya diubah menjadi King sahaja sebab orang tak faham apa itu Sultan. Mungkin kena pergi ke Tanah Inggeris untuk menjadi King. Kena berlawan dengan Queen Elizabeth. Itu pun hanya ada satu kerusi sahaja. Apa guna berbangsa Melayu andai tak faham bahasa sendiri.
Mungkin catatan ini agak kasar, dari hati yang pedih melihat kerakusan para Menteri, orang yang berkuasa tetapi kurang cerdik. Mungkin ini cara terbaik mengajar orang yang tak tahu bahasa
Kepada para pejuang PPSMI terus perjuangan ini samada kita berjaya atau Bahasa ini musnah. Itu sahaja pilihan yang ada. Pedulikan segala rintangan dan cabaran.

.: Lepas Sebak

.: Lepas Sebak

BiGlory - Rempuh 1 PPSMI - Topeng Perak Perisik Rakyat Kongsi Klip Video # 1..! Malaysiakini - BiGlory - Blogger Rakyat

BiGlory - Rempuh 1 PPSMI - Topeng Perak Perisik Rakyat Kongsi Klip Video # 1..! Malaysiakini - BiGlory - Blogger Rakyat

CINA ISLAM (林川興): Pengalaman dan gambar dari seorang peserta demo GMP.

CINA ISLAM (林川興): Pengalaman dan gambar dari seorang peserta demo GMP.

Thursday, March 5, 2009

CERITA PALESTIN - GAZA

Pagi tadi tengok ada e mel, baca kisah pengalaman wartawan TV3 kat GAZA, Palestin baru - baru ini. Jadi copy and paste saje la.


Asm wbt
Muslimin dan Muslimat

Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my
company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap
kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg
dia akan kenang smpai mati.
I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:
Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing
di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat
sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de
sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya
manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali
btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut
Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT
lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA
pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from
Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana
peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam
perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan
bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia,
kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small
groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid
supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi
seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk
dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman
ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de
sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana
trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab
ubat dah tak de..
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum
serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal
..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus
ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke
Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh
beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni
ha...yg paling dekat....SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm
kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua
mereka berada..
Wasalam.

Sunday, March 1, 2009

Muta' allim ala Sabili al Najat: Rindu Kami Padamu Ya Rasulillah Saww (1)

Muta' allim ala Sabili al Najat: Rindu Kami Padamu Ya Rasulillah Saww (1)

TANDA - TANDA TAUBAT DITERIMA

Bagaimana kita boleh mengetahui, taubat kita diterima? Sudah pasti, jawapannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Walaubagaimanapun, Allah sentiasa menunjukkan tanda - tandanya,
1. Menjaga diri dari maksiat
2. Hanya mengingati Allah akan menggembirakannya.
3. Suka bergaul dengan orang soleh dan menjauhi orang fasik.
4. Cukup dan dunia, Sedikit dengan amal akhirat.
5. Sentiasa terpaut dengan sesuatu yang diwajibkan Allah atas dirinya.
6. Menjaga kata - katanya.
7. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa dilakuka

Sekiranya ada tanda - tanda ini, mungkin taubat kita telah menerima taubat kita. Sekiranya tidak, banyaklah bertaubat lagi, moga Allah mengampun kita.
Bertaubatlah sentiasa sebelum terlambat. Sentiasa ingat nafas kita mungkin yang terakhir, nescaya gementarlah untuk melakukan kemaksiatan dan derhaka kepada Ilahi.
Hari ini mungkin kita berkuasa, punya ramai pengikut, yakinlah kita akan ditinggal berseorangan di dalam gelap gelita, hanya bergantung kepada iman dan amal,belas kasihan dari MAHA PENCIPTA YANG MAHA BESAR.