Sunday, April 25, 2010

HULU SELANGOR DAN MELAYU

Berakhir sudah PRK Hulu Selangor, keputusan telah diistiharkan. Yang menang berpesta, yang kalah berduka. Adat pertandingan ada menang, ada kalah. Biar menang dengan terpaksa membayar kos yang tinggi, apa dipedulikan, duit rakyat.
Yang menang tidak menang mutlak, yang kalah tidak kalah mutlak. Yang menang ada pengundi, yang kalah tetap ada pengundi.
Kemenangan Hulu Selangor bukanlah ukuran kekuatan BN dan bukan lambang kelemahan PR. Hulu Selangor yang tidak sampai satu penggal pun dinaungi oleh wakil rakyat PR. Kalau dituduh PR menipu, bermakna BN telah menipu selama 50 tahun.
PR ada kelemahan dan BN lagi banyak kelemahan.
Kemenangan BN tidak mengangkat agama dan bangsa hatta maruah negara sekalipun. Bahkan mungkin lebih menggadaikannya, siapa yang tahu.
Rakyat Hulu Selangor, rata - ratanya masih di takuk lama pemikirannya. Takut buat perubahan. Pengundi Melayu, masih duduk di Felda, tanah simpanan untuk orang Melayu. Nescaya majoritinya akan bertuankan pemerintah yang ada. Biarpun Selangor diperintah oleh PR namun Felda diurus-terus oleh BN. Nescaya taat setia hanya kepada BN. Kalau tidak akan disingkir dari tanah simpanan pula.
Janji BN banyak mempengaruhi pengundi terutamanya org Melayu yg selama ini sering digula-janjikan. Bagi orang Melayu tidak perlu menunaikan janji tetapi yang pentingnya terus berjanji. Cukup memberikan harapan kepada mereka. Biarpun terpaksa digadai negara, agama dan bangsa.
Mungkin faktur calun memainkan peranan. PR dengan nama besar, BN dengan muka baru,. Malangnya calun PR banyak kontroversi. Mempengaruhi banyak nilaian pengundi. Mungkin tidak sesuai bagi pemikiran di Hulu Selangor. Sedangkan calun BN, India yang telah masuk Melayu, mengamalkan budaya Melayu itulah yang digambarkan.
Isu Nasional, APCO tidak memainkan apa - apa sentimen kepada pengundi Melayu. Mungkin tak pernah nak ambil tahu pun. Hulu Selangor membuktikan masih ramai Melayu yang tidak tahu tentang apa -apa tentang negara sendiri. Melayu yang hanya tahu mementingkan periuk nasi sendiri sahaja. Itulah bangsa ku.
Tahniah kepada BN kerana berjaya memelayukan Kamal Ana Than.

Friday, April 23, 2010

STRATEGIK BERKESAN PRK ULU SELANGOR.

Makin hangat, PRK Hulu Selangor. Dua parti bertanding PKR dan MIC. Macam biasa kekuatan strategik mempengaruhi pengundi menentukan kalah - menang parti. MIC dengan bantuan UMNO bermatian - matian cuba memenangi PRK ini. Telah 50 tahun bersekedudukkan.
Seperti biasa kaedah guna - guna, biasanya dipakai. Tabur wang Tabur janji. Dah 50 tahun lebih digunakan kaedah ini dan hasilnya agak memuaskan. Terutamanya kepada pengundi Melayu dan India yang amat memerlukan. Strategik guna - guna wang dan janji kosong, banyak memberikan harapan kepada pengundi. Bagi pengundi jika tidak dilaksanakan janji pun tidak mengapa kerana dah 50 tahun lebih dihidangkan dengan janji kosong.
Strategik yang berkesan juga memburukkan dan membuka kisah silam lawan. Ini adalah strategik yang agak berkesan. Dulu waktu sama - sama minum arak, sama - sama menyokong murtad, sama - sama menyokong IFC, tetapi apabila kawan berubah dan berminat ke arah parti lain, dicananglah keburukkan dan keaiban. Sedangkan keburukkan diri sendiri dinafikan biarpun sama - sama buat dan masih pun berkecimpung serta buat lagi sekarang ini. Begitulah strategik 'buruk kawan', selama ini juga agak berkesan. Nampakkan diri baik, biarpun dalam busuk umpama bangkai.
Strategik Ke - 3, fitnah kepada lawan. Buat cerita biarpun tak betul. Gunakan media untuk mengiakannya. Dosa pahala tolak tepi. Hukum Tuhan lambat lagi. Mana ada orang mati balik semula cerita apa yang ditempuh. Strategik ini agak berkesan terutamanya kepada pak cik mak cik yang kurang menggunakan akal.
Strategik ke 4, gunakan nasihat dari Badan Yahudi, seperti APCO. Badan ini telah menunjukkan kecemerlangan yang hebat pilihanraya dan mentadbir negara. Sebagai imbalan jual lah sedikit maklumat negara, bagi projek besar kepada mereka. Yahudiai bangsa yang pandai dan kuat. Apalah salahnya kita tunduak kepada mereka? Tak salahkan.

!! BUJANG SUSAH !!: SIKSA DUNIA ISTERI YANG CURANG

!! BUJANG SUSAH !!: SIKSA DUNIA ISTERI YANG CURANG

Monday, April 19, 2010

ZAID @ KAMAL ANATHAN YANG TEGAR?


PRK Hulu Selangor makin panas. Dah jadi adat pilihan raya. Dalam pilihanraya, agama akan dianggap sebagai penghalang bagi manusia yang kurang beriman. Dalam pilihanraya budaya fitnah, buruk orang, buka aib orang memang budaya biasa. Dalam pilihanraya matlamat menghalalkan cara, konsep Machivelli, itulah pegangan manusia rakus dan tamak.
Isu Zaid minum arak. Gambar dan pelbagai lagi disebarkan.Bila disiasat hanya gambar tempelan. Blogger yang membuatnya tahu itu adalah gambar palsu. Tetapi dibuatnya jua. Nescaya si Blogger bukan seorang yang beriman. Jika beriman dia takutkan Allah, dia tak fitnah orang, dia tak buka aib orang. Eluklah kita keluarkan gambar Si Blogger ini supaya bila dia mati, moga - moga tukang fitnah dan tukang aib sahaja akan datang kendalikan jenazahnya. Nak tengok mampu tak dia buat fitnah kat malaikat pula. Dosa Sang Blogger Pemfitnah amat besar, moga dia cepat jumpa Zaid minta maaf dan announce secara terbuka. Sebab mungkin ada yang telah percaya.
Zaid, ramai insan macam aku, tak kenal secara pribadi. Namanya meletup dulu pun sebab saman hudud Kerajaan Kelantan. Kalau tak sampai mati pun orang tak kenal.
Zaid ini aku rasa mungkin dulu sama macam majoriti pimpinan UMNO yang lain. Kalau tak takkan dia boleh join UMNO. Hidup berpoya- poya, enjoy ala Barat, sebab anak didik Barat. Bila dah berumur, rasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Zaid kata dia dah bertaubat, dia dah mohon maaf dari Allah. Dan dia pun telah meninggalkan kekawan lama yang ada perangai buruk. Itulah cara bertaubat. Cari kawan baru yang boleh membimbing. Dia keluar parti lama sebab kawan lama yang kaki arak tegar, pengamal rasuah tegar, pemfitnah tegar dan macam - macam tegar lagi ada kat situ. Jadi kepada Menteri, Ustaz dan Tuk Imam, yang masih dalam parti lama Zaid, pandailah cari kawan yang baik. Silap - silap boleh ikut perangai kekawan yang tegar - tegar ini.
Jadi tak timbul cerita Zaid kaki arak atau kaki apa. Dia dah tinggalkan. Sedangkan dalam parti lama Zaid, masih ramai yang kaki arak tegar, peraba tegar, penzina tegar, kaki pukul bini tegar, kaki perempuan tegar dan tegar tegar tegar.
Pada masa yang sama, lawan Zaid dari Parti yang terkenal dengan ketagih arak tegar tak dipertikaikan pula. Hairan bin Ajaib, mungkin Kamal Anathan ini seorang kaki ibadat yang kerap ke masjid kot. Itu sebab diangkat bagai Dewa oleh geng - geng dalam parti lama Zaid ini. Mungkin antara Zaid dan Kamal Anathan ini, ada yang masih tegar lagi kepada botol? Renung dan Fikirlah, gunakan anugerah Ilahi.

Thursday, April 15, 2010

PILIHANRAYA, PESTA RAKYAT

Tak lama lagi Hulu Selangor akan mendapat wakil rakyat Parlimen Baru. Pastinya ada pilihan raya, baru dapat memilih. Siapa yang menang, PR atau BN? Terpulang kepada pengundi yang memangkah. Banyak dipangkah, boleh menang.
Jentera parti masing - masing bertungkus - lumus. Kata - mengata, ejek - mengejek, mungkin sampai tumbuk - menumbuk dan pukul - memukul, itulah lumrah pilihan raya. Faham - faham ajelah bila rakyat berkumpul. Pesta pun bermula.
Peruntukkan dan bantuan datang mencurah - curah, biarpun tidak layak menerimainya. Janji dihamburkan macam bertih jagung. Tidak kurang air liur yang akan menjadi saksi di Padang Masyar kelak.
Rezeki pun bertambah bagi penduduk Hulu Selangor. Jika rajin menjual air di tepi jalan atau goreng pisang, pasti tak cukup tangan. Itu belum campur kalau ada rumah sewa.
Itulah Pesta Rakyat, Pesta dalam Sistem Demokrasi. Meriah juga memilih pemimpin.
Jangan pula selepas ini, ada yang berdoa mohon Wakil rakyat mereka mati, takut nanti tak ada yang nak jadi Wakil Rakyat.

Saturday, April 3, 2010

BAITUL HUSNA, RUMAH ANAK YATIM DI KUANTAN

Marilah bersama - sama kita membantu apa yang patut. Rumah Anak Yatim untuk anak - anak perempuan di Baitul Husna Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang.